Lampu DSL atau lampu ADSL. Korang pernah tak dengar lampu tu? Lampu tu adalah lampu yang ada di modem streamyx kita. Lampu ini sepatutnya stabil tatkala line ADSL (streamyx) jika kita hendak menggunakan internet. Streamyx adalah broandband yang menggunakan wayar atau kabel. Lain ngan Celcom Broadband, di mana ia menggunakan cara penyambungan 3G atau GPRS.
Semalam, tatkala aku balik ke rumah mertua aku di Tangkak. Aku tengok line internet/streamyx masih problem. Lampu ADSL masih lagik berkelip-kelip. Ini menunjukkan line ini tidak stabil dan line tak leh disambung. Aku call customer service TmNet. Terus-terang aku cakap, aku selama ini tak pernah marah memana service provider walaupun tauke kedai makan pun aku tak pernah nak marah. Jika mereka buat salah, mungkin salah mereka tidak disengajakan. Tapi, lain ngan TmNet nie. Kalau tak silap aku, dah banyak kali aku buat report tapi satu pun tak ada menunjukkan tanda yang positif.
Apa yang aku angin semalam, bila aku tanya Customer Service TmNet (CSTN) tu bila last aku buat report? Dia jawab pada 10hb November 2008. Ok…fine. Aku tak marah lagik. Tapi, bila aku nak follow up report tu. Dia cakap report tu dah tutup. Apa kejadah nie???!!! Problem tak resolve, report dah tutup. Mak abah kor (TmNet) ajar macam tu ker???!!! Dengan tak semena-mena, CSTN tu terkena bangang ngan aku. Bukan aku nak marah dia. Tapi, aku tak tahan ngan perangai TmNet nie. APA KEJADAH DIA TUTUP REPORT TU???!!! Kalau problem dah settle, boleh la tutup, ini tak settle. Dah la kena bangang CSTN, ditambah dengan lembab pulak. Terus-terang aku cakap, aku sebenarnya tak marah CSTN tu, aku marah TmNet. Aku tak ada saluran lain lagik nak lepaskan kemarahan aku. Melainkan kat CSTN tu. Aku rasa, dia pun dah lali kena marah.
Bila dah kena marah tu, dia suruh aku check setting komputer aku. Dia suruh aku setkan DNS kat komputer.Dia suruh aku check ipconfig. Aku buat semua tu. Pada masa tu kemarahan aku dah reda skit. Bila satu tahap, dia cakap sistem networking aku yang silap. Aku angin terus. Sistem nie aku setup masa di Seremban dan di Gemas. Tak jadi masalah. Tak pernah sekali pun ada masalah mengenai networking nie. Aku pakai modem yang disambung ke wireless router. Aku apa lagik, "Cik, saya punya report adalah lampu ADSL blinking, bukannya masalah internet". "KALAU LAMPU ADSL TU MASIH BLINKING, SAMPAI PAGI ESOK PUN TAK DAPAT GUNA INTERNET!!!, JADI, BUAT LA KERJA KORANG BETUL-BETUL". Haaa…kena lagik sekali korang. Aku geram betul, dia ingat aku tak tau pasal setting network nie.
Wahai TmNet, perbetulkan port kor tu dulu supaya lampu ADSL nie boleh stabil. Baru la ada internet. Apa??? korang yang kerja customer service TmNet nie dok baca skrip jek ker masa bantu orang? konon nak bantu orang. Menyakitkan hati orang ada la. DNS setting tak ada kena mengena ngan lampu ADSL!!! kalau dari mula dah ada problem, settlekan problem tu dulu, kalau dah settle. Baru kita tengok sama ada networking pulak problem. Apa la korang!!! lembab!!!
P/S: Entri ini ditulis dengna kemarahan yang amat sangat sebab internet dah down selama 11 hari, tapi report dah close. Apa punya perkhidmatan la nie? Nasib baik hanya streamyx jek ada kat Malaysia. Cuba kalau ada provider lain, sure kompeni kor dah bankrup!!!… (sedih mengenangkan nasib rakyat Malaysia dan orang Melayu)