Tak sihat
Ehhh??? Kat Gemas dah ada Celcom 3G. Lepas nie aku nak disconnect la Streamyx aku. Tapi, Celcom nie ada polisi 'Fair Usage Policy at 5GB per month'. Ini bermakna, selepas kita menggunakan bandwidth 5GB, Celcom akan men'slow'kan line kita. Uhhh, adil jugak Celcom nie sebab nak bagi customer diorang line yang sama rata. Tapi, tak syok laa….Kalau macam tu, hari ke 5 setiap bulan aku dah cecah 5GB. Ciss..adil kaa???
Minggu nie kebanyakkan staff aku tak ada kat ladang. Ada yang pergi Induksi, ada yang kena gotong royong kat MAEPS sebab Menteri Baru MOA nak melawat tapak MAHA 2008. Aku, dok ladang menyelesaikan kes misteri. Lembu aku mati secara tiba-tiba. Terkejut beruk jugak la aku pagi ari tu, tak sangka lembu yang sihat leh mati tetiba. Tapi, bila orang tanya kenapa mati? aku cakap, dah ajal dia mati la. Tapi, sebab-sebab yang membawa kepada kematian itu masih dalam siasatan. Macam CSI jugak la aku ari tu. Dalam CSI, kalau kat crime scene diorang akan tangkap gambar. Haaa, aku pun tangkap gambar. Cuma tape, 'dilarang masuk' tu jek aku tak letak. huhuhu…
Pelbagai diagnosis masuk menerpa minda aku. Masa buat post mortem, aku tak boleh ambil sampel sangat. Sebab kebanyakkan organ dah busuk (autolyse). Salah satu faktor yang menyebabkan organ cepat busuk adalah ternakan ini besar. Faktor saiz memainkan peranan jugak. Ada jugak la aku termuntah masa buat post mortem ari tu. Gulpppp….So, kes ini masih dalam siasatan aku. Aku cuma tunggu keputusan makmal lagik. Ok la, aku esok nak transfer kes ke UPM. Seekor lagik lembu aku sakit. Aku suspect lactic acidosis. Erkkk, nak sebut apa yek? haaa!!! kalau dalam lembu kita panggil, 'perut berisi asid laktik'. Erkkk, macam tak kena jek bunyinya. Anyway, aku baru terjaga malam nie sebenarnya. Tadi tidur awal, sebab telan pil selsema. Sedar dari mimpi, sebab lembu aku yang kena lactic acidosis tu dah mati. Fuhhh….ngeri sunggu mimpi aku tu. Untuk menenangkan jiwa aku malam yang sunyi nie. Aku pun menaip blog aku nie tatkala jam menunjukkan jam 3.45 pagi.
Ok la nak tidur, esok nak bawak lembu masuk wad. Aku tepek gambar anak-anak aku. Rindu kat diorang……
| Print article | This entry was posted by doBot on Thursday, 23 April 2009 at 347, and is filed under My Life. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



