Archive for February, 2009

Moment

"All the photographs in the world, when summed together couldn't possibly amount to a moment… So every human being is faced with the same dilemma: The photograph, or the moment?" – Anonymous

Gambar di atas mempunyai ceritanya yang tersendiri berdasarkan quote yang aku jumpa nie. Gambar ini aku ambil masa bercuti tempoh hari. Aku berada di kerusi belakang van. Jika diperhatikan ada kawasan hitam di sekeliling gambar itu. Itu merupakan cermin van dan kerusi van tu. Aku berada di kerusi belakang di dalam van 15 penumpang yang sedang bergerak. Bayangkan, macamana nak tangkap gambar tu? Aku sebenarnya tak berminat nak tangkap gambar matahari tu. Sebab utama, lokasi atau kedudukkan aku dibelakang van, menyukarkan aku untuk menembak gambar ini. Tapi, kengkawan aku menggalakkan aku menangkap gambar itu. Diorang cakap, matahari tengah cantik. Rugi, kalau tak dapat tangkap gambar nie.

Aku pun memulas dial manual pada kamera aku, sebab aku merasakan mode manual merupakan mode yang sesuai. Dengan kelajuan 3 fps, aku memetik shutter aku berdasarkan metering pada kamera aku setelah memulas dial dan subdial pada kamera aku. Aku tergamam…gambar yang aku tak nak ambil dan tak minat untuk ambil menjadi salah satu gambar yang aku suka masa trip bercuti tempoh hari.

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Antara gambar dan saat/detik (moment), mana yang penting? Bagi setengah orang, gambar adalah penting. Janji ada matahari, dah la. Tapi, bak kata sifu aku (tapi Sifu aku pakai Canon laa…Huhuhuh), moment tu paling penting. Betul ker apa yang dia mengarut tu??? Bila aku termenung, sambil memikirkan apa yang dia cakap. Betul jugak.

Pada asalnya, aku tak nak tangkap gambar matahari tu. Aku merasakan gambar itu tidak menarik. Tetapi, aku silap. Saat/detik (moment) itu menjadikan gambar itu menarik. Percaya atau tidak? Cuba korang tengok gambar potrait yang ditangkap secara spontan dan posing. Mana yang lebih nampak menarik? Bagi aku (aku ulang…bagi aku la…) gambar yang spontan lebih menunjukkan situasi sebenar saat/detik pada masa itu. Sebab tu, aku lebih suka menangkap gambar candid, kerana lebih natural. Ops, lupa nak bagi tau. Gambar matahari nie merupakan satu gambar yang menarik daripada 10 gambar matahari yang aku snap. Hahahaha, 1/10, hanya satu jek menarik.Yang lain, tak kena moment.

p/s: Nak tangkap gambar candid??? 400mm??? racunn…..racunnnn……

Kaspersky

Siapa kata Kaspersky satu anti virus yang kuat??? Haa…ini bukti dia. Sedangkan website dia boleh kena hack, inikan pula komputer/laptop kita yang jarang-jarang diupdate.

Dalam screenshot nie, adalah masa July 2008. Bebaru nie, Kaspersky US pulak yang kena. So, renung-renungkan la, mana yang elok.

Sumber : ZDnet