Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog aku. Aku memohon maaf kerana telah lama tidak mengupdate blog ini disebabkan kesibukkan ber'fesbuk'. Hahahaha…betul tau, sejak ada facebuk nie. Hari-hari dok berfesbuk. Dah macam ketagih pulak. Berbeza dengan myspace ngan frenster.


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami berempat.

Tahun nie merupakan peluang aku untuk beraya di Seremban, dan tahun ini juga merupakan tahun pertama aku beraya bersama anak-anak aku. Tahun lepas, masa beraya diorang dalam perut mak diorang lagik. Fuh, baru aku tahu. Penat jugak beraya dengan diorang nie. Mana taknya, terpaksa aku berkejar ke sana ke mari sebab nak mereka sekarang nie dah reti merangkak. So, banyak la benda yang hendak dicapai dan dijelajahinya. Heheheh…Penat, tapi seronok. Ok la, macam biasa, aku nak tepek gambar.


Jeng…jeng..apa yang sedang diperhatikan tu?


Adik (seluar hijau) tengah fikir apa nak buat.


Kakak (seluar biru) pula sedang bermain dengan lighter abahnya.


Adik pun nak jugak, dia tarik rambut akak. Aduiii…


"Walaupun tak dapat lighter abah, dapat tarik rambut akak", degus hati adik sambil membuat muka puas.


"Tak pe la, akak dapat lighter abah, saya nak main kat sini la. Tangkap la gambar saya Bah.", ujar Adik.


"EH??? dah tukar benda lain. Takpe, saya suka gak benda nie….yea yea yea..", kata Kakak.


Yeeeeeeeaaaa…adik (seluar hijau) dapat ambil daripada akak.


Suka la tu…..

Nota kaki: Lepas nie abah diorang kena beli 2 mainan yang sama. Nanti bergaduh sebab masing-masing nak main.



Entri ini boleh di dapati di www.dobot.com.my 

6 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri

  1. bot, anak2 ko mmg comey gilerr!!!geram tul tgk budak kembar 2 org nih…best kan?
    hmm, bila maw masuk blog aku dlm link blogger ko?aku dah lama promote blog ko kat blog aku walaupun bape kerat je org yg sekodeng blog aku, pasal aku x war2kan pada ramai orang..hahahaha….lantak, janji aku layan tulis blog..ngeh3x..

    Reply

    doBot Reply:

    Zue, thanks. Best, bila balik kerja (kalau diorang tak tido la), mereka akan berlumba kejar mengejar abah dia orang nie. Hehehehe…”Bau lembu la abah nie”

    Bukan aku tak nak letak alamat blog kor kat sebelah tu, cuma kengkadang aku terlepas pandang. Aku dah lama letak link tu. Ada blogger tu, sampai aku dah lupa sapa. Ok Zue, nanti aku upgrade bloglist tu dan letak nama kor paling atas sekali. Heheheheh….

    Reply

    otai Reply:

    apo kono eh jang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>