Cahaya Kasih
Aku memang jarang melihat drama Melayu. Nak-nak lagik kalau drama tu bersambung setiap minggu. Lain la kalau bersambung hari-hari macam sesetengah drama bersiri yang disiar setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.
Tatkala aku memandang iklan cerita Nur Kasih. Aku tertarik dengan teknik penggambaran dia. Itu yang menyebabkan aku nak sangat tengok cerita nie. Aku tengok kat internet jek. Padahal, sehingga habis semua episod pun aku tak tahu, pada hari dan jam berapa cerita ini ditayangkan. Rupanya, setiap hari Jumaat jam 9 malam. Lepas nie, jangan kacau aku pukul 9 malam setiap hari Jumaat. Pasti, aku akan melayan cerita ini dulu.
Kenapa aku suka cerita ini? Sebab heroin dia (Zaqyah Tiz Razak) cute ker? tak laa…sebab yang aku suka. Cara dia cari angle kamera dan teknik penggambaran dia, atau pun dikenali sebagai sinematografi. Antara shot yang aku suka adalah,
- Babak Adam pergi ke bandar sewaktu nak melarikan diri ke Australia. Aku tak ingat episod berapa. Tapi, yang aku masih ingat pelakon itu berdiri pada bangunan lama. Dan kamera shot gambar dia dari arah jauh. Menampakkan Adam (subjek) dengan dinding bangunan lama. Cantik komposisi nie.
- Sewaktu Aidil sedang solat di surau. Yang nie aku paling suka. Bukan sahaja komposisi dan angle shot, tapi lighting jugak. Aku tak tau la Aidil tengah sembahyang apa. Tapi suasana macam waktu sembahyang Asar. Ini kerana, surau yang dipilih agak usang (benda usang nie berseni tau), kamera shot dari arah belakang dengan menggunakan framing pintu surau yang usang. Lepas tu, cahaya petang memasuki surau menampakkan Aidil tengah solat.
- Pemandangan rumah Ustaz Hassan. Aku suka pemandangan macam nie. Banyak jugak shot yang diambil semasa sun set. Marvelous!!! cantik!!!
Ada beberapa lagik. Tapi, kalau aku tulis kat sini panjang lak. Tapi, cuba la kita nilaikan seni yang ada dalam drama Melayu. Jangan kita nak memperlekehkan drama Melayu dan pada masa yang sama kita mengagungkan cerita luar negara. Cerita luar negara nie, special effect jek lebih. Yang lain, sama jek…(erkkk…tak termasuk Prison Break, cerita lain daripada yang lain).
Lagi sekali, aku nak mengucapkan tahniah kepada Khabir Bahtia kerana menghasilkan cerita yang best nie. Selain dari sinematografi yang best, jalan cerita pun best jugak. Korang tengok jek la ek, kalau tak ada masa. Layan jek kat Youtube atau website TV3. Aku cuma berharap kepada Penerbit atau Pengarah (Khabir Bahtia) agar dapat meletak shot-shot menarik dari kamera (gambar) daripada scene yang ada dalam drama ini dalam website TV3. Aku yakin, sedikit sebanyak industri drama dan fotografi Tanahair kita akan berkembang ke bidang lain. Iye la, tak adalah drama yang hanya menceritakan kisah tanpa mengambil kira elemen lain seperti sinematografi.
Aku bukan orang seni, tapi aku tahu menghargai seni. Bukan aku sorang jek yang cerita pasal seni dalam cerita ini. Rujuk blog ini kerana beliau juga mengulas mengenai unsur sinematografi dalam cerita ini.
“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”
(Hajjah Khadijah). Salah satu dialog dalam cerita ni.
Selain dari sinematografi, skrip pun best. Kepada rakyat Malaysia yang tipikal mengatakan drama Melayu tidak berkualiti. HENTIKAN!!!. korang perlu keluar dari kepompong dan keegoan korang.
| Print article | This entry was posted by doBot on Wednesday, 24 June 2009 at 230, and is filed under Current Issue, My Life. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
Aku setuju dengan nko …
tak salah aku penerbit drama nie adalah penerbit yang sama untuk filem SEPI dan CINTA.
Kami setuju sinematografi drama nie agak unik. Jalan cerita pun nampak menarik setakat nie, cuma perlu tunggu sampai habis.
Reply
about 10 months ago
khabir memang bukan buat cerita yang calang-calang.ni memang sungguh2 punya kerja.cantik macam sepi dan cinta gak.skrip pun cantik.
Reply
doBot Reply:
October 18th, 2009 at 1156
Itu yang aku dok melayan cerita nie. Memang syok sinematografi dia.
Reply