About me
Ingin tahu sapa aku? Ish, aku bukannya gambar anak setan kat sebelah tu. Aku hanyalah lelaki biasa yang melalui kehidupan ini dengan pelbagai cabaran dan masalah. Kalau tak ada masalah di dalam kehidupan ini, mesti kita akan merasa bosan dengan hidup nie. Aku sorang lelaki yang normal yang berumur 30 tahun (tahun nie la, 2009). Aku merupakan seorang tabib haiwan (veterinarian). Setelah berada selama 9 tahun dalam UPM termasuk, diploma 2 tahun. Lepas tu aku kerja selama setahun. Bila dapat tawaran untuk masuk ke Fakulti Perubatan Veterinar, aku mengambil masa 5 tahun.
Sekarang, aku bekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai Pegawai Veterinar, dan aku di tempatkan di Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas, Negeri Sembilan. Aku diamanahkan untuk menjaga lembu-lembu di sana. So far, aku enjoy kerja aku. Untuk urusan rasmi, aku mengunakan nama Dr. Faizul. Untuk urusan tidak rasmi pula, kengkawan aku panggil 'doBot'. Aku pun tak tau kenapa orang panggil aku doBot sebab daripada kecil lagik mak bapak aku dah panggil aku doBot. Menurut mereka, masa kecik-kecik dulu aku jarang sakit. Sebab tu aku dapat nama 'doBot'. Tapi, sampai sekarang aku tak tau relevannya nama doBot tu. Tapi, aku tak kisah orang nak panggil aku doBot.
Kenapa aku menulis blog nie? Aku dah start blogging nie agak lama jugak la. Aku mula menulis blog pada di dalam bulan June 2004. Sekarang nie, dah masuk version ke-3 blog aku nie. Pada version pertama, aku memakai script B2evolution, lepas tu aku bertukar kepada script Xoops. Dan sekarang aku menggunakan script WordPress pulak. Aku tidak mempunyai latar belakang komputer yang baik. Apa yang aku buat, hanya sekadar suka-suka jek. Sebab tu, kalau aku ada masalah komputer, kengkadang tu aku tak jumpa cara penyelesaiannya, sebab aku kurang mahir bahasa pengaturcaraan nie. Insya-Allah, jika ada tenaga dan masa, aku akan teruskan menulis blog.
Apa yang aku tulis merupakan pengalaman hidup aku sebagai manusia biasa, pengalaman sebagai veterinarian, pendapat dan luahan hati aku sendiri. Selain daripada tu, aku menulis berdasarkan rasa hati aku. Kalau sesiapa yang tak suka apa yang aku tulis, aku tak kisah. Nie blog aku. Aku leh buat apa yang aku suka. Aku nak luahkan apa yang aku rasa. Kalau korang tak suka, korang tak yah masuk lagik. Kalau korang suka, terima kasih aku ucapkan dan kalau senang-senang, berilah komen di entri aku.

