Pasar Siti Khadijah

Semalam, teknologi ternakan di Malaysia telah berkembang ke satu tapak hadapan lagi. Aku pergi ke PTH Pantai Timur di Tanah Merah, Kelantan untuk menyaksikan perasmian "Sistem Daya Jejak Ternakan". Sistem ini merupakan salah satu sistem pengenalan pada tag telinga lembu. Kebanyakkan peternak yang aku jumpa, mereka ingat sistem ini satu sistem yang boleh mengesan kedudukan ternakan mereka seperti GPS atau remote sensing. Sebenarnya tidak, ia cuma sistem pengenalan yang berkomputer. Macam Smart Tag yang kita lalu bawah tol tu. Itu sebenarnya sistem ini. Untuk lebih lanjut, sila rujuk link ini.

Tadi aku pergi ke Pasar Siti Khadijah. Niat aku, bukan nak beli apa-apa pun. Cuma nak tangkap gambar jek. Ini ada beberapa shot yang aku tangkap, tapi disebabkan keadaan di dalam itu yang kurang pencahayaan. Jadi, aku terpaksa menahan nafas ketika memetik picu kameraku. Hehehhehe, tak nak bagi goyang.

DSC_4485
Kedua-dua mak cik tu tengah makan. Aku cuba tunggu dua-dua mak cik tu suap serentak. Manjang tak jadi jek.
 
DSC_4485