Ini jek pilihan kita

Petang tadi aku pergi ke TMpoint Serdang. Sementara sedang menunggu giliran, ada seorang pak cik tu, dok marah-marah pekerja TMpoint tu. "APA NIE!!! DAH 3 BULAN SAYA APPLY, TAPI SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT!!! APASAL TAK MAKLUMKAN PADA SAYA???!!!". Agak marah pak cik tu agaknya.

Aku…aku hanya menggeleng kepala jek. Sambil tu, dalam hati aku mengatakan, "Pak Cik, sabar la. Tak elok marah-marah. Ini jek pilihan yang kita ada….". Kesimpulannya, jangan la kita marah-marah kat pekerja TmNet sebab kalau kita marah-marah pun, tak guna. Sebabnya, TmNet memang memonopoli jaringan jalur lebar di Malaysia. Nak buat camner, dah nasib rakyat Malaysia macam tu. Tapi, kalau kat luar negara, aku rasa, dah lama TmNet bankrap.

P/S: Kalau aku masuk kedai TMpoint, aku akan senyum jek sekarang. Sebabnya, Kalau aku masuk muka masam, kalau keluar, pasti aku bertambah masam. Baik aku masuk senyum, keluar masam. Baik untuk mengurangkan kadar tekanan darah.

P/S: Sila klik link ini kalau nak baca komen Customer Service TMNet 'menyalak' kat dalam blog aku.

3 thoughts on “Ini jek pilihan kita

  1. Bot… mane gambo baby byk2??? asyik gambo lembu jaaa…. balik la selalu tgk anok bot. bini pun kena tgk gak…. jgn la selalu ada xcuse…. kalau nak cite pasal bizi keje smpi bile tak abih…. eh! ko duk separate ke ngan bini???

    Aku rasa ko ni jgn keje DVs ler… ko gi keje TMnet.. asyik tak puah ati je pasal tmnet tu….
    ishishish!!!

    Reply

    doBot Reply:

    Ler. Aku ada letak banyak gambar anak-anak aku kat flickr. Ini alamatnya, http://www.flickr.com/dobot

    Aku dok separate sekarang ngan bini aku. Aku tak nak letak dia dalam ladang kat Gemas nie. Biar dia duk ngan mak dia kat Muar. Alaaa, bukannya jauh Gemas ngan Muar, sejam perjalanan jek. Betul cakap kor, kita BZ pun sampai bila tak abis. Dulu kita selalu dengar orang cakap, study smart. Sekarang, work smart. Ehh…sapa kata aku busy? Hahahahha….

    Memang aku tak puas hati. Pernah sekali aku bertekak ngan customer service dalam blog aku nie. Buat apa aku nak kerja ngan TmNet, yang politik diaorang lagi macam sial. Heheheh…kalau tak, masakan diaorang boleh memonopoli jalur lebar di Malaysia.

    Reply

  2. Ni la owang lelaki… bile tanya bizi ke tak… sume kate tak… tp.. bile mintak ape2.. mlm2 xcuse.. hehehe… tak cukup byk la ko letak gambo baby….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>