Aku sekarang dalam perjalanan ke PTH Lenggong yang berada di Lenggong, Perak. Dah lama betul aku tak lalu jalan Jeli-Grik nie. Orang cakap, kat jalan nie ada memacam bila malam. Ada yang pernah nampak harimau rimba, gajah dan tapir yang melintas jalan di kawasan ini. Aku bergerak siang, kebarangkalian untuk melihat binatang-binatang nocturnal ini adalah kurang.
Cuma nak bagi tau, aku ada jumpa satu lagi service yang ditawarkan oleh Google. Ia dipanggil Google Latitude (klik link kat sebelah tu). Korang boleh install dalam henpon korang (dalam komputer pun boleh) dan gunakannya untuk mengesan kedudukkan orang. Aku dah install Google Latitude dalam henset aku, aku boleh tengok di mana aku berada jika aku berjalan-jalan
Disamping itu, kawan-kawan jugak boleh tahu kedudukan korang kalau korang letak benda nie kat blog atau website korang. Kalau korang pakai Google Latitude, korang leh tengok kengkawan yang pakai Latitude nie jugak. So, kita tahu la kedudukkan kengkawan kita. Korang leh tengok kat sebelah kanan blog aku nie, dalam kotak "Di mana doBot?". Tapi, kita boleh disablekan benda nie kalau kita nak 'merahsiakan' kedudukan korang daripada orang tahu di mana.
Pada wanita-wanita di luar sana yang tak tahu suami korang pergi ke mana? Mulai hari ini, korang leh la suruh/paksa suami korang guna benda nie. Heheheheh…aku, aku dah bagi tau wife aku pasal benda nie. Tapi, nampak macam dia tak berminat dengan teknologi canggih nie. Elok la tu, tak payah dia check aku kat mana hari-hari. Hahahahahha, yuhuuuuuu…..