
All the photographs in the world, when summed together couldn't possibly amount to a moment… So every human being is faced with the same dilemma: The photograph, or the moment? – Anonymous

Maghrib di Kenyir
Originally uploaded by doBot
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Saat sang teja terbenam di Kenyir
Originally uploaded by doBot
Aku amat teruja masa melihat matahari terbenam pada hari tu, kerana sinaran sang teja yang berwarna kuning itu. Tapi sayang, awan terlalu banyak pada hari itu.
0.001 sec (1/1000)
f/4.8
56 mm
ISO200
Insya Allah esok merupakan hari yang terakhir aku akan berada di tapak MAHA 2010. Walaupun penat, aku gembira kerana mendapat kerjasama daripada kakitangan dan rakan-rakan untuk sama-sama menjayakan MAHA2010 khasnya Pameran Ternakan JPV. Agak lama aku tak memblog di sini. Terasa janggal untuk memulakan blog nie. Huhuhu…walaupun dah lama menulis blog, kenapakah aku masih janggal. Entah la, aku rasa aku akan mula menulis kot lepas nie.
Baru sahaja lepas mengemas rumah Ardhy, Penat gak. Maklumla, kami kat sini menumpang rumah dia. Dia sekarang duduk bujang sebab orang rumah dia belajar di Australia. So, kami menjadikan rumah ini sebagai tempat persinggah selama 45 hari. Esok aku memeriksa tapak buat kali terakhir. Anak-anak buah aku semuanya dah turun semangat untuk bekerja, kerana telah lama tidak balik ke rumah. Kesian aku lihat mereka, tapi nak buat macam mana. Demi tugas, kita kena sanggup berkorban. Jangan risau, aku akan sentiasa korang semua dan aku akan balik rumah sama seperti korang jugak. Heheheh….
Ok la, nak kena gerak jap. Syed ajak aku gi minum tu. Sebab dialah orang yang paling kuat peluhnya dalam mengemas rumah Ardhy nie tadi. Hahahaha… Kat sini aku nak share beberapa gambar yang aku tangkap semasa kerja-kerja penyediaan tapak Pameran Ternakan.

Sedang menaikkan atap nipah

30 hari sebelumnya MAHA, buat mesyuarat di bawah pokok.

Sama-sama menaikkan pagar perimeter untuk pameran lembu.

Kerja-kerja menurunkan lembu
Aku bukannya pandai sangat agama dan aku nie jahil jugak la bab agama nie. Tapi, bila tengok gambar nie, agak terkejut beruk jugak la aku sebab ada jugak orang yang bebetul jahil pasal agama nie. MMMmmm….korang nilai sendiri la gambar nie. Dan aku sertakan beberapa link untuk korang rujuk. Aku berharap, Malaysia tak ditimpa oleh bencana-bencana alam yang teruk disebabkan kejahilan tahap melampau nie. Tak ada ke panel yang memantau aktiviti diorang nie? Kalau nak buat jugak aktiviti macam nie, jangan la guna nama ‘Islam’. Aduiii yaa…
Walaupun kita dikeliling oleh dunia yang begitu canggih, tapi cara kuno nie jugak antara yang terbaik. Kengkadang, kita tak sempat nak masukkan data dalam PDA kita. Jadi, cara kuno ini begitu efisien. Untuk menambahkan keefisienannya, cara ini diselangkan dengan teknologi. Aku selalunya akan tepek ‘sticky note’ kat laptop, sebab takut terlupa nak sync dengan laptop. Bila bukak laptop, baru key in ke dalamnya
Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata.