Archive for October, 2009

Calitan jari-jemari

Dulu…
Aku selalu memastikan tingkap cermin kereta aku tidak berminyak, monitor laptop aku tidak berminyak dan cermin mata aku tidak berminyak. Rimas akan kesan calitan jari yang berminyak yang menganggu pemandangan.

Semalam dan hari seterusnya…
Aku dah tak kisah jika tingkap kereta aku berminyak, monitor laptop aku berminyak dan cermin mata aku berminyak. Walau berapa kali pun aku kilatkan kembali, ia akan tercalit jugak. Menampakkan kesan-kesan jari. Biarkan jek…janji anak-anak aku happy. Jari jemari diorang sentiasa ada di tingkap cermin kereta aku. Dulu diorang kecik lagik, sekarang dah besar. Kengkadang, tercuit hati ini melihat telatah diorang main tingkap kereta.

Tapi, ada satu cermin yang aku tak bagi diorang pegang. Cermin apa ek? Cermin lensa kamera aku. Pernah diorang nak pegang ari tu, tapi aku marah. Biar dia tau, cermin lensa bukan untuk dipegang. Andaikata ada calitan pada cermin lensa, akan aku lap cepat-cepat dengan kain dan cecair. “Yang ini jangan main ek, abah tak suka”. Alhamdulillah, diorang paham gak. Orang rumah aku menjeling aku. Aku cuba tafsir apa dalam mindanya, “Tak habis-habis dengan kamera, anak nak pegang pun tak boleh”. Agaknya, itu yang bermain di minda orang rumahku. Hehehehe…

Kengkadang, aku hairan melihat orang yang mempunyai kamera, tetapi cermin lensanya penuh dengan kesan calitan dan ibu jari. Mmm…kesan itu akan memberi impak kepada kualiti gambar.

Ok la, aku nak bersiap, nak pergi Kursus Induksi. Setelah hampir 3 tahun kerja Jabatan, aku baru nak pergi kursus Induksi.

Kecewa di KLIA

Semalam aku ingin melepaskan gian menangkap gambar kapalterbang. Dulu aku pergi tempat ‘tu’ kat KLIA, mesti ramai orang. Semalam aku pergi, tak ada orang langsung. Yang aku hairannya, dah ada palang supaya kereta tak leh masuk.

Aku tak berani la masuk sebab dalam perkiraan aku, mungkin orang KLIA yang letak palang tu, atau mungkin tauke estet sawit tu yang letak palang tu.

Entah la, aku duduk kat tepi palang tu hampir setengah jam. Nak masuk ke tak nak? Nak ke tak nak? Kalau shot tepi palang tu, gambar tak cantik. Angle tepi jek. Kena masuk dalam kawasan berpalang tu.

Aku masih berfikir lagi, setengah jam kemudian aku start engine kereta untuk beredar dari situ. Aku tak mahu dipersalahkan jika kapalterbang jatuh masa nak landing kat depan aku nanti. Aku beredar dengan perasaan kecewa.

Mungkinkah, ada port lain yang sesuai untuk aku shot?

Tulisan merah

Wahhh…menang besar ek? Sampai tulisan dalam paper tu pun kaler merah. Apasal tak diwarnakan biru putih jek? Anyway, tahniah BN!!!

Belajar berterima kasih

 

 

Cisss…tak reti nak berterima kasih langsung. Kita dah antar bantuan kat sana pun, bukannya nak berterima kasih. Cuba la belajar terima kasih. Ada ker cakap kita bagi makanan dah expired? cisss…cisss…cisss