Halatuju Ladang Jabatan

Sekarang jam menunjukkan jam 4.30petang. Aku sedang berada di Pusat Ternakan Haiwan Ayer Hitam, Kluang, Johor bagi menghadiri Mesyuarat Halatuju Ladang JPV.

Aku duduk bawah air cond. Sejuknya… Mengantuk. Zzzzzzzm… Adoi, sorry boss. Terlolap.

Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata.

Orang dan lembu

Mungkin agak kasar jika aku cakap, lembu lagi senang jaga dari orang. Itu la hakikatnya, sebagai contoh, pagar sempadan tempat aku kerja nie. Dah acap kali dibaiki oleh kerana dek orang yang tak paham bahasa asyik masuk ke kawasan ladang.

Tapi sekali pun tak pernah lembu keluar dari situ. Sebab apa? Sebab lembu tu ada akal. Dia tahu fungsi pagar tu adalah sebagai penghalang untuk keluar/masuk. Tapi…

Orang… Adakah dia paham apa fungsi pagar tu?adakah orang itu berakal? Mungkin dia paham, tapi nafsu menguasai diri untuk masuk ke dalam dengan tujuan memancing atau mencuri. Lembu pun ada nafsu? Kenapa tak jadi macam orang?

Scenario ini bukan kat tempat aku jek. Banyak kes-kes buang anak, sebab apa? Sebab nafsu.

Psttt: Tak pernah aku tengok lembu buang anak. Korang?

Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata.

Papan tanda di pagar sempadan

Papan tanda di pagar sempadan

DWM-652 kepada DIR-451

Pada awalnya, aku dah mengalami tahap kekecewaan yang agak melampau. Dengan pengetahuan aku yang cetek nie, aku sampai 2-3 kali terlelap bila membuat setting pada pada router DIR-451, modem DWM-652 dan modem DWM-151. Akhirnya, aku telah mengetahui yang aku telah dikencing tauke kedai kat Low Yatt. Dia cakap, router DIR-451 ngan ngan DWM-151, boleh ngam. Sepanjang hari Ahad yang lalu aku cuba, cisss…tak dapat. Bila aku buat research kat internet, firmware router tu tak support modem tu. Yang aku pun satu, tak fikir secara logik. Modem DWM-151 tu adalah modem yang paling latest D-Link keluarkan. Tapi, router tu jenis lama (kalau tak silap aku tahun 2008). Kalau difikirkan logik, memang tak leh. Benda lama mana leh support benda baru. Kalau ikut konsep, router (keluaran baru) perlu support modem (keluaran lama). Pada setting aku pulak, router (keluaran lama) perlu support modem (keluaran baru). Cisss….

Jadi, aku mencari kawan aku yang aku tahu memakai modem DWM-652 (sebab kat internet cakap router nie support modem nie). Jadi, setelah perjanjian dibuat. Aku pun menukar modem baru aku ngan modem lama dia. Uwaaa…pengorbanan yang pahit. Hahahahah…Akhirnya, dapat aku setting walaupun dalam firmware terbaru router tak ada setting untuk telco Digi Broadband. Itu tak jadi masalah, setting Digi senang jek. Ingat APN Digi, iaitu 'Diginet'. Tu jek…

Sekarang, ada masalah yang kedua. Tapi aku tak leh selesaikan masalah tu sekarang. Sebab kedai komputer dah tutup malam-malam nie. Masalahnya, modem ini tak mempunyai power yang cukup untuk menyala dengan sendirinya. Buat sementara waktu nie, aku cuba mencuri power laptop aku. Kalau perasan gambar di bawah tu, ada satu kabel warna kelabu. Itu adalah kabel power, yang putih tu pula adalah kabel data. Esok aku nak gi carik cable power USB. Ada jual ker? Kalau tak ada, terpaksa la pakai setting macam nie. Uwaaa….

Ok la, mata dah stim. Esok aku ada meeting kat HQ lagik. Erkkk, esok ker? hari nie la…

 

yeeehaaa
 

Sambungan modem ngan router (D-Link)

Disclaimer: Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata

Apa beza EDGE Digi ngan Celcom

Yang atas tu test untuk Celcom. Bawah tu adalah Digi

Yang atas tu test untuk Celcom. Bawah tu adalah Digi

Aku tertarik dengan Digi Internet yang ditawarkan. Bukan apa, kat tempat aku nie 3G tak ada. Jadi, aku ingin mencuba Digi pulak. Abang Ipar aku pakai Digi. Bila dia balik sini, dia online pakai Digi. Laju, lagi laju daripada Celcom.

Kat sini cuma ada EDGE jek. Berbanding dengan Celcom, EDGE Digi lagik laju. Tengok sendiri speed test yang aku buat nie. Jauh bezanya.

Kesimpulannya, EDGE Digi lagik laju dari EDGE Celcom.

Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata.

Blackout

Panasnya, tak ada api malam nie kat sini. Anak dah tidur, orang rumah dah tidur. Nak layan tv atau laptop tak ada letrik. Nak tidur? Cisss… Aku paling tak suka tidur masa blackout. Tak lena, panas. Aku lagik rela blackout pada waktu siang. Walaupun panas, diri ini tak dalam kegelapan. Banyak aktiviti, boleh dibuat jika blackout siang. Seperti, menangkap gambar, membaca buku dan lain-lain lagik perkara yang tidak memerlukan letrik.

Kalau malam blackout? Apa nak buat? Termenung jek la. Masa zaman dok rumah bujang dulu, kalau blackout boleh lepak kedai mamak. Sekarang??? Visa keluar rumah susah nak dapat. Banyak birokrasi. Hehehehe…

Dah 3 jam blackout, apa nak buat nie? Termenung sambil terkebil-kebil untuk melelapkan mata.

Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata

Cahaya lilin ini yang menjadi peneman aku dikala dalam kegelapan

Cahaya lilin ini yang menjadi peneman aku dikala dalam kegelapan

Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan memberi justifikasi? Hari tu, aku adalah letak status dalam facebook aku mengenai justifikasi kenaikkan harga mas kahwin di Selangor. Rata-rata yang memberi komen di dalam fesbuk aku menyangka aku tidak bersetuju dengan kenaikkan harga mas kahwin. Aku bukan mengatakan ketidaksetujuan aku mengenai kenaikkan harga mas kahwin. Aku hanya perlukan justifikasi. Tidak lebih dari itu.

Dalam kehidupan seharian kita pun memerlukan justifikasi. Begitu juga di dalam tugasan kita. Kengkadang boss kita meminta justifikasi kepada tugasan yang diberikan. Aku masa memula kerja dulu, mengelabah jugak. Bila aku bagi cadangan/permohonan, boss minta justifikasi. Dalam hati aku, mesti boss akan reject cadangan/permohonan aku. Berbalik kepada perenggan di atas, adakah dengan meminta justifikasi bermaksud tidak setuju?

Mungkin kita sudah terbiasa dengan apa yang kita selalu alami. Minta justifikasi = tak setuju/dapat. Rupanya tidak, jika boss meminta kita memberi justifikasi, ia tidak bermakna cadangan/permohonan itu tidak setuju/dapat. Mungkin ia memerlukan penjelasan mengenai perkara tersebut. Atau, sekadar nak menakut-nakutkan anak buah? Atau ingin membuat penilaian mengenai tahap keyakinan anak buah? Atau ada agenda lain. Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita. Erkkk…yang ini bukan dalam kerja ek? Kalau korang balik lambat rumah, nanti orang rumah tanya, “Kenapa balik lambat???”. Maka, berilah justifikasi dengan penuh keyakinan. Hehehe…. :)

Disclaimer: Sent from my BlackBerry® via Celcom Mobile.

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk blog ini (caption)

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk blog ini