DWM-652 kepada DIR-451
Pada awalnya, aku dah mengalami tahap kekecewaan yang agak melampau. Dengan pengetahuan aku yang cetek nie, aku sampai 2-3 kali terlelap bila membuat setting pada pada router DIR-451, modem DWM-652 dan modem DWM-151. Akhirnya, aku telah mengetahui yang aku telah dikencing tauke kedai kat Low Yatt. Dia cakap, router DIR-451 ngan ngan DWM-151, boleh ngam. Sepanjang hari Ahad yang lalu aku cuba, cisss…tak dapat. Bila aku buat research kat internet, firmware router tu tak support modem tu. Yang aku pun satu, tak fikir secara logik. Modem DWM-151 tu adalah modem yang paling latest D-Link keluarkan. Tapi, router tu jenis lama (kalau tak silap aku tahun 2008). Kalau difikirkan logik, memang tak leh. Benda lama mana leh support benda baru. Kalau ikut konsep, router (keluaran baru) perlu support modem (keluaran lama). Pada setting aku pulak, router (keluaran lama) perlu support modem (keluaran baru). Cisss….
Jadi, aku mencari kawan aku yang aku tahu memakai modem DWM-652 (sebab kat internet cakap router nie support modem nie). Jadi, setelah perjanjian dibuat. Aku pun menukar modem baru aku ngan modem lama dia. Uwaaa…pengorbanan yang pahit. Hahahahah…Akhirnya, dapat aku setting walaupun dalam firmware terbaru router tak ada setting untuk telco Digi Broadband. Itu tak jadi masalah, setting Digi senang jek. Ingat APN Digi, iaitu 'Diginet'. Tu jek…
Sekarang, ada masalah yang kedua. Tapi aku tak leh selesaikan masalah tu sekarang. Sebab kedai komputer dah tutup malam-malam nie. Masalahnya, modem ini tak mempunyai power yang cukup untuk menyala dengan sendirinya. Buat sementara waktu nie, aku cuba mencuri power laptop aku. Kalau perasan gambar di bawah tu, ada satu kabel warna kelabu. Itu adalah kabel power, yang putih tu pula adalah kabel data. Esok aku nak gi carik cable power USB. Ada jual ker? Kalau tak ada, terpaksa la pakai setting macam nie. Uwaaa….
Ok la, mata dah stim. Esok aku ada meeting kat HQ lagik. Erkkk, esok ker? hari nie la…
Sambungan modem ngan router (D-Link)
Disclaimer: Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata


