Solemo

Hampir 2 minggu aku telah mengalami selsema yang dari biasa ke teruk dan Alhamdulillah sekarang telah beransur pulih. Hilang aku beberapa nikmat ketika kena selsema. Di antaranya adalah tidak dapat merasakan makanan dan rasa rokok Marlboro. Bayangkan, rokok surya pun cukup susah untuk aku merasanya, ini kan pula rokok Marlboro Light. Rasa macam isap angin jek. Ada orang suruh aku berhenti rokok jek, kalau dah tak rasa rokok tu lagik.

Ada ker macam tu? adakah aku perlu berhenti rokok jika aku sudah tidak merasa akan rokok tu lagik. Persoalannya, "Adakah aku perlu berhenti makan, walhal aku dah tak dapat merasa makanan itu???", jawapannya pasti TIDAK. Berbalik kepada kes rokok tadi, walaupun aku tidak dapat merasakan rasa rokok itu, tetapi paru-paru aku menghantar mesej ke otak aku di mana tahap nikotin di dalam badan aku telah rendah. Walaupun makan tak rasa, hisap rokok tak rasa, tetapi perut masih lapar dan ketagihan nikotin masih terasa.

Nota selit: aku rasa, sebab tu aku lambat elok selsema. Manjang lantak rokok jek….hehehhehe….tau pun doBot.

Nota selit 2: Selemo merupakan loghat Nogori Sembilan untuk selsema.