Kisah katak

Dulu orang cakap, jangan jadi bawah tempurung. Kini, kita ubah skit ayat nie. Jangan jadi katak dalam gelas kaca.

Apa maksudnya? Pagi tadi, Jabatan aku ada buat majlis ilmu mengenai intergriti. Tahniah Bahagian Perancang kerana membuat aktiviti seperti ini. Aku suka kalau Jabatan buat macam nie. Tak ada kita terikat dalam masa seminggu berkursus untuk mendapat ilmu. Disamping berkerja, kita diselang-selikan dengan aktiviti seperti ini. Bagi aku, majlis ilmu ini amat berguna, terutama setelah berkerja beberapa hari. Bagi aku, memadai jika dibuat 2 minggu sekali untuk mendapat ilmu. Kalau banyak majlis ilmu lagik elok, tapi bukan dalam masa kerja.

Apa yang dimaksudkan dengan 'katak dalam gelas'. Apa yang dimaksudkan adalah, jangan merasa berpuas hati apa dengan apa yang kita dah capai. (terutama kerja) Bayangkan katak duduk di dalam gelas yang lutsinar. Dia nampak dunia luar, tapi dia tak dapat merasa dunia luar. Dia nampak warna-warni disekeliling dia. Tapi, dia tak tahu macammana dunia luar.

Jadi, katak ini akan mengatakan ia hebat. Dia dapat tengok luar, setelah sekian lama bawah tempurung. Tapi, dia hanya melihat. Dia tak merasa. Jadi dia bermegah dengan apa yang dia ada sekarang. Kesimpulannya, janganlah kita merasa berpuas hati dengan apa yang telah kita capai, kita boleh buat lebih lagik. Berfikirlah di luar kotak pemikiran kita.

Itu serba sedikit yang aku dapat dalam majlis ilmu tadi. Banyak lagik yang dapat, tapi aku akan kongsi satu persatu. Penceramah tu pun ada mengatakan, 1-1 bukan 0. 1-1 adalah 10!!!. Kenapa??? Jika kita memberi satu ilmu kita, kita akan mendapat 10 ilmu. Jika kita ada satu ilmu, dan kita memberi (tolak) satu ilmu. Ilmu yang sedia tidak akan berkurang, malah akan bertambah 10 kali ganda.