Contribution
Lagu untuk kor, Syahar!!!
Oct 14th
Entri kali ini ditujukan kepada seorang kawan aku yang berada jauh diperantauan. Nama dia Syahar atau Dr. Syahar Amir B. Abd Gani. Beliau baru dapat kerja di Underwater World Langkawi. Baru masuk kerja tak sampai sebulan. Hari-hari call aku ngan Ayuz. Boring tak ada kawan dia kat sana. Hehehehhe…cian kor Syahar. Kak Aria kan ada. Kor ajak la Kak Aria jalan-jalan. Untuk Kak Aria, akak jagalah kawan kami nie yek kat sana. Jangan nakal-nakal. Hehehhehe
Ok la Syahar. Sempena hari raya nie, aku nak mintak maaf kalau terkutuk kor macam-macam. Aku tau, aku banyak kutuk kor dan kor pun banyak kutuk aku. Hahahahah…oleh yang demikian, aku dengan berbesar hatinya nak letak lagu raya nyanyian P.Ramlee bertajuk Dendang Perantau untuk kor kali ini sebab tahun nie kor beraya kat Langkawi. Hayatilah lagu ini geng. Hehehhe….sabar geng, demi tugasmu. Pesanan aku, jangan menangis di pagi raya dan kalau balik KL, jangan lupa call aku.
Mamat nie sedang bermain-main dengan primate terkecil di dunia. Untuk tengok gallery gambar mamat nie, tekan sini.
P. Ramlee – Dendang Perantau
(Klik ikon 'Play' di bawah untuk dengar lagu)
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Pengalaman RM50
Jul 28th
Al-Kisah….
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau… "
Best jugak lagu nie
May 25th
Korang ingat tak lagu nie? Kalau tak silap aku, lagu ada dalam cerita ‘Kutu’ yang dilakonkan oleh Allahyarham Sudirman. Aku suka cerita tu masa kecik-kecik dulu. Sedih, terharu, kelakar pun ada bila menonton cerita tu. Betapa susahnya hendak dapat kerja pada masa tu sehinggakan terpaksa mengutip botol. Orang muda tuuu…. Ada ker orang muda sekarang yang nak berkerja macam tu? Sekarang, nak cari kerja pun susah. Tapi, ramai ker yang nak kerja yang bukan duduk dalam bilik air-cond?
Teringat aku bila aku memberi pesan kepada kawan aku seorang pengganggur. “Binatang pun berkerja, tengok lembu tu”. Sekarang, aku pulak pengganggur.
Sudirman – Aku Pengganggur
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur
Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur
Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Cikgu dan anak muridnya
Apr 6th
Satu email yang menarik perhatian aku, bukan macam Afzan.“Kor antar email yang merangsang minda aku la, sampai aku teruja nak bukak email kor (yang Nasha Aziz tu)”. Baca la, anda tak akan rugi. Best.
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika”
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”
“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.
Freedom – Mulanya di sini
Feb 2nd
[audio:Freedom - Mulanya Disini.mp3]
Freedom – Mulanya di sini
( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua
( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
( P: )
Oh… sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
—–
Aku nak mengucapkan terima kasih kepada Sultan Muzaffar kerana memberi lagu ini kepada aku. Setelah bebudak coursemate aku menekan aku supaya mencari lagi ini, akhirnya jumpa juga. Lagu ini dijadikan tema sempena tahun akhir pengajian kat UPM nie. Bukan aku yang pilih, tapi Widat yang pilih. Aku jadi tukang carik jek. Aku nak minta pendapat pembaca blog aku, lagu apa lagi yang sesuai untuk dijadikan lagu ‘perpisahan’??? sebab aku ditugaskan oleh Anjas Asmara untuk membuat multimedia presentation sempena farewell dinner nanti. Idea tengah tak ada nie. Adoiii…
!vb:yt,QoH2AsRVkPE!
Feb 1st
!vb:yt,QoH2AsRVkPE!
Salah satu sebab kenapa aku malas excercise. Huhuhuhu…

