Pernah dengar tak orang cakap, "Jangan marah, nanti cepat tua". Apa kena mengena marah ngan tua?
Aku pun tak tahu macammana nak kaitkannya sebelum ini. Mungkin, kalau marah kita akan nampak muka berkedut (tak berseri)??? tak jugak. Ada jugak orang tua bila kita tengok muka dia, berseri-seri jek. Hari ini aku belajar melalui pengalaman, kenapa orang cakap, "Bila kita marah, nanti cepat tua". Apa yang dimaksudkan dengan cepat tua tu adalah kata ganti bagi 'pelupa'. Betul, tak percaya? kalau korang tengah marah, mesti terlepas segala-galanya kan?. Sebagai contoh, kalau suami yang telalu marah sehingga menceraikan isterinya. Apa yang dah berlaku? Suaminya terlupa janji-janji semasa akad nikah pada awal perkahwinan. Semuanya, berbalik pada 'lupa'.
Aku tertarik dengan entri blog abang aku nie. Ia mengenai EQ atau Emotional Intelligence. EQ adalah kebolehan, kapasiti atau skill untuk mengenalpasti, menilai, mengurus emosi diri sendiri, orang lain dan jaringan sosial. Fuhh!! apa benda nie? aku bukannya orang psikologi, so jangan tanya aku lebih-lebih. Maksudnya, meluas. Dan emosi marah boleh dijadikan sebagai contoh. Lagik satu, aku tertarik dengan statement penulis buku (Daniel Goleman) ini, "Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ". Boleh klik link nie untuk melihat kajian yang telah dilakukan. Ok la, makin pening aku baca pasal psikologi nie.
tahniah bro, dengan kelahiran 2 orang sekaligus cahaya mata kembar tu…sungguh comel..geram2
Reply