Archive for March, 2009

Geotagging

Korang pernah dengar apa itu Geotagging? aku dah dengar lama. Tapi pada mulanya aku tak berminat sangat sebab kamera aku D300 tak support geotagging. Kalau kamera D300 aku nak pakai geotagging, aku kena beli satu device add on yang berharga RM500. Erkk, tak berbaloi. Geotagging adalah proses meletakkan data geografi pada suatu gambar, video atau website. Dengan nama lain, kalau kamera kiter ada geotagging, kita boleh meletakkan kordinat gambar itu masa ia diambil. Menarik bukan??? bagi aku menarik, sebab kita dapat berkongsi merakam detik kita dan di mana gambar itu diambil.

Dah hampir 6 bulan aku aku pakai Nokia N82, rupanya dalam N82 ada build in GPS. Selama ini aku tau, memang ada GPS. Tapi aku takut nak main N82 punya GPS kerana risaukan data transfer yang sekaligus melambungkan bil telefon aku. Rupanya, dalam 'camera mode' pun ada GPS. Cis, aku tak perasan. Dia tak tulis 'geotagging', tapi tulis 'record location'. Bila aku search internet, baru aku tahu. Dimana N82 aku boleh buat geotagging. Apa lagik, terus test la aku tadi.

Alhamdulillah, Flickr jugak support geotagging. Dengan nama lain, aku boleh share gambar dari N82 aku, secara tak langsung dapat share lokasi bersama kengkawan. Haa…menarik bukan? Bagi aku menarik la, sebab teknologi adalah satu benda yang menarik. Tapi, aku buat testing tadi. Gambar yang aku upload ke Flickr terus dari N82 tidak boleh di'goetagging'. Aku tak tahu kenapa??? tapi, jika gambar itu aku masukkan dalam komputer dan upload melalui komputer, boleh pulak di'geotagging'. Erkk, mesti ada bug kat memana nie.

Ok la kengkawan, aku dengan ini ingin mengumumkan alamat flickr yang aku buat geotagging. Kalau nak tengok gambar, gambar yang aku tangkap dan mempunya data geotagging, korang boleh la pergi ke sini http://www.flickr.com/photos/dobot/map/. Dalam Flickr aku, aku ada setkan satu ruangan album, khas untuk geotagging.

Erkkk…best jugak geotagging. Last but not least, kepada kengkawan/pembaca blog aku yang selalu beli phone canggih-canggih tu. Gunakan la teknologi yang ada di dalamnya 100%. Sebab, rugi kalau tak guna. Takat beli mahal, tapi tak guna. Baik pakai phone yang boleh call ngan sms jek.

Earth hour

Erkkk…aku kagum tengok Buletin Utama tadi. Kat Australia, mereka tutup lampu serentak sempena Earth Hour nie.

Sekarang, aku kat kampung di Tangkak. Aku tak nampak masyarakat kat sini menutup lampu. Begitu juga jalan-jalan kat area Serom 8 nie. Aku berharap, mereka akan menyokong Earth Hour nie. Tapi, kalau satu rumah jek tutup lampu awal. Baik tak yah. Bila jalan tadi, aku ternampak satu rumah jek tutup lampu. Dalam hati aku, mungkin kerana tidur awal, mungkin kerana 'masuk tidur awal' sebab petang tadi hujan, atau mungkin tak ada orang kat dalam rumah tu. Aku pun memegang strering aku, menekan minyak kereta. Cantik, bintang kat langit. (bintang senang dilihat jika kita duduk di tempat gelap)

Aku terbayang KL, adakah KL gelap gelita sekarang? adakah orang KL dapat melihat bintang yang sama aku sedang lihat tadi, atau adakah mereka sedang menonton Akademi Fantasia???. Erkk, kalau bukak TV tak aci la. Kita perlu bergelap. TV kan keluarkan cahaya. Masih mengeluarkan karbon.

Bila aku bukak internet, aku terbaca blog Faisal Tehrani, hampa. Orang KL pun buat tak tau jek, sama la macam orang kat sini……

Naik keretapi

Mata mengantuk, tapi tak dapat tidur. Bergoyang-goyang keretapi nie. Aku rasa lebih 10 tahun aku tak naik keretapi. Ini kali pertama aku naik. Saje jek nak rasa dok dalam kabin yang ada katil nie. Aku dok sorang, kat atas kurang selesa. Jadi aku pindah kat bawah. Luas berbanding atas.
Bila nak sampai Tanah Merah nie? Ada 6 jam lagi untuk aku tempuhi dengan sabar.

Gila Facebook

Aku pun tak ingat, sejak bila aku mula menggunakan internet. Dalam tahun 2002 aku diperkenalkan kepada Friendster. Salah satu platform bersosial di dalam internet. Aku gila kejap kat Frienster. Lepas tu, aku dah boring guna Friendster. Lepas Friendster, ada pulak platform baru untuk bersosial di alam maya. Ia dinamakan MySpace. Erkk…ini lagi la aku tak suka. Aku melekat kejap jek, sebab utama aku tak dok lama kat sini kerana loading interface yang agak lembab. Nak bukak pun lembab, kena pulak ada beberapa 'jakun' yang menghias MySpace dia dengan pelbagai hiasan. Seperti lagu-lagu yang memekakkan telinga, flash clip yang berjam-jam nak bukak dan lelain lagik yang melembabkan kita untuk membuka MySpace.

Lepas MySpace, aku diperkenalkan kepada Facebook. Haa..yang nie aku gila. Hingga sekarang aku gila. Tak tau kenapa, tapi aku akan membuka Facebook setiap hari. Sehinggakan, blog aku pun aku jarang bukak hari-hari berbanding Facebook. Apa ubat senyonyong yang digunakan oleh Mark Zuckerberg yek??? sehingga Facebook menjadi kegilaan serata dunia??? Sehinggakan Presiden Obama pun menggunakan Facebook untuk kempen pilihanrayanya. Selain daripada tu, Microsoft jugak menggunakan Facebook dalam OS terbarunya iaitu Windows 7. Dell jugak menggunakan Facebook. Pelikkan, syarikat gergasi yang telah lama menggunakan perkhidmatan yang baru setahun jagung. Antara fakta menarik mengenai Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah :-

  1. Lahir pada 14 May 1984. Fuh…muda gila.
  2. Melancarkan Facebook di dalam bilik asrama dia jek. Tak perlu buat majlis pelancaran besar-besaran macam pelancaran kereta proton.
  3. Dituduh oleh rakan sekelas tentang mencuri idea mengenai Facebook. Zuckerberg pernah beberapa kali hendak disaman oleh ConnectU (rakan sekelas beliau).
  4. Forbes meletakkan Zuckerberg sebagai orang yang ke 321 terkaya kat US. Hartanya adalah sebanyak USD1.5 billion. Fuh….kagum den.

Hebatkan??? pengaruh sesuatu Facebook. Apa yang aku suka mengenai Facebook??? antaranya adalah antaramuka yang mudah dibuka, real time update, ada byk feed dan boleh intergrated dengan website lain macam Flickr. So, kepada kengkawan yang lain, jum pakai Facebook. Hahahahah, penulis tidak dibayar royalti oleh Mark Zuckerberg untuk mempromosi Facebook di dobot.com.my. Antara fakta menarik mengenai Facebook.

  1. 175 juta orang menggunakan Facebook serata dunia. Lebih kurang populasi Brazil, apatah lagik dibandingkan dengan populasi Malaysia.
  2. 70% daripada mereka adalah mereka yang duduk di luar US.
  3. Pengguna yang berumur 18-24 tahun kebanyakkan menghabiskan purata masa selama 169 minit sebulan menggunakan Facebook berbanding Google News hanya 10 minit sebulan.
  4. Pengguna yang mengupdate 'status' setiap hari adalah 15 juta. Termasuk aku la tu, heheheheh…
  5. Peringkat umur yang menggunakan Facebook secara mendadak adalah wanita berumur 55 tahun ke atas. Haaa, orang tua pun guna Facebook nie. Nak suruh mak aku guna la lepas nie.

Apa-apahal pun, kita sekali lagi dipengaruhi oleh unsur Yahudi. Walaupun, server Facebook di US. Namun Mark Zuckerberg merupakan salah seorang alumni Alpha Epsilon Pi. Antara fungsi Alpha Epsilon adalah, "Alpha Epsilon Pi’s role is to encourage the Jewish student to remain dedicated to Jewish ideals, values, and ethics and to prepare the student to be one of tomorrow’s leaders so that he may help himself, his family, his community, and his people". Aku malas nak komen pasal nie, sebab apa yang kita gunakan hari ini, nak tak nak, masih ada unsur Yahudi, macam laptop/komputer yang korang guna masa baca blog aku nie.

Pstt…aku cuma add kengkawan dalam Facebook aku. Aku mohon maaf jika aku reject mereka yang aku tidak kenal.

 

Selamat Ulang Tahun Sayang

Cepat betul masa berlalu. Dah genap setahun aku mendirikan rumahtangga bersama isteri ku. Alhamdulillah, aku dan isteriku dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sihat. Alhamdulillah, aku dan isteriku pun sihat. Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.

Dalam masa setahun nie, aku duduk berjauhan dengan isteri aku. Erkk…jauh tak jauh la. Dekat jek. Dalam 70km jek. Kadang-kala, aku tak larat berulang sejauh 70km. Aku dok kat Gemas jek selama seminggu. Isteriku di Tangkak. Tapi, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ok la, aku dengan rasa tak malunya ingin menujukan lagu ini kepada diri aku sendiri dari isteri aku. Hahahahahha….aci tak? Aku rasa, lirik lagu ini lebih sesuai sebab isteri aku membenarkan aku 'mengejar cita-cita' aku dan dia memahami akan tugas aku. Terima kasih kerana memahami…


YouTube Preview Image

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Motivasi kerja

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingatlah! sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja. Sesiapa datang dengan ceria, hasilnya akan lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan, InsyaAllah.

Jadi renugilah…

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab DATANG KERJA tapi hampeh, hasilnya macam kita tak datang kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY gila, rupanya kita 'kelam kabut'.
  3. Adakala kita rasa PRIHATIN, tapi rupanya kita 'busy body'.
  4. Adakalanya kita rasa kita OPEN MINDED dan OUTSPOKEN tapi rupanya kita 'kurang pengajaran'.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada 'kritik ' yang mencipta 'krisis'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih 'mengada'.
  7. Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA NIE MACAM TAK ADA KERJA?", adalah lebi baik kita tanya "Apa lagi kerja yang boleh aku buat?"

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukkan anjakan paradigma maka lakukanlah SEGERA. Tetapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan kita. Kalau kita kurang kerja, cari la kerja dengan membantu teman-teman lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. Kita dapat di akhirat nanti. Kerja adalah satu ibadah. Tapi kalau kita asyik dengki mendengki bukan pahala yang kita dapat, tapi dosa. Jadi, kejarlah pahala free ini.

Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita?.