Rahmat

Seminggu telah berlalu, dalam masa seminggu nie. Kepala aku berdenyut-denyut. Adakah ini kerana penangan Hari Raya. Makan terlalu banyak??? aku rasa tidak. Sebab aku jarang menghadirkan diri ke rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh kengkawan. Maaf kawan, bukan aku tak mahu hadir. Mungkin jarak antara kita berdua membezakan.

Sepanjang minggu lepas, cuaca tidak menentu di kawasan Negeri Sembilan terutama kawasan Gemas. Pada sebelah paginya, cuaca memang panas gila sehingga menggigit sum sum tulang aku. Tapi, bila menjelang petang pasti akan turun hujan dengan lebatnya. Bagi aku, ini merupakan perubahan suhu secara mendadak dari panas ke sejuk. Dah la hujan, kena pulak berjemur dalam hujan. Minggu lepas aku 'Jalan-jalan Negeri Sembilan' untuk melihat ternakan yang boleh dipertandingkan di dalam Hari Peladang peringkat Negeri nanti. Bukan tak nak pakai baju hujan. Masa turun kereta tak hujan, bila dah nak balik baru hujan turun dengan lebatnya tanpa belas kasihan kepada diriku.

Jangan kita mengeluh jika hujan. Hujan adalah satu rahmat. Bukan bencana. Bayangkan kalau tak ada hujan. Apa lembu-lembu kat Gemas nie nak makan sebab tak ada rumput? Entah la, makan ikan rumput kering la korang yek???.


Lawatilah koleksi-koleksi gambar aku secara online di Flickr