Aku sebenarnya tak beberapa gemar melihat rancangan kanak-kanak, yang aku rasa orang tua pun tengok rancangan tu. Rancangan itu dikendalikan oleh pengacara terkemuka tanah air iaitu Aznil Hj Nawawi. Rancangan itu adalah 'Tom Tombak'. Aku tak suka rancangan tu bila part kanak-kanak atau kengkadang orang besar (umur 12 tahun) pun menyanyi dalam tu. Tapi, bila bab soal jawab atau sessi berborak, aku suka. Sebab, idea kanak-kanak ini adalah idea yang spontan dan ikhlas dari hati diorang.

Minggu lepas, aku secara tidak sengaja menonton rancangan ini. Tajuk yang tengah diborakkan adalah, 'orang kaya dan orang miskin'. Ada satu part tu, Aznil tanya bebudak tu. "Siapa orang miskin???". Antara jawapan yang diberikan adalah. Orang minta sedekah. Aku setuju dengan yang ini. Jawapan lain pula adalah, orang yang tinggal kat kampung. Haa, Dik, orang kampung la kaya berbanding orang bandar sebab kat kampung nie, diorang ada banyak tanah yang berekar-ekar. Aznil tanya lagi, "Siapa yang miskin?". Bebudak tu mengatakan, orang yang dok rumah kayu. Dik, rumah kayu sekarang lebih mahal dari rumah batu. Begitu la pemikiran kanak-kanak yang berumur dalam 5 tahun. Tulus dan ikhlas. Mungkin jawapan mereka, dipengaruhi oleh faktor sekeliling sepanjang pembesaran mereka.

Lepas tu Aznil menyebutkan pekerjaan orang, dan meminta kanak-kanak itu menyebut sama ada mereka kaya atau miskin. Aznil bertanya,
"Pemandu bas!!!"
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Konduktor bas!!!", Aznil bertanya.
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Doktor!!!" , Aznil bertanya.
"Kayaaaa…", jawab bebudak tu.
"Doktor haiwan!!!", , Aznil bertanya.
"Miskinnnnnn!!!", jawab bebudak tu.

Ekkk??? Betul la apa yang kanak-kanak tu cakap. Doktor haiwan nie memang miskin, sebab doktor haiwan merawat kucing, anjing, lembu dan lain-lain haiwan. Dalam hidup seorang doktor haiwan, belum pernah terjadi doktor haiwan menerima duit dari haiwan yang dirawatinya. Mana ada haiwan yang mempunyai duit, berkerja diberi gaji dan ada akaun Maybank.

Aku termenung, ikhlas sungguh jawapan kanak-kanak nie….