Archive for May, 2009

Google Latitude

Aku sekarang dalam perjalanan ke PTH Lenggong yang berada di Lenggong, Perak. Dah lama betul aku tak lalu jalan Jeli-Grik nie. Orang cakap, kat jalan nie ada memacam bila malam. Ada yang pernah nampak harimau rimba, gajah dan tapir yang melintas jalan di kawasan ini. Aku bergerak siang, kebarangkalian untuk melihat binatang-binatang nocturnal ini adalah kurang.

Cuma nak bagi tau, aku ada jumpa satu lagi service yang ditawarkan oleh Google. Ia dipanggil Google Latitude (klik link kat sebelah tu). Korang boleh install dalam henpon korang (dalam komputer pun boleh) dan gunakannya untuk mengesan kedudukkan orang. Aku dah install Google Latitude dalam henset aku, aku boleh tengok di mana aku berada jika aku berjalan-jalan

Disamping itu, kawan-kawan jugak boleh tahu kedudukan korang kalau korang letak benda nie kat blog atau website korang. Kalau korang pakai Google Latitude, korang leh tengok kengkawan yang pakai Latitude nie jugak. So, kita tahu la kedudukkan kengkawan kita. Korang leh tengok kat sebelah kanan blog aku nie, dalam kotak "Di mana doBot?". Tapi, kita boleh disablekan benda nie kalau kita nak 'merahsiakan' kedudukan korang daripada orang tahu di mana.

Pada wanita-wanita di luar sana yang tak tahu suami korang pergi ke mana? Mulai hari ini, korang leh la suruh/paksa suami korang guna benda nie. Heheheheh…aku, aku dah bagi tau wife aku pasal benda nie. Tapi, nampak macam dia tak berminat dengan teknologi canggih nie. Elok la tu, tak payah dia check aku kat mana hari-hari. Hahahahahha, yuhuuuuuu…..

Series Finale

Aku tahu, ada ramai penggemar 'series' kat luar sana. Aku tergolong di dalam golongan penggemar drama bersiri keluaran mat salleh nie. Antara yang aku gemar adalah cerita, House MD, Sarah Chronicle, Heroes, Smallville, Lost, CSI, Knight Rider dan Prison Break.

Tapi, terus terang aku cakap. Dalam banyak-banyak siri tu. Ada siri yang aku rasa kengkadang dah tawar hati nak download dan terus tak download dah. Antaranya adalah Smallville. Fuhh, menyampah betul aku tengok cerita tu. Memula bagi aku, ok la. Tetapi, bila dah lelama. Menyampah makin membuak-buak kat Clark Kent tu. Bukannya nak bagi tau Lara siapa diri dia sebenarnya.

Aku sebenarnya, bukan nak cerita pasal cerita yang aku tak suka. Dalam banyak-banyak cerita siri. Aku suka 2 cerita jek. CSI (semua siri) dan Prison Break. Tetapi, jika diberi satu pilihan. Aku akan memilih Prison Break yang terbaik dan yang paling best pada abad ini. Untuk pengetahuan, aku tidak dibayar oleh FOX Broadcasting Company untuk mempromosikan cerita ini. Jadi aku tidak berkepentingan untuk mempromosikan cerita ini. Aku bukan nak mempromosikan. Tapi, ingin meluahkan rasa hati aku. Cerita nie memang best. Tapi, ada tapinya…korang perlu tengok cerita ini dari Season pertama lagi. Kalau tak, tak paham.

Aku ikut cerita nie disebabkan oleh 'keracunan' yang diberikan oleh kawan aku bernama Ayuz semenjak zaman belajar kat UPM lagik. Ingatkan tak best. Fuh…best. Kita selalu dengar orang cakap, Season Finale. Tapi, kali nie aku terpaksa berdepan dengan cerita yang ada kehabisannya. Kita panggil, Series Finale. Cerita nie dah habis. Dan cerita nie boleh habis. Sedih la cerita nie dah habis, tapi…aku puas hati kalau cerita nie habis sebab cara jalan cerita yang aku tak sangka boleh berlaku.

Apa yang aku dapat simpulkan dalam cerita nie, adalah nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh ahli penjara tu sendiri. Ada yang jahat, ada yang baik. Dan, ada yang jahat bergaduh ngan yang baik. Lepas tu, jadi kawan baik gila. Antara watak yang aku paling tak suka dalam cerita nie adalah Agent Mahone. Bila dah lelama tengok, Agent Mahone adalah antara watak yang aku suka selain Scofield dan Burrows.

Aku malas nak cerita kesudahan cerita nie sebab nanti spoiler pulak kepada yang tak tengok lagik. Cuma aku memang kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan dalam cerita ini. Alangkah seronoknya kalau suasana macam tu ada di tempat kerja masing-masing. Masing-masing nak bantu membantu. Walaupun bertengkar pada peringkat awal, tapi…pada akhirnya mereka bersatu untuk kepentingan bersama. Ok la, kepada kengkawan yang tak pernah tengok cerita nie. Aku nasihatkan 100% agar tengok. Orang cakap CSI best. Tapi, orang tak tahu Prison Break lagik BEST!!!.

Nota: Ada apa-apa lagik tak cerita yang best??? Erkkk…maksud aku, yang paling best.

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saha menjad dewasa,
Sejarah dimulakan oleh sorang guru biasa,
Dengan lembutnya mengajar tulis baca.

Berburu ke padang Datar,
Dapat Rusa Belang Kaki,
Berguru Kepalang Ajar,
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi.

Maksudnya: Sia-sia melakukan sesuatu kerja jika tak cukup kepakaran dan kemahiran. Renung-renungkan, wahai kengkawanku…

Jawapan ikhlas

Aku sebenarnya tak beberapa gemar melihat rancangan kanak-kanak, yang aku rasa orang tua pun tengok rancangan tu. Rancangan itu dikendalikan oleh pengacara terkemuka tanah air iaitu Aznil Hj Nawawi. Rancangan itu adalah 'Tom Tombak'. Aku tak suka rancangan tu bila part kanak-kanak atau kengkadang orang besar (umur 12 tahun) pun menyanyi dalam tu. Tapi, bila bab soal jawab atau sessi berborak, aku suka. Sebab, idea kanak-kanak ini adalah idea yang spontan dan ikhlas dari hati diorang.

Minggu lepas, aku secara tidak sengaja menonton rancangan ini. Tajuk yang tengah diborakkan adalah, 'orang kaya dan orang miskin'. Ada satu part tu, Aznil tanya bebudak tu. "Siapa orang miskin???". Antara jawapan yang diberikan adalah. Orang minta sedekah. Aku setuju dengan yang ini. Jawapan lain pula adalah, orang yang tinggal kat kampung. Haa, Dik, orang kampung la kaya berbanding orang bandar sebab kat kampung nie, diorang ada banyak tanah yang berekar-ekar. Aznil tanya lagi, "Siapa yang miskin?". Bebudak tu mengatakan, orang yang dok rumah kayu. Dik, rumah kayu sekarang lebih mahal dari rumah batu. Begitu la pemikiran kanak-kanak yang berumur dalam 5 tahun. Tulus dan ikhlas. Mungkin jawapan mereka, dipengaruhi oleh faktor sekeliling sepanjang pembesaran mereka.

Lepas tu Aznil menyebutkan pekerjaan orang, dan meminta kanak-kanak itu menyebut sama ada mereka kaya atau miskin. Aznil bertanya,
"Pemandu bas!!!"
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Konduktor bas!!!", Aznil bertanya.
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Doktor!!!" , Aznil bertanya.
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Doktor haiwan!!!", , Aznil bertanya.
"Miskinnnnnn!!!", jawab bebudak tu.

Ekkk??? Betul la apa yang kanak-kanak tu cakap. Doktor haiwan nie memang miskin, sebab doktor haiwan merawat kucing, anjing, lembu dan lain-lain haiwan. Dalam hidup seorang doktor haiwan, belum pernah terjadi doktor haiwan menerima duit dari haiwan yang dirawatinya. Mana ada haiwan yang mempunyai duit, berkerja diberi gaji dan ada akaun Maybank.

Aku termenung, ikhlas sungguh jawapan kanak-kanak nie….

Kerja di bawah matahari


Panas sungguh hari nie…

Tapi nak buat cam mana??? Kerja-kerja untuk membuat pagar sempadan antara unit lembu perlu dilakukan. Disebabkan kekurangan budget untuk upah kontraktor buat. Maka, aku mengarahkan anak-anak buah turun padang reramai. Dari lelaki, sampai la ker perempuan. Semua kena turun.

Bila dah kena turun tu, aku secara tak langsung pun kena turun. Panas…terik. Jadi hitam aku. Patut la anak-anak aku pun kengkadang dah tak kenal abah dia. "Ehh??? Kejap bapak aku nie putih, kejap hitam". Hehehehe…

Walaupun panas, aku suka sebab mempunyai kakitangan yang boleh diharap. Sanggup kerja di bawah matahari terik. Terima kasih kakitangan PTH Jelai Gemas.

Hasil tembakan


Fuh, penat jugak nak mengejar yang seekor ini. Tadi, staff aku nampak ada 2 ekor, tapi hari nie cuma dapat seekor jek. Insya-Allah, aku akan cuba beberapa ekor lagi. Nampak macam senang jek nak tembak anjing nie. Tapi, susah. Ligat jugak. Itu belum kalau tembak babi hutan, lagi laju dia lari.

Anjing liar memang jadi masalah kepada aku. Mereka nie selalunya akan memakan anak-anak lembu yang baru lahir. Ada sekali tu, aku pernah melihat anak lembu dikelilingi sekumpulan anjing liar. Nasib baik aku tak bawak senapang pada masa tu. Kalau tak, confirm aku tembak semua. Kalau babi hutan, mereka nie pulak jenis menyondol tanah. Habis pagar kat sini disondolnya. Merosakkan harta benda awam betul babi-babi hutan kat sini.

Ok la, nak cari hasil ayam hutan lak…heheheeh…