Transformasi Flickr
Kegatalan jari jemari aku makin terasa. Dah lama jugak aku tak memetik nie. Minggu lepas, Nikon call aku. Fuh!!! terkejut aku. Service lens jek dah RM170. Nasib baik la lens kamera tak macam kereta. Kena service selalu. Itu baru lens, belum aku hantar body untuk aku service. Nanti la, dah cukup setahun aku antar body untuk aku service.
Walaupun aku menggantung kamera aku dalam dry box, keinginan aku untuk bergambar masih ada. Jadi, aku telah menukar dan membuang gambar-gambar lama di dalam Flickr aku. Aku dah tak nak letak gambar-gambar peribadi dalam flickr. Aku nak letak dalam facebook jek. So, di Flickr, merupakan gambar-gambar yang aku shot bagi memenuhi keperluan hobi aku nie. So, updatenya tak ada la selalu. Sebab masa aku agak terbatas untuk menumpukan sepenuh masa kepada hobi aku nie.
Kepada kengkawan, lawati lah album gambar online aku atau pun portfolio aku di http://www.flickr.com/dobot/ yang telah diperbaharui. Segala komen, amat aku hargai. Terima kasih.
| Print article | This entry was posted by doBot on Monday, 11 May 2009 at 2215, and is filed under Photography. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

