Archive for August, 2009

Jalan sesak


Hari tu, masa aku nak balik Seremban sebelum start puasa. Jalan kat highway banyak yang jammed. Mungkin sebab esok nak puasa, sebab tu banyak kereta kat highway. Situasi yang sama boleh dilihat menjelang raya kelak.

Send via BlackBerry Celcom Mobile.

Merdekakah kita?

Salam Ramdhan kepada semua pembaca blog aku. Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan HPPNK masa kat Melaka tempoh hari atau mungkin kerana aku telah ketandusan idea. Tapi, sesungguhnya aku tidak akan berhenti daripada menulis blog ini. Kalau dicongak, dah hampir 4 tahun aku menulis blog. Daripada zaman orang tak kenal apa itu blog hingga sekarang orang telah mengetahui apa itu blog.

Aku sebenarnya tertarik dengan penulisan Dr. Mohd Roslan Mohd Nor daripada Universiti Malaya. Beliau menceritakan sejarah perkembangan dan kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia. Apa yang aku kira menarik kerana, pada bulan ini juga kita akan menyambut kemerdekaan ke 52 tahun. Telah 52 tahun kita merdeka. Adakah angka itu sudah besar bagi kita? kita dijajah selama 446 tahun. Kita baru merdeka 52 tahun. Kalau dicongak-congak, kita nie baru merangkak. Tak sampai suku lagik.

Aku tertarik dengan kes yang boleh kita jadikan contoh ini, iaitu kerajaan Andalusia. Dalam paper ini Dr. Mohd Roslan ada mengatakan sebab-sebab kenapa kerajaan Andalusia ini jatuh. Diantara sebabnya adalah :
1. Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.
2. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah
3. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Itu adalah sebab yang dikemuakan oleh Dr Mohd Roslan di dalam kertas kerja beliau. Korang baca la paper nie. Lepas tu korang pikir la sendiri. Apa yang aku hendak tulis kat sini, kesemua sebab-sebab itu telah ada dan berlaku di dalam Malaysia. Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latarbelakang. Ada dikalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang merenggangkan sesama sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi lemah. SENARIO INI TELAH BERLAKU DI MALAYSIA!!!.

Aku bukannya orang politik, aku juga tidak berkerja dengan mana-mana orang politik. Aku bekerja dengan kerajaan yang memerintah pada masa ini. Jika ditakdirkan satu hari, BN akan gagal memerintah. Aku akan tetap berkerja dengan kerajaan yang memerintah pada masa itu. Tapi, walau kerajaan mana pun yang memerintah, perpaduan antara kaum amat penting sekali. Cuba kita renungkan peristiwa yang telah berlaku pada kerajaan Andalusia ini. Satu kerajaan yang hebat, boleh musnah dari mata dunia.

Sila klik link ini untuk membaca kertaskerja Dr Mohd Roslan (kredit kepada Persatuan Ulama Malaysia)

Muncung

Zaman sekarang nie, kalau orang (terutama wanita) posing gambar mesti nak buat muncung kat mulut. Aku pun tak paham kenapa mereka-mereka ini membuat muncung macam tu? lawa ker? seksi ker? seni ker?

Nota kaki ketuat: Lebih membimbangkan, ada segelintir lelaki yang berposing sambil mengayakan muncung macam nie. Erkkk….jambu ker???


Sama tak???