Framing

Raya dah nak dekat. Orang rumah aku meminta aku membuatkan kad hari raya secara online. "Erkk, tengah tak ada idea la Yang". "Nanti kita buatkan…".

Itu la alasan yang aku berikan kepada isteriku. Bukan tak nak buat, tapi aku sekarang lebih banyak bermain dengan kamera berbanding photoshop nie. Terus terang aku katakan, aku tak berapa suka fotografik, tapi lebih suka fotografi. Apa bezanya yek??? Fotofrafik adalah gambar yang kita edit selepas kita tangkap. Kebiasaannya, editing yang dilakukan berlebihan sehingga hilang keaslian gambar tu. Manakala, fotografi merupakan proses atau seni menangkap cahaya dengan menggunakan medium gambar sepergi film atau camera sensor (dengan nama lain, tangkap gambar la tu). TAPI, kita jangan lupa bila kita mengabungkan fotografi dan fotografik, ia akan menjadi sesuatu yang menarik dan mampu membuat kita terpegun.

Gambar ini aku telah edit sedkit, bagi menampakkan kesan warna atau saturation pada gambar. Gambar ini diambil semasa sedang mengambil besi-besi buruk dikawasan ladang. Kami menggunakan satu back-hoe dan satu traktor untuk menarik dan menangkat besi ini. Gambar ini lebih menceritakan kepada framing. Perhatikan rumput di bahagian depan gambar (belakang backhoe) dan bumbung traktor, ia kelihatan blur. Subjek utama aku adalah, bucket belakang backhoe yang dah nampak macam lusuh. Aku fokus pada situ dan framing aku adalah 2 benda yang blur tadi.

Erkkk…dok mengarut lagik pasal gambar. Tak ada benda lain ker nak mengarut? Nak cerita pasal kehidupan aku masa bulan puasa??? Tak ada yang menarik melainkan kerja yang tak berapa banyak. Huhuhu…..

Notakaki: Hehehe, bila tak ada kerja mengeluh. Bila kerja banyak, pun mengeluh. Apa la kor nie doBot.Karang bos bagik kerja berlambak, baru kor tau.

Satu petang di Kg. Londah

Pada satu petang, aku berjalan-jalan di Kampung Londah. Terkejut jugak aku, bila aku dapat tahu dalam tu ada kawasan sawah padi. Cantik, itu lah perkataan pertama yang terlintas bila mana aku terpandang kawasan padi di situ. Kebanyakkan padi dah hampir masak. So, aku agak hampa sebab tak dapat shot gambar padi kehijauan. Aku termenung…

Tiba-tiba, aku terlihatkan matahari yang hampir terbenam. Jam pada masa tu pukul 6.40 petang. Ish, cantik nie. Nak tunggu Maghrib ker tidak nie? Dah nak bukak puasa dah nie? Untuk tidak menghampakan diri aku sendiri. Aku cuba tangkap gambar secara manual. Bila aku katakan manual, aku mempunyai kuasa penuh untuk mengawal kamera aku. Aku setkan supaya shutter speed lebih laju, supaya keadaan nampak lebih kelam. Ini beberapa hasil petikan jari jemari ku pada satu petang di Kampung Londah, Negeri Sembilan.


1/400" : f8 : ISO200


1/250" : f8 : ISO200


Aku tertarik dengan pokok yang hampir mati nie. Cantik, dan ada si helang yang bertenggek di atasnya.

Composition

Masa aku memula pegang dSLR, bos aku tengok gambar aku. Bos aku nie reti tangkap gambar. Tapi, tak leh join dia sebab dia pakai dSLR Canon. Aku pakai dSLR Nikon. So, tak sama ajaran tu. Hehhehehe..tetapi, konsep photography masih sama. Dari segi exposure, rule of third, golden shape, framing dan composition. Bos aku dulu pernah tegur aku, "Exposure dah cantik, tapi composition masih lemah". Sejak dari hari tu, aku cuba mengasah skill composition aku sebab skill ini tak boleh belajar, tapi boleh dilatih.

Aku rasa orang kat gambar bawah nie sedang berlatih untuk mendapat composition yang cantik. Walaupun terpaksa menahan keterikkan matahari di Sepang masa Japan GT tempoh hari. Tapi, kot yea nak dapat composition yang cantik pun. Jangan la terlalu pervert dan ghairah menangkap gambar sampai low angle macam tu sekali. Kalau nak buat low angel sekali pun, gunakan la viewfinder tu. Aku rasa, model tu tak sedar akan kehadiran mamat tu. Hehehehhe

Anyway, mamat bertopi putih, aku kagum dengan kor kerana keinginan untuk mendapat composition yang menarik yang bercirikan low angle. Hehehehhe….tabik springggg sekali.

Foto di bulan Mac

Untuk memulakan bulan March ini, aku ingin meletak beberapa keping gambar yang aku tangkap semalam semasa membuat ker rondaan di ladang. Sekarang nie musim panas, jadi rumput tidak berapa hijau. Tapi, ada beberapa tempat yang hijau kekuningan. Susah jugak nak tangkap gambar masa petang. Terutama masa hari lepas hujan sebab kengkadang gambar tu 'underexpose' disebabkan cuaca mendung.

Untuk melihat lebih banyak gambar akan datang, sila pergi ke foto album saya untuk bulan March 2008. (Klik sini)


Hijau kekuningan…


Oldies JPH


Jalan sempadan in progress…

Senja di KLIA

Semalam, selepas majlis perkahwinan Hamka semalam, aku membawa lensa kamera aku pergi ke KLIA. Dari dulu aku ingin pergi ke sana, tapi tak berkempatan. Memandangkan aku sorang diri, jadi aku mencuri masa aku sekejap untuk membawa diri ke KLIA. Kagum, itu yang pertama sekali aku ucapkan bila mana aku melihat kapal terbang mendarat. Aku ingatkan aku seorang diri jek kat sana. Rupanya, selepas 1/2 jam berada di sana. Makin banyak kereta yang datang. Ada yang datang dengan anak, ada yang datang dengan makwe atau pakwe. Aku??? aku datang dengan lensa kamera aku untuk melepaskan gian di dada setelah lama tidak 'menembak'.

Apa yang aku nak buat masa sampai sana? aku ingatkan nak buat panning (rujuk sini). Cis, orang gila jek buat panning dekat kapalterbang yang tengah terbang. Kalau kapalterbang tu dah landing, ok la jugak. So, dah alang-alang pukul 6 petang. Aku pun menukar subjek gambar aku. Aku nak tangkap gambar senja bersama 'burung besi' nie. Alhamdulillah, ada shot yang menjadi. Dan, banyak yang tak menjadi (as usual…hehehe).

Ok la, untuk melihat lebih banyak gambar, korang boleh la klik di link ini. Aku tak mahu letak banyak gambar di blog nie sebab ia akan melembabkan mereka yang pakai dial-up (setahu aku, Anjas jek yang masih pakai dial-up, Hahahaha…). KLIK SINI UNTUK MELIHAT ALBUM 'SENJA DI KLIA'.

Jelai Gemas dan Panning

Hari nie cuti lagik, masih dalam mood cuti. Satu hari cuti tak keluar rumah. Banyak masa aku melawat forum Saiful Nang. Best, menarik…dan penuh informasi. Sifoo-sifoo kat sana tak kedekut ilmu. Cuma, apa yang aku perasan orang-orang yang kat sana amat marah jika sesuatu soalan itu ada di dalam manual kamera tu sendiri. Betul la, kalau aku pun akan marah-marah mereka yang tanya soalan yang dah memang ada dalam manual kamera tu. Aku tau, manual kamera tu memang tebal. Tak salah korang nak belek. Masa aku beli Nikon D80 ari tu, hampir 2 minggu aku tidur dengan manual kamera dan flash. Sebelum tidur, aku akan bukak manual tu sampai terlelap. Aku rasa, dah lebih 5 kali aku ulang balik baca manual kamera tu. Cuma, manual flash yang aku kurang paham skit. Bukan kurang, nak kata banyak pun ada jugak la.

Hari tu aku kagum melihat keindahan tempat aku kerja. Cantik, tenang dan damai sebab dah lama aku tak masuk ladang kerana sibuk dengan tugasan luar. Aku ada snap beberapa gambar burung bangau atau lebih dikenali sebagai Cattle Egret. Bila aku dalam kereta, burung ini tidak berterbangan. Tapi, bila aku keluar dari kereta. Mereka berterbangan terbang dan duduk di dalam satu kumpulan. Cattle Egret ini merupakan burung yang suka mengambil kesempatan dalam hal mencari makanan atau mereka panggil opportunistic feeder. Mereka akan mengikut haiwan yang besar kerana di atas badan haiwan itu ada serangga yang boleh di makan. Selain daripada tu, jika berlaku kebakaran di kawasan berumput. Cattle egret ini akan banyak berada di situ kerana pada masa itu serangga (makanan) akan berterbangan lari.

Kelmarin jugak aku ada training membuat gambar objek bergerak atau dikenali sebagai 'panning'. Susah jugak, nak nak lagik pada masa aku shot gambar nie, hari lepas hujan. Cuaca mendung, cahaya kurang. Ada beberapa gambar yang menjadi berbanding gambar yang tak menjadi. Hehehehe… Ok la, sini ada beberapa gambar yang aku shot. Kalau nak tengok lebih lagik, gi sini.

Silhouette

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog aku kerana sudi memberi pandangan di dalam hasil gambar yang aku tangkap. Disebabkan aku tak ada idea apa nak tulis, jadi apa salahnya jika aku menjawab segala komen kalian semua di dalam posting yang sebelum ini bertajuk, 'Sibuk'.

Terima kasih aku ucapkan kepada Salina kerana mengajar aku ilmu yang amat berguna nie terutama bila shot kat outdoor. Percaya lah, shot outdoor dan wedding merupakan salah satu shot yang mencabar dan susah. Aku selalu pakai mode Apeture jek. Pening kepala nak guna mode manual. Terutama sekali, bila kita ambil gambar candid masa wedding.

Kepada Sherrina, heheheh…kan dah terkeluar segala term-term yang memeningkan kepala.

Kepada Salleh, thanks Salleh. Kor la salah satu sifu aku dalam Jabatan Perkhidmatan Haiwan nie. Mengikut kajian aku, bila aku setkan ISO yang melebihi 400, noise akan menjadi lebih ketara. Anyway, thanks again. Akan aku selalu ingat bermain dengan ISO nie. Selalu aku terlupa.

Kepada Anjas, mana hasil nukilan kor nie Anjas??? Kor mesti ada online photo album supaya aku boleh melihat gambar-gambar kor. Ini nak letak dalam Friendster. Ish, cepat Jas. Aku tengah menunggu nie.

Kepada Archiq, Salina tu dah terrer. Hahaha…tu yang dia ajar aku manual setting. Haahahaha…

Kepada Ayobkelubi, aku sekarang dah tak dok kat Kluang. Aku sekarang bertugas di Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas. Tak pe Ayob, meh kita belajar secara sedikit-sedikit dulu, nanti dah terrer…baru leh kita lawan Salina. hhahahahah…

Aiseyman, kepada Hamka. Sorry la sebab manjang terlupa jek nak email kor manual tu. Nanti aku emailkan kepada kor. Tapi, sebelum kor baca e-book tu, pastikan kor paham makna/fungsi setiap setting seperti Exposure, ISO, DOF dan Apeture speed dan lain-lain.


Ok la, di sini aku ada letak sedikit beberapa gambar yang aku tangkap semasa di Tanjung Bidara. Teknik ini dipanggil, silhouette. Teknik ini menggunakan metering pada exposure di belakang subjek. Subjek sebenarnya akan kelihatan hitam legam. Dengan nama lain, subjek akan hanya menunjukkan outline tanpa menunjukkan ciri-ciri subjek itu. Teknik ini tak susah, cuma metering kena betul. Aku banyak gunakan Matrix dan Spot metering. Anyway, komen kalian korang amat aku hargai. Boss aku cakap, aku masih kurang dalam 'framing'. InsyaAllah, jika banyak mencuba, kita boleh membuat framing yang cantik.


Gambar ini di ambil di Jeti Tanjung Bidara.
(Focal Length: 20mm Exposure Mode: Manual Metering Mode: Multi-Pattern 1/40 sec – F/10 Exposure Comp.: 0 EV Sensitivity: ISO 320)


Sambil menikmati suasana matahari tenggelam, kita orang berbincang masalah negara di sini.
(Focal Length: 25mm Exposure Mode: Manual Metering Mode: Center-Weighted 1/20 sec – F/8 Exposure Comp.: 0 EV Sensitivity: ISO 250)


Cantik betul ciptaan Illahi. Pada masa senja, 3 kombinasi warna dapat dilihat (biru, merah dan kuning).
(Focal Length: 18mm Exposure Mode: Manual Metering Mode: Multi-Pattern 1/40 sec – F/10 Exposure Comp.: 0 EV Sensitivity: ISO 250)

 

Untuk lihat gambar yang lebih banyak, sila klik sini.