Archive for July, 2009

Dapat jugak berehat

Alhamdulillah…

Hari ini aku dapat berehat sambil mengupdate blog aku. Setelah 2 minggu bekerja dan tak jejak rumah. Aku bersama-sama dengan kawan aku, Dr Aidi daripada minggu lepas asyik outstation jek. Tempat tak jauh, tapi banyak. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab sepanjang outstation nie, aku bukan sahaja berkerja. Tapi, aku dapat pelbagai jenis ilmu terutama di dalam bidang peternakan dan pengurusan. Minggu lepas kami berada di Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar. Di sana kami belajar bagai mana nak membuat pemilihan terhadap ternakan. Pemilihan meliputi pelbagai aspek. Selama ini, di dalam membuat pemilihan lembu jantan, aku sering melihat testis lembu sahaja. Tetapi, ada beberapa perkara yang kadang kala kita terlepas pandang ketika membuat pemilihan, terutama memeriksa rekod pembiakkan ternakan. Sering kali aku terlepas padang perkara ini kerana, kebanyakkan penternak di negara kita ini tidak mempunyai rekod yang lengkap. Aku pun tak tahu kenapa penternak kita tidak mempunyai rekod yang lengkap. Mungkin sebab mereka malas nak update rekod. Sepanjang aku melawat ladang-ladang ternakan di Malaysia ini, hanya 20% sahaja yang mempunyai rekod yang lengkap. Aku berharap satu hari nanti, negara kita mempunyai penternak yang betul-betul menternak.

Selepas di Pusat Ternakan Haiwan Ulu Lepar, aku bertolak ke Port Dickson untuk menghadiri ICT Strategic Plan (ISP). Bengkel nie penat. Bukan penat badan. Tapi, kepala penat. Di dalam bengkel ini, dikendalikan oleh konsultan yang berpengalaman dalam membuat ISP. Alhamdulillah, ia dapat berakhir dengan objektifnya tercapai. Aku berharap, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mempunyai satu intergrated application yang boleh digunakan untuk memajukan peternakan di negara kita. Penggunaan ICT dapat digunakan sepenuhnya dalam kerja-kerja kita seharian.

Selepas di Port Dickson, kami pulang ke KL untuk menghadiri mesyuart East Cost Economic Region (ECER). Aku tidak terlibat dengan ECER. Tapi, aku ngan Dr. Aidi merupakan antara Pengurus Ladang yang lama di JPV. So, kami boleh memantau junior-junior kami di JPV. Alhamdulillah, aku dapat banyak ilmu sepanjang masa terlibat dengan ECER ini. Ilmu yang selama ini tidak diajar di sekolah dulu. Antara yang penting adalah, animal unit.Haaa…apa tu? animal unit digunakan untuk mengira kapasti ternakan yang boleh digunakan. Banyak lagik kegunaan animal unit yang boleh digunakan seperti keperluan makanan dan lain-lain. Aku bersyukur kerana dapat belajar benda-benda nie.

Sekarang, aku berada di hotel kat Nilai Spring bersama Dr Aidi. Best jugak hotel nie. Selesa. So, aku ingin menenangkan kepala aku setelah 2 minggu kena pulun abis. Minggu depan pula, aku akan menghadiri kursus Biro Tatanegara di Langkawi. Dan selepas dari itu, ada Hari Peladang Kebangsaan kat Melaka pulak. Tapi, yang penting sekali….aku nak balik rumah petang nie. Nak tengok anak-anak aku. Rindu kat diorang. Akak dah reti merangkak, tapi adik tak reti lagi. Adik selalunya akan menangis kalau Akak merangkak kat rumah tu. Dan Adik akan meminta didukung. Adik dah tumbuh gigi, tapi Akak tumbuh skit jek.

Ok la…aku nak tepek beberapa gambar….


Apa yang sedang dibincangkan tu??? mungkin tanah kat bawah tu kot atau air kat bawah tu???


Mendengar penerangan dengan khuysuknya.


Masa bengkel tempoh hari, konsulatan tu bagi kiter orang mainan macam Dooh nie. Ada sorang member group aku buat betuk lembu. Ntah apa baka apa pun aku tak tahu. Huhuhuhu

Nasib

Salah satu nasib seorang photographer. Asyik tangkap gambar jek, sehingga bila dibilang dengan jari, kurang dari 5% gambar sendiri. Jadi, aku pun meng'snap' gambar photog ini.

Kisah katak

Dulu orang cakap, jangan jadi bawah tempurung. Kini, kita ubah skit ayat nie. Jangan jadi katak dalam gelas kaca.

Apa maksudnya? Pagi tadi, Jabatan aku ada buat majlis ilmu mengenai intergriti. Tahniah Bahagian Perancang kerana membuat aktiviti seperti ini. Aku suka kalau Jabatan buat macam nie. Tak ada kita terikat dalam masa seminggu berkursus untuk mendapat ilmu. Disamping berkerja, kita diselang-selikan dengan aktiviti seperti ini. Bagi aku, majlis ilmu ini amat berguna, terutama setelah berkerja beberapa hari. Bagi aku, memadai jika dibuat 2 minggu sekali untuk mendapat ilmu. Kalau banyak majlis ilmu lagik elok, tapi bukan dalam masa kerja.

Apa yang dimaksudkan dengan 'katak dalam gelas'. Apa yang dimaksudkan adalah, jangan merasa berpuas hati apa dengan apa yang kita dah capai. (terutama kerja) Bayangkan katak duduk di dalam gelas yang lutsinar. Dia nampak dunia luar, tapi dia tak dapat merasa dunia luar. Dia nampak warna-warni disekeliling dia. Tapi, dia tak tahu macammana dunia luar.

Jadi, katak ini akan mengatakan ia hebat. Dia dapat tengok luar, setelah sekian lama bawah tempurung. Tapi, dia hanya melihat. Dia tak merasa. Jadi dia bermegah dengan apa yang dia ada sekarang. Kesimpulannya, janganlah kita merasa berpuas hati dengan apa yang telah kita capai, kita boleh buat lebih lagik. Berfikirlah di luar kotak pemikiran kita.

Itu serba sedikit yang aku dapat dalam majlis ilmu tadi. Banyak lagik yang dapat, tapi aku akan kongsi satu persatu. Penceramah tu pun ada mengatakan, 1-1 bukan 0. 1-1 adalah 10!!!. Kenapa??? Jika kita memberi satu ilmu kita, kita akan mendapat 10 ilmu. Jika kita ada satu ilmu, dan kita memberi (tolak) satu ilmu. Ilmu yang sedia tidak akan berkurang, malah akan bertambah 10 kali ganda.