Bukan perkara mudah

Siapa kata menulis blog sesuatu perkara yang mudah? Mudah, jika idea kita mencurah-curah. Tetapi, jika idea tak ada. Apa yang perlu kita tulis? Kebanyakkan blogger yang aku perhatikan, mereka lebih menjurus kepada penulisan yang berbentuk fakta. Tapi, percaya atau tidak. Untuk menulis blog yang berbetuk fakta adalah sesuatu yang susah. Ditambah lagi, jika fakta itu tidak ada kena mengena dengan kita. Sebagai contoh, jika korang sorang jurutera. Jangan sewenang-wenangnya nak menulis blog mengenai doktor haiwan. MELAINKAN, korang membuat kajian awal terlebih dahulu.

Menulis blog ini umpama menulis surat cinta. Cuma tidak berbekalkan pen dan kertas. Semasa menulis surat cinta, banyak kertas yang musnah kerana kita tersalah tulis. Cuba tengok dalam cerita melayu, kalau diorang nak tulis surat cinta. Dia akan menulis 2 hingga 3 patah perkataan. Kemudian, berhenti. Cari idea. Kalau tak ada idea, terus ronyokkan kertas tu. Bukannya nak padam ker apa? Dironyok kertas tu walhal baru tulis 2-3 patah perkataan. Begitu juga dengan menulis blog. Jika idea tak ada, ntah berapa kali aku menekan kekunci 'backspace' kat keyboard aku nie. Kalau tak ada idea gak, aku tidur atau aku membuat blog yang lebih menjurus kepada tepekkan gambar. Itulah yang aku lakukan tatkala hendak menulis blog.

Hari ini, aku begitu terkejut dan terkasima sebentar. Salah sorang blogger yang aku minati bercadang untuk berhenti dari menulis blog. Adui, sedih aku bila membaca blog beliau. Beliau adalah saudara Syam atau aeropama.com. Bagi aku penulisan beliau begitu bersahaja dan penuh informasi. Percaya atau tidak, beliau mengambil masa sehingga 6 jam untuk membuat kajian awal mengenai tajuk blog beliau. Apa yang beliau dapat? kepuasan. Itu la yang dicari oleh blogger. Anyway, aku ucapkan kor gembira dalam apa bidang yang kor ceburi selepas ini.

12 thoughts on “Bukan perkara mudah

  1. aiyooooo..lamanya amek masa nak pikir pasal nak buat sesatu entry meh?!?! tipah main taip ikut suka ati ja….ikut mood! :D

    Reply

    doBot Reply:

    Hahahha…kajian perlu dilakukan.Kengkadang aku tak buat kajian pun.Hehehhe

    Reply

  2. terima kasih dobot kerana menulis entri tribute ini. terharu beb.

    memang bila menulis blog, kena fikir betul-betul dan baca banyak kali untuk publish sesuatu entri. takut kita akan menyesatkan pembaca.

    sekarang aku sangat sibuk dan tiada masa utk memerah otak memikirkan topik. lgpn dengan keadaan aku skrg tertekan, penulisan aku cenderung dipengaruhi emosi.

    apa2 hal aku ucapkan selamat maju jaya dan selamat meneruskan penulisan kau di sini. aku sentiasa bc apa yg kau tulis melalui RSS

    Reply

    doBot Reply:

    Sesama syam. Aku pun ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua yang kor lakukan.

    Reply

  3. Aku sebenarnya nak jadi penulis buku cerita, tapi xtahu cerita apa.. end up tulis blog pasal diri sendiri… itu le topik paling senang… nk tulis blog pasal yg aku stadi alamat tiap 2 bln aa aku update.. nak buat research kat cni pon dh terbeliak biji mata.. tapi aku ada website pasal aku stadi (tulis pon 3 patah), kot2 nati pc aku dimamah virus durjana ada gak backup di alam maya…

    Reply

    doBot Reply:

    Heheheh….menarik cita-cita kor tu yani. Tak pe la, at least kalau kor cerita pasal life kor, kengkawan macam aku akan tetap membacanya. Untung sekarang ada RSS reader, senang nak baca blog orang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>