Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingatlah! sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja. Sesiapa datang dengan ceria, hasilnya akan lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan, InsyaAllah.

Jadi renugilah…

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab DATANG KERJA tapi hampeh, hasilnya macam kita tak datang kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY gila, rupanya kita 'kelam kabut'.
  3. Adakala kita rasa PRIHATIN, tapi rupanya kita 'busy body'.
  4. Adakalanya kita rasa kita OPEN MINDED dan OUTSPOKEN tapi rupanya kita 'kurang pengajaran'.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada 'kritik ' yang mencipta 'krisis'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih 'mengada'.
  7. Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA NIE MACAM TAK ADA KERJA?", adalah lebi baik kita tanya "Apa lagi kerja yang boleh aku buat?"

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukkan anjakan paradigma maka lakukanlah SEGERA. Tetapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan kita. Kalau kita kurang kerja, cari la kerja dengan membantu teman-teman lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. Kita dapat di akhirat nanti. Kerja adalah satu ibadah. Tapi kalau kita asyik dengki mendengki bukan pahala yang kita dapat, tapi dosa. Jadi, kejarlah pahala free ini.

Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita?.