Pada satu petang, aku berjalan-jalan di Kampung Londah. Terkejut jugak aku, bila aku dapat tahu dalam tu ada kawasan sawah padi. Cantik, itu lah perkataan pertama yang terlintas bila mana aku terpandang kawasan padi di situ. Kebanyakkan padi dah hampir masak. So, aku agak hampa sebab tak dapat shot gambar padi kehijauan. Aku termenung…
Tiba-tiba, aku terlihatkan matahari yang hampir terbenam. Jam pada masa tu pukul 6.40 petang. Ish, cantik nie. Nak tunggu Maghrib ker tidak nie? Dah nak bukak puasa dah nie? Untuk tidak menghampakan diri aku sendiri. Aku cuba tangkap gambar secara manual. Bila aku katakan manual, aku mempunyai kuasa penuh untuk mengawal kamera aku. Aku setkan supaya shutter speed lebih laju, supaya keadaan nampak lebih kelam. Ini beberapa hasil petikan jari jemari ku pada satu petang di Kampung Londah, Negeri Sembilan.
Aku tertarik dengan pokok yang hampir mati nie. Cantik, dan ada si helang yang bertenggek di atasnya.
wow… fascinating…
Reply
cantik bot..tima kasih gak letak info psl speed and apperture..bleh aku cuba nanti..
Reply
tempat2 kat n9 mmg cantik2
salam ramadhan dan salam aidilfitri
Reply
Cantik Bot …. aku suka sillhoutte pokok pisang tu. Tapi kalau kau gunakan pattern pokok tu sepenuhnya lawan tona langit tu ….. rasanya lagi anggun.
Mana helangnya
Reply
doBot Reply:
September 25th, 2008 at 2036
Sebenarnya, pokok itu terlalu tinggi. Saya nak ambil gambar ranting jek, tapi…bila buat macam tu tak nampak latar belakang. Actually, masa gambar nie diambil. Keadaan masih terang. Saya cuma lajukan shutter jek.
Reply