Memancing
Baru balik dari Tanah Merah Kelantan. Dalam bulan nie sahaja, aku dah pergi 2 kali ke Tanah Merah dengan menaiki kereta. Kali pertama hari tu, ada driver. Kali kedua pula, tak ada driver. Aku drive bersama ngan kawan aku menuju ke Tanah Merah. Saja jek malas bawak driver sebab aku nak merasa macam mana kerja jadi driver nie. Haaa…baru aku tahu. Penat jugak la. Sebenarnya, bukan penat. Tapi lenguh badan jek la.
Aku mempunyai hobi baru ketika memandu kereta. Mungkin kerana tahun baru, maka hobi baru jugak la. Sekarang aku suka mengunyah chewing gum sambil memandu. Tapi, tak semua chewing gum. Yang aku suka adalah Mentos Ice Artic. Hehhehehe…tak tau kenapa, mungkin sejuk kot. Bila makan chewing gum nie, mata pun kurang mengantuk dan kadar batang rokok per jam dapat dikurangkan.
Ok la, masa di Tanah Merah, aku tak berapa banyak membuat shot gambar. Erkk, tak banyak ker? Aku rasa aku ada buat lebih kurang 100 shot tapi…tapi, hanya 14 shot jek yang aku puas hati. Every shots is a learning process. Aku masih terkial-kial lagik memulas dial pada kamera aku nie. Masih merangkak menggunakan manual mode. Aku selama nie menggunakan mode A dan S atau P sahaja. Tapi, dengan menggunakan manual. Kepuasan adalah lagik tinggi. Tapi, bila menggunakan manual mode. Kadar kelajuan aku mengsnap gambar akan berkurang dan aku akan menjadi takut setiap kali menggunakan manual mode sebab, aku tak tahu hasilnya macammana semasa memandang ker viewfinder. Hahahha…apa la aku mengarut nie. Composition pun tak abis belajar lagik. Dah berangan nak guna manual mode. Hahahhaha….Ok la, ini antara gambar aku kat Tanah Merah.

Aku sedang cuba menangkap riak air tu semasa pemancing sedang menebar joran. Subjek aku bukan pemancing, tetapi riak air tu.

Subjek ini tidak berlakon depan aku. Aku memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menunjukkan kesungguhan subjek ini memancing ikan. Walaupun dah hampir gelap, subjek ini masih setia menunggu sang haruan.

Subjek ini tidak ada kena mengena dengan menebar joran. Antara punca sang haruan tidak mengena pada joran adalah kerana subjek ini bolah mengeluarkan bunyi yang menggangu ikan. Erkkk…..
Untuk melihat lebih gambar, boleh lawat Flickr aku.
| Print article | This entry was posted by doBot on Friday, 23 January 2009 at 2104, and is filed under Work. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
mancing ikan takpe, jgn mancing bende lain
Reply
about 1 year ago
cantik gambar
Reply