Sekarang nie, mana-mana kita pergi manjang terlihat iklan ‘Sudah potong’. Semalam kat highway masa nak balik Tangkak pun sama. Sudah potong? Ish, apa la diorang nie. Suruh kita kita potong jek. Sampaikan iklan diorang pun dah kena potong. Lucah kot, pada aku tak lucah la. Mungkin pada sesetengah pihak tu nampak macam lucah.
Aku sebenarnya nak potong. Tapi, kalau aku potong? Aku nak pakai apa? Dah tak ada dah… Jadi??? Perlukah aku potong? Aku rasa buat masa sekarang mereka tak perlu lah suruh orang potong. Sebab, jika kita potong apa kita nak pakai melainkan pilihan yang ada sekarang. Andaikata kawasan liputan P1 lebih meluas, aku akan potong. Ini kerana, aku tak tahan ngan stimix berukband yang sedia ada sekarang. Tapi, itu pilihan yang kita ada.
Hari ini, aku renew akaun Rapidshare aku. Bila aku nak download, wahhh… Terkejut aku, sebab tmnut dah capped domain rapidshare ngan megaupload. Aku post status kat twitter, Alhamdulillah @Sherrina dan @perempuanemosi memberi respon. Mereka cakap, tmnut dah capped. Ahhh… Aku tak puas hati, aku call member aku yang kaki download. Dia cakap memang pun stimix berukband dah throttle rapidshare. Tapi, dia ajar aku cara nak bypass benda nie. Aku cuba, menjadi akhirnya. Dan, aku kembali tersenyum sambil mendownload siri House MD episod 9 musim 6.
Aku terpikir, nak pakai Maxis Broadband wire la. Abang ipar aku ada pakai, dia kata puas hati. So, ada kengkawan lain yang dah pakai?
Info daripada Amanz, Stimix tu akan adakan Fair Usage Policy. Lepas nie, confirm aku akan tukar line!!! mereka pun tak confirm berapa limit bandwidth!!! taik la…