Archive for April, 2009
Gatal tangan
Apr 27th
Ish…ish….
Sejak dua menjak nie. Tangan aku gatal jek. Orang cakap, kalau gatal tangan, nak dapat duit. Tangan kanan pulak tu. Tapi, aku tak percaya. Hahahah, sebab tak pernah dapat.
Seriusss…gatal betul nie. Entah la, bila la nak ilang gatal nie. Bila aku tengok orang lain 'punya', makin bertambah kegatalan aku. Ish, dah puas aku calit minyak tiger balm. Tapi, tak hilang jugak gatal di tangan nie.
Tak pe, dalam seminggu dua nie, insya-Allah elok la gatal tangan nie…
Dah seminggu aku hantar lens aku pergi service. Kamera aku, dok dalam dry box jek la. Tangan kanan aku, dah lama tak snap gambar. Ish, ketagih jugak yek….
pstt…tangan aku gatal sebab dah lama tak snap gambar.
Asap wangi
Apr 23rd
Tidakkkkkk….
Tadi aku jumpa kawan aku yang dah lama tak jumpa. Dia dah lain, dia dah….
Dia dah….
Dia dah…..
Dia dah berhenti rokok!!! Aku tanya dia,”kor berenti rokok nie sebab awek marah ker?” Dia jawab tak. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab awek-awek dia terlalu ramai, sebab tu dia berhenti rokok.
Aku ambil sebatang. Hembus ker muka dia. Hahahahah, nah! Wangi tak asap rokok nie? Rokok Marlboro Light nie la rokok yang kor hisap dulu. Dia kata, masih wangi. Aku hulur sekotak. Dia pegang dan belek. Gamak gayanya macam tak pernah belek kotak rokok. Aku cakap, ambil la. Aku ada lagi sambil menghembus asap ke udara. Kesian dah kat mamat tu. Tak nak aku hembus kat muka dia. Kang tercekik lak dia bau asap rokok aku.
Kepada kawan aku tu, kalau kor mengatakan rokok ini masih wangi. Ambillah, hisaplah sebatang. Tak beri kesan apa pun kalau hisap sebatang. Sebelum aku beredar. Aku memberi peluang kepada dia untuk menge’pow’ rokok daripada. Dia menolak sambil tersengih kempunan.” Ambil la, karang kor kempunan asap rokok Marlboro Light nie, wahai Ayuz!!!”.
P/s: Negara mengalami kerugian jika ramai perokok berhenti merokok. Percaya la….
Tak sihat
Apr 23rd
Ehhh??? Kat Gemas dah ada Celcom 3G. Lepas nie aku nak disconnect la Streamyx aku. Tapi, Celcom nie ada polisi 'Fair Usage Policy at 5GB per month'. Ini bermakna, selepas kita menggunakan bandwidth 5GB, Celcom akan men'slow'kan line kita. Uhhh, adil jugak Celcom nie sebab nak bagi customer diorang line yang sama rata. Tapi, tak syok laa….Kalau macam tu, hari ke 5 setiap bulan aku dah cecah 5GB. Ciss..adil kaa???
Minggu nie kebanyakkan staff aku tak ada kat ladang. Ada yang pergi Induksi, ada yang kena gotong royong kat MAEPS sebab Menteri Baru MOA nak melawat tapak MAHA 2008. Aku, dok ladang menyelesaikan kes misteri. Lembu aku mati secara tiba-tiba. Terkejut beruk jugak la aku pagi ari tu, tak sangka lembu yang sihat leh mati tetiba. Tapi, bila orang tanya kenapa mati? aku cakap, dah ajal dia mati la. Tapi, sebab-sebab yang membawa kepada kematian itu masih dalam siasatan. Macam CSI jugak la aku ari tu. Dalam CSI, kalau kat crime scene diorang akan tangkap gambar. Haaa, aku pun tangkap gambar. Cuma tape, 'dilarang masuk' tu jek aku tak letak. huhuhu…
Pelbagai diagnosis masuk menerpa minda aku. Masa buat post mortem, aku tak boleh ambil sampel sangat. Sebab kebanyakkan organ dah busuk (autolyse). Salah satu faktor yang menyebabkan organ cepat busuk adalah ternakan ini besar. Faktor saiz memainkan peranan jugak. Ada jugak la aku termuntah masa buat post mortem ari tu. Gulpppp….So, kes ini masih dalam siasatan aku. Aku cuma tunggu keputusan makmal lagik. Ok la, aku esok nak transfer kes ke UPM. Seekor lagik lembu aku sakit. Aku suspect lactic acidosis. Erkkk, nak sebut apa yek? haaa!!! kalau dalam lembu kita panggil, 'perut berisi asid laktik'. Erkkk, macam tak kena jek bunyinya. Anyway, aku baru terjaga malam nie sebenarnya. Tadi tidur awal, sebab telan pil selsema. Sedar dari mimpi, sebab lembu aku yang kena lactic acidosis tu dah mati. Fuhhh….ngeri sunggu mimpi aku tu. Untuk menenangkan jiwa aku malam yang sunyi nie. Aku pun menaip blog aku nie tatkala jam menunjukkan jam 3.45 pagi.
Ok la nak tidur, esok nak bawak lembu masuk wad. Aku tepek gambar anak-anak aku. Rindu kat diorang……
Pasar Siti Khadijah
Apr 5th
Semalam, teknologi ternakan di Malaysia telah berkembang ke satu tapak hadapan lagi. Aku pergi ke PTH Pantai Timur di Tanah Merah, Kelantan untuk menyaksikan perasmian "Sistem Daya Jejak Ternakan". Sistem ini merupakan salah satu sistem pengenalan pada tag telinga lembu. Kebanyakkan peternak yang aku jumpa, mereka ingat sistem ini satu sistem yang boleh mengesan kedudukan ternakan mereka seperti GPS atau remote sensing. Sebenarnya tidak, ia cuma sistem pengenalan yang berkomputer. Macam Smart Tag yang kita lalu bawah tol tu. Itu sebenarnya sistem ini. Untuk lebih lanjut, sila rujuk link ini.
Tadi aku pergi ke Pasar Siti Khadijah. Niat aku, bukan nak beli apa-apa pun. Cuma nak tangkap gambar jek. Ini ada beberapa shot yang aku tangkap, tapi disebabkan keadaan di dalam itu yang kurang pencahayaan. Jadi, aku terpaksa menahan nafas ketika memetik picu kameraku. Hehehhehe, tak nak bagi goyang.

Kedua-dua mak cik tu tengah makan. Aku cuba tunggu dua-dua mak cik tu suap serentak. Manjang tak jadi jek.




