Busy body

Salah satu sifat orang Malaysia yang aku cukup kagum adalah perangai busy body. Daripada kes kemalangan jalan raya hingga ke kes cerai berai pun ada. Sifat busy body bukan la tak elok, elok. Tapi kena la bertempat. Contohnya macam kita nak tahu sesuatu yang mendatangkan kebaikkan. Kita mesti akan terus mencari jawapan untuk persoalan kita.

Aku merujuk sifat busy body nie sebab kengkadang aku meluat tengok artis yang menghebahkan isu rumahtangga dia. Ok la, masa memula berita suami dia kena tangkap ngan artis lain tu aku tak kisah sangat. Dah memang jadi tugas media untuk melaporkan. Tapi, bila sampai part yang dia buat rancangan apa tah yang ditayangkan pada minggu lepas (pada hari bekerja), kalau tak silap aku rancangan Wanita Hari Ini. Sampai staff-staff perempuan aku dok depan tv kat pejabat aku. Heran betul aku. Rancangan apa diorang tengok nie???. Masa pembentangan Baget 2008 dulu, tak ada pulak diorang dok berkumpul depan tv. Rupanya, rancangan yang tengah tunjuk bini orang menangis-nangis depan tv.

Aku bukan nak menyebelahi lelaki yang kena tangkap dengan artis muda tu. Tapi, aku pulak tak nak menyebelahi artis perempuan tu. Tapi, aku cukup menyampah tengok artis perempuan tu sebab dok tayang muka kat dalam media. Hari nie, dalam rancangan Melodi pulak. Adui, keluar lagik muka artis perempuan tu. Kali nie, lagik besar dia mengaibkan suami dia. Dah dah la Kak tu oi, tak elok mengaibkan suami akak tu. Dah la satu Malaysia yang tengok. Nak-nak lagik, ditambah dengan sifat semulajadi rakyat Malaysia yang suka busy body nie. Makin gemar la orang tengok dan makin tinggi la rating tv tempatan tu. Yang pihak tv tempatan tu pun satu, ditayangnya kisah rumahtangga tu buat apa? dah tak ada isu lain ker nak dijadikan tontonan. Bayangkan, macammana perasaan anak-anak mereka tengok mak bapak mereka dalam rancangan korang yang tak berkualiti tu.

Ok la, pesanan aku kepada artis perempuan tu, bawak-bawak la bertenang. Jangan diaibkan suami akak, dosa tau. Kepada artis lelaki tu, apasal la kor rasa kor tu betul lagik. Nak bimbing artis muda tu ker? bimbing-bimbing jugak, tapi kalau dah berdua-duan tu, lain yang kena bimbing. Heheheh…

Kan…kan…dari topik busy body aku terus lari ke kisah rumahtangga orang. Hehehehe, aku cuma nak mengaitkan busy body dengan rakyat Malaysia jek. Agak-agaknya, berapa rating tv tempatan tu disebabkan perangai busy body rakyat Malaysia nie kan???