Archive for June, 2009

Cahaya Kasih

Aku memang jarang melihat drama Melayu. Nak-nak lagik kalau drama tu bersambung setiap minggu. Lain la kalau bersambung hari-hari macam sesetengah drama bersiri yang disiar setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.

Tatkala aku memandang iklan cerita Nur Kasih. Aku tertarik dengan teknik penggambaran dia. Itu yang menyebabkan aku nak sangat tengok cerita nie. Aku tengok kat internet jek. Padahal, sehingga habis semua episod pun aku tak tahu, pada hari dan jam berapa cerita ini ditayangkan. Rupanya, setiap hari Jumaat jam 9 malam. Lepas nie, jangan kacau aku pukul 9 malam setiap hari Jumaat. Pasti, aku akan melayan cerita ini dulu.

Kenapa aku suka cerita ini? Sebab heroin dia (Zaqyah Tiz Razak) cute ker? tak laa…sebab yang aku suka. Cara dia cari angle kamera dan teknik penggambaran dia, atau pun dikenali sebagai sinematografi. Antara shot yang aku suka adalah,

  • Babak Adam pergi ke bandar sewaktu nak melarikan diri ke Australia. Aku tak ingat episod berapa. Tapi, yang aku masih ingat pelakon itu berdiri pada bangunan lama. Dan kamera shot gambar dia dari arah jauh. Menampakkan Adam (subjek) dengan dinding bangunan lama. Cantik komposisi nie.
  • Sewaktu Aidil sedang solat di surau. Yang nie aku paling suka. Bukan sahaja komposisi dan angle shot, tapi lighting jugak. Aku tak tau la Aidil tengah sembahyang apa. Tapi suasana macam waktu sembahyang Asar. Ini kerana, surau yang dipilih agak usang (benda usang nie berseni tau), kamera shot dari arah belakang dengan menggunakan framing pintu surau yang usang. Lepas tu, cahaya petang memasuki surau menampakkan Aidil tengah solat.
  • Pemandangan rumah Ustaz Hassan. Aku suka pemandangan macam nie. Banyak jugak shot yang diambil semasa sun set. Marvelous!!! cantik!!!

Ada beberapa lagik. Tapi, kalau aku tulis kat sini panjang lak. Tapi, cuba la kita nilaikan seni yang ada dalam drama Melayu. Jangan kita nak memperlekehkan drama Melayu dan pada masa yang sama kita mengagungkan cerita luar negara. Cerita luar negara nie, special effect jek lebih. Yang lain, sama jek…(erkkk…tak termasuk Prison Break, cerita lain daripada yang lain).

Lagi sekali, aku nak mengucapkan tahniah kepada Khabir Bahtia kerana menghasilkan cerita yang best nie. Selain dari sinematografi yang best, jalan cerita pun best jugak. Korang tengok jek la ek, kalau tak ada masa. Layan jek kat Youtube atau website TV3. Aku cuma berharap kepada Penerbit atau Pengarah (Khabir Bahtia) agar dapat meletak shot-shot menarik dari kamera (gambar) daripada scene yang ada dalam drama ini dalam website TV3. Aku yakin, sedikit sebanyak industri drama dan fotografi Tanahair kita akan berkembang ke bidang lain. Iye la, tak adalah drama yang hanya menceritakan kisah tanpa mengambil kira elemen lain seperti sinematografi.

Aku bukan orang seni, tapi aku tahu menghargai seni. Bukan aku sorang jek yang cerita pasal seni dalam cerita ini. Rujuk blog ini kerana beliau juga mengulas mengenai unsur sinematografi dalam cerita ini.

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”
(Hajjah Khadijah). Salah satu dialog dalam cerita ni.

Selain dari sinematografi, skrip pun best. Kepada rakyat Malaysia yang tipikal mengatakan drama Melayu tidak berkualiti. HENTIKAN!!!. korang perlu keluar dari kepompong dan keegoan korang.

 

 

I love Dad

Aku tak menyambut Hari Bapa. Tapi, aku sajek jek nak letak gambar bebudak nie kat sini. Hehehhehe…mama dia yang belikan diorang baju nie. Mekasih mama nya….

MRSM ku…


Nasib baik hari nie abis kursus awal. Urusetia lari skit dari jadual asal. Ok la tu, aku bertolak dari Felda Residence Tekam pukul 12 tengahari. Aku malas nak makan tengah hari kat sana sebab aku nak pergi pejabat dulu. Hantar kereta yang aku pinjam dari Jabatan.

Jalan yang aku lalui untuk pulang ke Gemas adalah, dari Gugusan Felda Jengka ke Temerloh ke Triang ke Kemayan ke Bandar Baru Jempol ke Bahau dan akhirnya sampai ke PTH Jelai Gemas. Nasib baik ada En. Garmin yang meneman aku memandu hari nie. Kalau tak, sesat jugak aku terutama masa nak pergi cari tempat kursus ini dulu.

Di Bandar Baru Jempol, aku berehat sebentar. Aku kagum. Kat sini la tempat aku belajar dulu. Suatu ketika dulu pada sekitar tahun 90an, aku pernah duduk kat sini dan di sini la tempat aku menimba ilmu. Tempat itu adalah, MRSM Serting. Untuk pengetahuan pembaca blog aku, gambar rumah kayu tu adalah tempat masa zaman aku form 4 dulu keluar malam atau dengan nama lain dipanggil ‘fly’. Nampakkan atap warna merah tu. Haa… Tu la MRSM aku dulu. Masa zaman form 4 dulu, kalau nak fly malam memang tak ada tempat yang nak dituju. Melainkan pergi ke rumah kuaters Felda ini untuk membeli rokok. Sebab ada mak cik kat sini buat rumah jadi kedai.

Zaman kecik-kecik dulu memang seronok. Ada kawan aku tu, nak ikut aku fly. Aku cakap, jangan. Nanti kor tak larat lari, bila bertembung ngan pak guard. Aku pada masa tu boleh dikatakan fit dan kurus. Bayangkan, pagar 5 kaki aku boleh lompat sekali jek. Erkkk… Korang caya tak aku masa form 4 dulu kurus dan fit. Hahahaha…percaya la.

Ok la, disebabkan kesian punya pasal, aku pun membawa kawan aku nie fly bersama-sama. Aku pun hairan, apasal dia nak ikut aku?. Padahal dia tak isap rokok. Bila dah kat kedai, rasa macam nak sepak terajang jek member aku nie, sebab dia cuma nak beli ais krim. Cisss… Buat penat jek ajak.

Sekarang, tempat ini dah maju dan cantik. Andaikata aku belajar kat sana zaman sekarang nie. Mesti kedai mak cik jual rokok tu tak laku. Terlalu banyak kedai dah ada kat sini. Dah ada stesen minyak, kedai Dmart dan lain-lain. Cepat betul pembangunan kat Serting nie.

Aku nak masuk dalam, nak tengok keadaan MRSM tu sekarang, sebab aku tengok dah banyak bangunan baru kat dalam tu sekarang. Tapi, disebabkan ada jaga. Aku membatalkan niat aku untuk masuk ke dalam. Kat gambar lagi satu tu, itu merupakan pintu jaga lama. Kat sini la kiterorang akan berkumpul bila outing. Kat sini la, aku punya kotak biskut kena koyak dengan pak guard sebab aku disuspect membawa rokok ke dalam. Aduhh… Macam-macam kenangan aku kat sini.

Aku termenung memandang MRSM ku ini…sesekali aku tersengih. Aku bangga menjadi anak MRSM nie, walaupun aku dibuang dari MRSM ini pada form 5. Sesekali, terbayang kengkawan aku yang sama-sama kena buang dulu. Begitu banyak kenangan manis…

Dan, aku tersengih sekali lagi sebelum memasukkan gear satu kereta Jabatan nie. Aku bangga ngan kengkawan aku yang sesama kena buang sebab kita orang pertama kena buang dari MRSM nie Walaupun kita di hina dan dicaci oleh cikgu dulu.

Kini… kita telah menjadi ‘orang’. Terima kasih banyak-banyak, cikgu.

Pagi yang kabus di Felda Tekam


Semalam aku sampai kat sini dah hampir lewat petang, jam 6.30 petang. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di pejabat sebelum bertolak ke Felda Tekam.

Bermula hari ini, sampai hari Sabtu tengahari, aku menghadiri Kursus Pengukuhan Intergriti Perkhidmatan Awam anjuran Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Yang tak bestnya, kat sini tak ada line 3G. So, terpaksa la guna line EDGE jek untuk layan internet. Best jugak kursus ini, ia lebih kepada kursus motivasi. Elok la, dikala sahabat-sahabat aku Pengurus Ladang lain telah meninggalkan bidang ladang. Aku dapat mengubati kemelesetan mood aku yang semakin menebal. At least, semangat untuk kerja tu naik balik, macam dulu-dulu.

Ok la penceramah, dah nak masuk. Aku nak sambung dengar Ustad nie bagi ceramah. Best, tak ngantuk. Antara yang dibincangkan adalah birokrasi, rasuah dan kemalasan kat tempat kerja.

Bukan kerja senang

Sapa kata kerja tangkap gambar senang? Hari nie aku dah berjaya mencederakan kaki aku sebab lenguh menangkap gambar. Kejap berdiri, kejap melutut. Untuk tangkap gambar pengantin, lensa kamera tak perlu selari dengan mata pengantin. Komposisi yang kurang menarik, jadi…terpaksa la aku letakkan lensa kamera selari dengan pinggang pengantin supaya lebih menyerlah gambarnya.

Haaa…kan kan..aku dah mengarut. Tadi habis tangkap gambar dalam pukul 3 petang. Itu baru sesi pelamin jek. Lepas tu, terus buat sessi luar (outdoor) sampai pukul 6 petang setelah aku menelan 2 biji panadol. Haaa!!! aku paling suka outdoor. Hahahah, sebab apa. Sebab aku tak payah pikir sangat pasal flash, selain dari tu…aku bukannya wedding photographer. Sebenarnya, sehingga kini aku masih tak reti guna flash aku. Pening jugak guna flash sebenarnya, takat tangkap dan tembak, boleh la. Tapi, kalau nak main lighting…pergggg…Aku masih teringat pesan sifu aku. Yang paling utama dalam fotografi nie adalah komposisi. Selepas itu, colour. Bila dah mahir, baru kor main lighting. Pada pendapat aku, komposisi pun aku tak lepas lagik. Inikan nak main ngan colour atau lighting. Hahahahah….takpa, everyday is a learning process. Tengkiu boss…merangkap sifu aku.

Ok la, aku letak 2 gambar ini sebagai permulaan. Aku tak abis edit lagik. Macam biasa, aku tak suka heavy editing. Aku cuma main level sebab nak cover under/overexpose gambar. Lepas tu, touch up skit ngan burn tool. Itu jek yang aku buat. Editing tak sampai 2 minit. Korang rasa la kan, gambar kat bawah nie aku ambil kat mana???

 

 

Haaaa….kat bawah nie adalah gambar sebenar lokasi gambar ini diambil. Padang bola yang dah bersemak.

Apabila ‘mereka’ bersidang

Adakah ini antara sebab stadium 'itu' runtuh???

Entah la…kengkadang manusia, tersilap membuat perkiraan dan jangkaan. Atau sebaliknya???