Calitan jari-jemari

Dulu…
Aku selalu memastikan tingkap cermin kereta aku tidak berminyak, monitor laptop aku tidak berminyak dan cermin mata aku tidak berminyak. Rimas akan kesan calitan jari yang berminyak yang menganggu pemandangan.

Semalam dan hari seterusnya…
Aku dah tak kisah jika tingkap kereta aku berminyak, monitor laptop aku berminyak dan cermin mata aku berminyak. Walau berapa kali pun aku kilatkan kembali, ia akan tercalit jugak. Menampakkan kesan-kesan jari. Biarkan jek…janji anak-anak aku happy. Jari jemari diorang sentiasa ada di tingkap cermin kereta aku. Dulu diorang kecik lagik, sekarang dah besar. Kengkadang, tercuit hati ini melihat telatah diorang main tingkap kereta.

Tapi, ada satu cermin yang aku tak bagi diorang pegang. Cermin apa ek? Cermin lensa kamera aku. Pernah diorang nak pegang ari tu, tapi aku marah. Biar dia tau, cermin lensa bukan untuk dipegang. Andaikata ada calitan pada cermin lensa, akan aku lap cepat-cepat dengan kain dan cecair. “Yang ini jangan main ek, abah tak suka”. Alhamdulillah, diorang paham gak. Orang rumah aku menjeling aku. Aku cuba tafsir apa dalam mindanya, “Tak habis-habis dengan kamera, anak nak pegang pun tak boleh”. Agaknya, itu yang bermain di minda orang rumahku. Hehehehe…

Kengkadang, aku hairan melihat orang yang mempunyai kamera, tetapi cermin lensanya penuh dengan kesan calitan dan ibu jari. Mmm…kesan itu akan memberi impak kepada kualiti gambar.

Ok la, aku nak bersiap, nak pergi Kursus Induksi. Setelah hampir 3 tahun kerja Jabatan, aku baru nak pergi kursus Induksi.

2 thoughts on “Calitan jari-jemari

  1. assalamualaikum, saya adalah pelajar Utem, sy trjumpa .pdf tentang tamadun islam andalusia, jika en. ada artikel tentang tamadun islam eropah, saya mohon en untuk send ke email saya, saya cuba cari kat google, merapu2 la yang keluar..kalau en ada tentang tamadun islam eropah, minta tlg ya?

    terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>