Archive for December, 2009
Blackout
Dec 28th
Panasnya, tak ada api malam nie kat sini. Anak dah tidur, orang rumah dah tidur. Nak layan tv atau laptop tak ada letrik. Nak tidur? Cisss… Aku paling tak suka tidur masa blackout. Tak lena, panas. Aku lagik rela blackout pada waktu siang. Walaupun panas, diri ini tak dalam kegelapan. Banyak aktiviti, boleh dibuat jika blackout siang. Seperti, menangkap gambar, membaca buku dan lain-lain lagik perkara yang tidak memerlukan letrik.
Kalau malam blackout? Apa nak buat? Termenung jek la. Masa zaman dok rumah bujang dulu, kalau blackout boleh lepak kedai mamak. Sekarang??? Visa keluar rumah susah nak dapat. Banyak birokrasi. Hehehehe…
Dah 3 jam blackout, apa nak buat nie? Termenung sambil terkebil-kebil untuk melelapkan mata.
Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata
Cahaya lilin ini yang menjadi peneman aku dikala dalam kegelapan
Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita.
Dec 13th
Apakah yang dimaksudkan dengan memberi justifikasi? Hari tu, aku adalah letak status dalam facebook aku mengenai justifikasi kenaikkan harga mas kahwin di Selangor. Rata-rata yang memberi komen di dalam fesbuk aku menyangka aku tidak bersetuju dengan kenaikkan harga mas kahwin. Aku bukan mengatakan ketidaksetujuan aku mengenai kenaikkan harga mas kahwin. Aku hanya perlukan justifikasi. Tidak lebih dari itu.
Dalam kehidupan seharian kita pun memerlukan justifikasi. Begitu juga di dalam tugasan kita. Kengkadang boss kita meminta justifikasi kepada tugasan yang diberikan. Aku masa memula kerja dulu, mengelabah jugak. Bila aku bagi cadangan/permohonan, boss minta justifikasi. Dalam hati aku, mesti boss akan reject cadangan/permohonan aku. Berbalik kepada perenggan di atas, adakah dengan meminta justifikasi bermaksud tidak setuju?
Mungkin kita sudah terbiasa dengan apa yang kita selalu alami. Minta justifikasi = tak setuju/dapat. Rupanya tidak, jika boss meminta kita memberi justifikasi, ia tidak bermakna cadangan/permohonan itu tidak setuju/dapat. Mungkin ia memerlukan penjelasan mengenai perkara tersebut. Atau, sekadar nak menakut-nakutkan anak buah? Atau ingin membuat penilaian mengenai tahap keyakinan anak buah? Atau ada agenda lain. Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita. Erkkk…yang ini bukan dalam kerja ek? Kalau korang balik lambat rumah, nanti orang rumah tanya, “Kenapa balik lambat???”. Maka, berilah justifikasi dengan penuh keyakinan. Hehehe….
Disclaimer: Sent from my BlackBerry® via Celcom Mobile.

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk blog ini
Engkau sedang diperhatikan
Dec 12th

Engkau sedang diperhatikan
Originally uploaded by doBot
Awas…
Anda sedang diperhatikan oleh seekor dan seorang.
Hehehehhe….
Kalau potong, apa pilihan yang kita ada?
Dec 8th
Sekarang nie, mana-mana kita pergi manjang terlihat iklan ‘Sudah potong’. Semalam kat highway masa nak balik Tangkak pun sama. Sudah potong? Ish, apa la diorang nie. Suruh kita kita potong jek. Sampaikan iklan diorang pun dah kena potong. Lucah kot, pada aku tak lucah la. Mungkin pada sesetengah pihak tu nampak macam lucah.
Aku sebenarnya nak potong. Tapi, kalau aku potong? Aku nak pakai apa? Dah tak ada dah… Jadi??? Perlukah aku potong? Aku rasa buat masa sekarang mereka tak perlu lah suruh orang potong. Sebab, jika kita potong apa kita nak pakai melainkan pilihan yang ada sekarang. Andaikata kawasan liputan P1 lebih meluas, aku akan potong. Ini kerana, aku tak tahan ngan stimix berukband yang sedia ada sekarang. Tapi, itu pilihan yang kita ada.
Hari ini, aku renew akaun Rapidshare aku. Bila aku nak download, wahhh… Terkejut aku, sebab tmnut dah capped domain rapidshare ngan megaupload. Aku post status kat twitter, Alhamdulillah @Sherrina dan @perempuanemosi memberi respon. Mereka cakap, tmnut dah capped. Ahhh… Aku tak puas hati, aku call member aku yang kaki download. Dia cakap memang pun stimix berukband dah throttle rapidshare. Tapi, dia ajar aku cara nak bypass benda nie. Aku cuba, menjadi akhirnya. Dan, aku kembali tersenyum sambil mendownload siri House MD episod 9 musim 6.
Aku terpikir, nak pakai Maxis Broadband wire la. Abang ipar aku ada pakai, dia kata puas hati. So, ada kengkawan lain yang dah pakai?
Info daripada Amanz, Stimix tu akan adakan Fair Usage Policy. Lepas nie, confirm aku akan tukar line!!! mereka pun tak confirm berapa limit bandwidth!!! taik la…
Turning 1
Dec 6th
Assalamualaikum semua…
Cepat betul masa berlalu. Umur anak-anak aku dah mencecah setahun semalam. Tepat jam 3.15 petang dan 3.30 petang setahun yang lepas, Nur Izz Syazana dan Nur Izz Syazani telah lahir ke dunia ini. Seronok melihat mereka membesar dan aku bersyukur kepada-Nya kerana memberikan kami 2 cahaya mata sekaligus yang sihat dan sempurna. Terima kasih kepada Atuk, Uwan, Pak Long, Mak Long, Mak Su, Kakak Sumaiyyah dan Abang Umar kerana menyambut besday mereka semalam. Nasib baik Syazana & Syazani tak meragam masa kami sedang potong kek mereka. Hehehehe…kalau tak, spoil jek acara memotong kek. Jawapnya, abah dia la yang potong. Hehheh…


