Kecewa di KLIA

Semalam aku ingin melepaskan gian menangkap gambar kapalterbang. Dulu aku pergi tempat ‘tu’ kat KLIA, mesti ramai orang. Semalam aku pergi, tak ada orang langsung. Yang aku hairannya, dah ada palang supaya kereta tak leh masuk.

Aku tak berani la masuk sebab dalam perkiraan aku, mungkin orang KLIA yang letak palang tu, atau mungkin tauke estet sawit tu yang letak palang tu.

Entah la, aku duduk kat tepi palang tu hampir setengah jam. Nak masuk ke tak nak? Nak ke tak nak? Kalau shot tepi palang tu, gambar tak cantik. Angle tepi jek. Kena masuk dalam kawasan berpalang tu.

Aku masih berfikir lagi, setengah jam kemudian aku start engine kereta untuk beredar dari situ. Aku tak mahu dipersalahkan jika kapalterbang jatuh masa nak landing kat depan aku nanti. Aku beredar dengan perasaan kecewa.

Mungkinkah, ada port lain yang sesuai untuk aku shot?

5 thoughts on “Kecewa di KLIA

  1. hahahahha… ko pun suka amik gambar gak?. susah nak komenlah.. kalau setakat nak amik gambar mengadai nyawa. baik tak usah. hehehehe

    Reply

    doBot Reply:

    Wan, kor suka jugak ker? Waaa…meh la kita buat photoshot satu hari. Asyik shot benda lain jek. Hehehhe…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>