Korang pernah dengar apa itu Geotagging? aku dah dengar lama. Tapi pada mulanya aku tak berminat sangat sebab kamera aku D300 tak support geotagging. Kalau kamera D300 aku nak pakai geotagging, aku kena beli satu device add on yang berharga RM500. Erkk, tak berbaloi. Geotagging adalah proses meletakkan data geografi pada suatu gambar, video atau website. Dengan nama lain, kalau kamera kiter ada geotagging, kita boleh meletakkan kordinat gambar itu masa ia diambil. Menarik bukan??? bagi aku menarik, sebab kita dapat berkongsi merakam detik kita dan di mana gambar itu diambil.
Dah hampir 6 bulan aku aku pakai Nokia N82, rupanya dalam N82 ada build in GPS. Selama ini aku tau, memang ada GPS. Tapi aku takut nak main N82 punya GPS kerana risaukan data transfer yang sekaligus melambungkan bil telefon aku. Rupanya, dalam 'camera mode' pun ada GPS. Cis, aku tak perasan. Dia tak tulis 'geotagging', tapi tulis 'record location'. Bila aku search internet, baru aku tahu. Dimana N82 aku boleh buat geotagging. Apa lagik, terus test la aku tadi.
Alhamdulillah, Flickr jugak support geotagging. Dengan nama lain, aku boleh share gambar dari N82 aku, secara tak langsung dapat share lokasi bersama kengkawan. Haa…menarik bukan? Bagi aku menarik la, sebab teknologi adalah satu benda yang menarik. Tapi, aku buat testing tadi. Gambar yang aku upload ke Flickr terus dari N82 tidak boleh di'goetagging'. Aku tak tahu kenapa??? tapi, jika gambar itu aku masukkan dalam komputer dan upload melalui komputer, boleh pulak di'geotagging'. Erkk, mesti ada bug kat memana nie.
Ok la kengkawan, aku dengan ini ingin mengumumkan alamat flickr yang aku buat geotagging. Kalau nak tengok gambar, gambar yang aku tangkap dan mempunya data geotagging, korang boleh la pergi ke sini http://www.flickr.com/photos/dobot/map/. Dalam Flickr aku, aku ada setkan satu ruangan album, khas untuk geotagging.
Erkkk…best jugak geotagging. Last but not least, kepada kengkawan/pembaca blog aku yang selalu beli phone canggih-canggih tu. Gunakan la teknologi yang ada di dalamnya 100%. Sebab, rugi kalau tak guna. Takat beli mahal, tapi tak guna. Baik pakai phone yang boleh call ngan sms jek.
Salam Bot,
Aku setuju dengan statement nko yang ini “Gunakan la teknologi yang ada di dalamnya 100%. Sebab, rugi kalau tak guna. Takat beli mahal, tapi tak guna. Baik pakai phone yang boleh call ngan sms jek.”
Tapi kurang setuju guna 100%,
Aku rasa kita takkan mampu nak explore 100% kut tipun kito.
Tapi aku setuju ayat last, kalau boli tipon mahal-mahal tapi duk buek call ngan sms ajer baik toksah buang duit dari awal-awal.
Reply
doBot Reply:
March 31st, 2009 at 1032
Betul tu Long. Aku pun setuju ngan statement tu. Kengkadang ada perkara yang membataskan kita menggunakan teknologi sepert menggunakan GPS kat phone, tapi kadar yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan adalah terlalu mahal. Tapi, jangan la tak guna langsung. Macam ada kawan aku, mereka tidak menggunakan fungsi synchronize yang ada dengan phone diorang. Macam-macam boleh boleh buat, macam reminder, task calendar dan lelain lagi.
At least, kegunaan phone itu dapat digunakan selain daripada sms dan call.
Reply
Eleh! Mentang mentang kau baru tahu guna …. terus kempen lak suruh orang guna.
Tepon aku ada satu kegunaan lagi …. ia boleh dibaling dengan sekuat hati kepada mana mana orang yang berlagak …. tapi bila aku guna mode tu, tepon terus tak buleh guna lagi!
Reply
doBot Reply:
April 1st, 2009 at 1227
Hahaha…tu la pasal. Saya pun jakun. Baru tahu fungsi phone yang dah 6 bulan saya pakai. Sebab tu dok berkempen kepada kengkawan supaya menghayati fungsi yang ada dalam phone. Jangan jadi macam saya, dah lama pakai bary tahu.
Hahaha…phone macam bos tu memang canggih, jarang ada di pasaran. Hehehehe, berapa harga tu? Huhuhu… Bos, 50D pun ada geotagging jugakkan?canggih la Canon.
Reply
Susah jugak yer kalau boss selalu ziarah ke sini ….
huhuhuhu ….
takpo dr zul …. teruskan melayari blog dobot ini ….
Reply
doBot Reply:
April 1st, 2009 at 1217
Hahahaha. Bukan Dr Zul jek selalu datang. Bos lain pun ada jugak. Termasuk kengkawan pengurus ladang yang lain sebab diorang nak tengok gambar yang aku tangkap, dan seperti biasa. Muka aku mestu tak ada sebab aku tangkap gambar diorang. Heheheheeh
Reply