Series Finale
Aku tahu, ada ramai penggemar 'series' kat luar sana. Aku tergolong di dalam golongan penggemar drama bersiri keluaran mat salleh nie. Antara yang aku gemar adalah cerita, House MD, Sarah Chronicle, Heroes, Smallville, Lost, CSI, Knight Rider dan Prison Break.
Tapi, terus terang aku cakap. Dalam banyak-banyak siri tu. Ada siri yang aku rasa kengkadang dah tawar hati nak download dan terus tak download dah. Antaranya adalah Smallville. Fuhh, menyampah betul aku tengok cerita tu. Memula bagi aku, ok la. Tetapi, bila dah lelama. Menyampah makin membuak-buak kat Clark Kent tu. Bukannya nak bagi tau Lara siapa diri dia sebenarnya.
Aku sebenarnya, bukan nak cerita pasal cerita yang aku tak suka. Dalam banyak-banyak cerita siri. Aku suka 2 cerita jek. CSI (semua siri) dan Prison Break. Tetapi, jika diberi satu pilihan. Aku akan memilih Prison Break yang terbaik dan yang paling best pada abad ini. Untuk pengetahuan, aku tidak dibayar oleh FOX Broadcasting Company untuk mempromosikan cerita ini. Jadi aku tidak berkepentingan untuk mempromosikan cerita ini. Aku bukan nak mempromosikan. Tapi, ingin meluahkan rasa hati aku. Cerita nie memang best. Tapi, ada tapinya…korang perlu tengok cerita ini dari Season pertama lagi. Kalau tak, tak paham.
Aku ikut cerita nie disebabkan oleh 'keracunan' yang diberikan oleh kawan aku bernama Ayuz semenjak zaman belajar kat UPM lagik. Ingatkan tak best. Fuh…best. Kita selalu dengar orang cakap, Season Finale. Tapi, kali nie aku terpaksa berdepan dengan cerita yang ada kehabisannya. Kita panggil, Series Finale. Cerita nie dah habis. Dan cerita nie boleh habis. Sedih la cerita nie dah habis, tapi…aku puas hati kalau cerita nie habis sebab cara jalan cerita yang aku tak sangka boleh berlaku.
Apa yang aku dapat simpulkan dalam cerita nie, adalah nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh ahli penjara tu sendiri. Ada yang jahat, ada yang baik. Dan, ada yang jahat bergaduh ngan yang baik. Lepas tu, jadi kawan baik gila. Antara watak yang aku paling tak suka dalam cerita nie adalah Agent Mahone. Bila dah lelama tengok, Agent Mahone adalah antara watak yang aku suka selain Scofield dan Burrows.
Aku malas nak cerita kesudahan cerita nie sebab nanti spoiler pulak kepada yang tak tengok lagik. Cuma aku memang kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan dalam cerita ini. Alangkah seronoknya kalau suasana macam tu ada di tempat kerja masing-masing. Masing-masing nak bantu membantu. Walaupun bertengkar pada peringkat awal, tapi…pada akhirnya mereka bersatu untuk kepentingan bersama. Ok la, kepada kengkawan yang tak pernah tengok cerita nie. Aku nasihatkan 100% agar tengok. Orang cakap CSI best. Tapi, orang tak tahu Prison Break lagik BEST!!!.
Nota: Ada apa-apa lagik tak cerita yang best??? Erkkk…maksud aku, yang paling best.
| Print article | This entry was posted by doBot on Tuesday, 19 May 2009 at 2141, and is filed under My Life. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
ya penamat nya sgt sedih bagi org2 yang menonton PB dari mula sampai abis… lagi sedih bile tgk x tau nak kongsi dengan siapa
Reply
about 1 year ago
Hampeh nko bot …..
buek den tak keruan …..
den nak nengok bot…. Balik minggu nie … nko tak balik den turun tangkak nanti … huhuhuh
dah lah waktu kek kampung soeharto ari tu den layan PB 4 episode direct. Sampai jam dua pagi aku bertahan sebab nak tgk PB.
Sakit ati tgk mak depa.
dah abih dah ke PB nie bot? alahai ….
apo-apo pun nko telah berjaya meracunkan aku melihat PB dari season 1 hingga season 4.
Bak kata cerdik pandai,
orang yang melayan series nie terpenjara hidupnya…. memula aku tak setuju, akhirnya aku setuju sbb aku senantiasa ternanti-nanti nak tengok episod baru… tak terpenjara namanya tu …. huhuhuh
agaknya macam manalah orang yang layan soap opera sepanyol tu kan ????
musti lagi buang masa dari kita-kita nie kan????
Reply
about 1 year ago
Bot ko ade dah ke series finale tu. boleh send ke aku tak? lame dah tunggu ni. Ayus pun xdpt lagi agaknye…
mmg betulla ‘terpenjara’ nasib baik habis dah
Reply
doBot Reply:
May 22nd, 2009 at 1420
Hahahahha…kor pun ter’penjara’ jugak ker Hamka? Ish, kor nie. Macam mana aku nak send file bersaiz 600MB kalau ikut internet. Penat jugak nak upload tu.
Reply
about 1 year ago
Ambikla Heroes. Tu juga best
Reply