Contribution
Merdekakah kita?
Aug 25th
Salam Ramdhan kepada semua pembaca blog aku. Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan HPPNK masa kat Melaka tempoh hari atau mungkin kerana aku telah ketandusan idea. Tapi, sesungguhnya aku tidak akan berhenti daripada menulis blog ini. Kalau dicongak, dah hampir 4 tahun aku menulis blog. Daripada zaman orang tak kenal apa itu blog hingga sekarang orang telah mengetahui apa itu blog.
Aku sebenarnya tertarik dengan penulisan Dr. Mohd Roslan Mohd Nor daripada Universiti Malaya. Beliau menceritakan sejarah perkembangan dan kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia. Apa yang aku kira menarik kerana, pada bulan ini juga kita akan menyambut kemerdekaan ke 52 tahun. Telah 52 tahun kita merdeka. Adakah angka itu sudah besar bagi kita? kita dijajah selama 446 tahun. Kita baru merdeka 52 tahun. Kalau dicongak-congak, kita nie baru merangkak. Tak sampai suku lagik.
Aku tertarik dengan kes yang boleh kita jadikan contoh ini, iaitu kerajaan Andalusia. Dalam paper ini Dr. Mohd Roslan ada mengatakan sebab-sebab kenapa kerajaan Andalusia ini jatuh. Diantara sebabnya adalah :
1. Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.
2. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah
3. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.
Itu adalah sebab yang dikemuakan oleh Dr Mohd Roslan di dalam kertas kerja beliau. Korang baca la paper nie. Lepas tu korang pikir la sendiri. Apa yang aku hendak tulis kat sini, kesemua sebab-sebab itu telah ada dan berlaku di dalam Malaysia. Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latarbelakang. Ada dikalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang merenggangkan sesama sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi lemah. SENARIO INI TELAH BERLAKU DI MALAYSIA!!!.
Aku bukannya orang politik, aku juga tidak berkerja dengan mana-mana orang politik. Aku bekerja dengan kerajaan yang memerintah pada masa ini. Jika ditakdirkan satu hari, BN akan gagal memerintah. Aku akan tetap berkerja dengan kerajaan yang memerintah pada masa itu. Tapi, walau kerajaan mana pun yang memerintah, perpaduan antara kaum amat penting sekali. Cuba kita renungkan peristiwa yang telah berlaku pada kerajaan Andalusia ini. Satu kerajaan yang hebat, boleh musnah dari mata dunia.
Sila klik link ini untuk membaca kertaskerja Dr Mohd Roslan (kredit kepada Persatuan Ulama Malaysia)
Kelajuan membunuh
Oct 14th
Mimpi siang
Sep 10th
Di bulan puasa nie kurangkan la tidur. Kerana ia amat melalaikan. Salah satu hobi aku di bulan puasa ini adalah tidur. Bila bangun dari tidur. Terus insaf, sebab tidur lama sangat. Disamping itu, tidur yang lama boleh menyebabkan kita mimpi ngeri. Dan, kadang-kadang mimpi yang ngeri ini menyebabkan kita lalai atau alpha kepada sesuatu benda. Sehingga kita terbawa-bawa ke dalam mimpi tanpa kita sedari yang sebenarnya kita berada tengah bermimpi di siang hari Ramadhan.

Ler, orang lain pun mimpi jugak. Tapi tak ada la sampai mimpi peluk lens. Huhuhuhu…
INGATLAH wahai kawan ku
Jul 9th
Amat penting di dalam hidup kita untuk mencapai sesuatu yang amat membanggakan. Walaupun, ia sesuatu yang sukar. Namun, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Ibarat seekor lembu yang berada di kawasan berpagar, ia akan berusaha meragut rumput yang lebih hijau.
Namun, kita harus berhati-hati……
Kerana kita mampu mencapai sesuatu yang lebih jauh jika kita mampu melakukannya.

Apabila kita mendapat masalah dalam mengapai impian kita. Kita akan berdepan dengan pelbagai ujian. Di dalam ujian tersebut, ada pihak yang sudi membantu sebagai kawan sejati. Yang boleh menolong kita semasa susah. Yang dapat memberi kita kata-kata perangsang semasa susah dan seterusnya membimbing kita menghadapi ujian tersebut. Masalah mengajar kita supaya lebih berusaha untuk menyelesaikannya, ini sekaligus dapat membawa diri kita satu tapak di hadapan.
Namun, dalam penyelesaian masalah. Tidak semua kawan yang sudi membantu…..
Malah… ada yang sudi mengambil kesempatan terhadap kita. INGATLAH wahai kawan ku.
Terima kasih yek…
Feb 2nd
Sebelum aku meneruskan penulisan aku. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog aku yang telah memberi komen di dalam entri 'Apa yang anda nampak?' pada 29 Januari 2007 yang lalu. Semua orang ingin tahu, ingin benar-benar tahu apa yang ada di dalam gambar tu. Ada yang tak puas hati sebab tak nampak apa yang ada di dalam gambar tu, "hahaha..tak puas hati..nak cuba lagik…celah pokok tu (kat daun) aku nampak badak lagi sekor huhuhuh", komen salah sorang pembaca blog aku yang bernama Oyuki. Ada jugak yang membelek begitu lama, "Eden nampak.. 2 ekor badak… tengah makan rumput (badak makan rumput ko?.. den tak tahu… hahaha…. ) di bawah bayangan pokok dan sekaligus tempat tedoh dio lahhh…. (puas dah den belek… cenggitu jo gambar nyer..)", agaknya si Alangz nie mengharapkan perubahan di dalam gambar itu. Lang, itu gambar JPG la.
Komen Oyuki lagi satu yang menarik perhatian aku, "aku nampak pokok tuh..macam heart shape..tapi aku tak leh nak relates ngan badak2 tuh…huhuhuh". Dalam entri aku, aku tak suruh mengaitkan gambar badak dan pokok tu antara satu sama lain. Hanya perlu lihat gambar badak dan pokok tu sahaja. Ada pula yang takut nak tenung gambar tu lelama, mungkin kerana dia (Widad) pernah kena sergah dengan gambar hantu. Tak pe..jangan risau, Widad. ("mata aku nampak pepokok ngan bebadak je. ada mende lain ke dalam gambo ni. takut plak aku nak tenung lelama. kot tetiba kena sergah plak.. hihi..")
Ada pembaca blog aku yang mengatakan ini gambar ladang UPM. Heheheh…kat ladang UPM tak ada badak yek BP.Ada juga yang sampai juling-juling mata tengok gambar tu. Cian kor mohdismail. Archiq kata, gambar tanah tu terus ke langit. Erkkk…aku tak nampak pun Archiq. Oyuki kata, dia nampak badak lain kat celah-celah. Erkk Yuki, aku tak nampak pun badak kat tengah tu???. Abang den kata, dia tenung lelama gak. Heheheh….
Ok la…walau apa pun orang kata. Aku sebenarnya, tak nampak apa-apa. Terus terang aku cakap, aku tak nampak apa-apa.Yang aku nampak, hanya ada 2 ekor badak, 2 batang pokok dan beberapa ekor bebiri kat belakang tu. Aku cuma ingin membuat kaji selidik aku sendiri jek. Kita semua selalu terfokus kepada benda yang disuruh jek, hingga kita terlupa benda lain yang patut difokus. Sebagai contoh, ada gambar pokok lain dan ada bebiri kat belakang. Yang kedua pulak, kita nie belajar dari kesilapan. Mungkin ramai di antara kita selalu dapat email forward yang suruh kita tenung gambar lelama. Tetiba, bila kita tenung gambar tu. Keluar pulak muka hantu. Nak lagik mengejutkan, penghantar email tu suruh bukak speaker kuat-kuat. Lepas tu, keluar muka hantu sekali dengan bunyi-bunyi lagik. Aku pernah kena benda nie dan mungkin Widad pernah kena benda nie. Sebab tu dia belajar dari kesilapan.
Macam-macam kesimpulan kita boleh buatkan??? Aku ingin berterima kasih kepada pembaca blog aku yang sudi memberi komen terhadap gambar itu. Tanpa korang, siapalah aku. Hehehehe…macam ayat bintang popular pulak. Aku ingin meminta maaf kerana terpaksa memakan masa kerja korang untuk tenung gambar aku tu lelama. Oyuki, berapa lama kor tenung gambar tu? sampai 2 komen yang kor hantar. Ok la, kepada mereka yang nak membaca entri aku yang boleh buat korang bengang, sila klik sini. Sekali lagi, 10 jari aku pohon yek…
Apa yang anda nampak?
Jan 29th



