Jantan Sejati

Breeding Soundness Exam adalah kaedah dimana kita membuat penilaian terhadap lembu jantan yang sesuai dijadikan pejantan. Ada sesetengah lembu yang badannya besar, tetapi tidak sesuai dijadikan pejantan kerana tidak mempunya sistem pembiakkan yang lengkap dan cantik. Bagaimana untuk membuat Breeding Soundness Exam nie?

Haaa…itu la yang dilakukan oleh aku dan kengkawan lain pada hari Ahad yang lepas hingga hari ini. Sebnayak 570 ekor lembu telah kami periksa dan ada beberapa yang tidak lulus ujian ini. Ini bermakna, lembu-lembu ini tidak sesuai dijadikan baka pejantan. Kebiasaanya, kita akan melihat tubuh badan atau fizikal ternakan itu. Adakah kakinya sesuai untuk memanjat betina? adakah tempang? atau lain-lain keadaan fizikal yang boleh menganggu proses mengawan lembu jantan itu sepertu keadaan lembu yang terlalu gemuk atau terlalu kecil.

Selain daripada itu, pemeriksaan pembiakkan dilakukan juga seperti mengukur saiz scrotum (kerandut) lembu jantan itu dan pemeriksaan dalaman seperti salur sperma, epididymis, ampulla dan lelain. Ini memastikan supaya ternakan yang dipilih merupakan pejantan unggul dan sejati. Bak kata orang, lelaki sejati jugak la. Jangan ingat dalam lembu tak ada bapok yea. Tapi, mereka (lembu) lebih sopan dari bapok kita yang pakai seksi sehingga menyakitkan mata. Walaupun lembu bapok mempunyai bulu kaki yang banyak, tetapi mereka tidak mencukur bulu kakinya.

DSC_2748
Jantan-jantan sedang berkumpul

DSC_2748
"Baris…barissssss SEDIA!!!"

DSC_2748
Termenung…

DSC_2748
Termenung…

3 thoughts on “Jantan Sejati

  1. Oh! bagitu rupanye.
    Maka terbuktilah yang korang ni gi buat kerja …. walaupun tak de gambor korang betul betul buat kerja. Kira aku percayalah tu. Nak claim nanti jangan masuk lak aktiviti gi makan kat PLV.
    tahniah sekali lagi sebab jadi ayah …. jadilah ayah yang baik lagi penyayang ….. dan suami mithali.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>