Blackout

Panasnya, tak ada api malam nie kat sini. Anak dah tidur, orang rumah dah tidur. Nak layan tv atau laptop tak ada letrik. Nak tidur? Cisss… Aku paling tak suka tidur masa blackout. Tak lena, panas. Aku lagik rela blackout pada waktu siang. Walaupun panas, diri ini tak dalam kegelapan. Banyak aktiviti, boleh dibuat jika blackout siang. Seperti, menangkap gambar, membaca buku dan lain-lain lagik perkara yang tidak memerlukan letrik.

Kalau malam blackout? Apa nak buat? Termenung jek la. Masa zaman dok rumah bujang dulu, kalau blackout boleh lepak kedai mamak. Sekarang??? Visa keluar rumah susah nak dapat. Banyak birokrasi. Hehehehe…

Dah 3 jam blackout, apa nak buat nie? Termenung sambil terkebil-kebil untuk melelapkan mata.

Disclaimer:
Sent from my BlackBerry® via Celcom Axiata

Cahaya lilin ini yang menjadi peneman aku dikala dalam kegelapan

Cahaya lilin ini yang menjadi peneman aku dikala dalam kegelapan

Turning 1

Assalamualaikum semua…

Cepat betul masa berlalu. Umur anak-anak aku dah mencecah setahun semalam. Tepat jam 3.15 petang dan 3.30 petang setahun yang lepas, Nur Izz Syazana dan Nur Izz Syazani telah lahir ke dunia ini. Seronok melihat mereka membesar dan aku bersyukur kepada-Nya kerana memberikan kami 2 cahaya mata sekaligus yang sihat dan sempurna. Terima kasih kepada Atuk, Uwan, Pak Long, Mak Long, Mak Su, Kakak Sumaiyyah dan Abang Umar kerana menyambut besday mereka semalam. Nasib baik Syazana & Syazani tak meragam masa kami sedang potong kek mereka. Hehehehe…kalau tak, spoil jek acara memotong kek. Jawapnya, abah dia la yang potong. Hehheh…

 

 
Kakak (sebelah kanan) sedang tersengih-sengih
 
 
 
Adik pula sedang bersiap untuk memotong kek (padahal mak diorang yang potong)

Calitan jari-jemari

Dulu…
Aku selalu memastikan tingkap cermin kereta aku tidak berminyak, monitor laptop aku tidak berminyak dan cermin mata aku tidak berminyak. Rimas akan kesan calitan jari yang berminyak yang menganggu pemandangan.

Semalam dan hari seterusnya…
Aku dah tak kisah jika tingkap kereta aku berminyak, monitor laptop aku berminyak dan cermin mata aku berminyak. Walau berapa kali pun aku kilatkan kembali, ia akan tercalit jugak. Menampakkan kesan-kesan jari. Biarkan jek…janji anak-anak aku happy. Jari jemari diorang sentiasa ada di tingkap cermin kereta aku. Dulu diorang kecik lagik, sekarang dah besar. Kengkadang, tercuit hati ini melihat telatah diorang main tingkap kereta.

Tapi, ada satu cermin yang aku tak bagi diorang pegang. Cermin apa ek? Cermin lensa kamera aku. Pernah diorang nak pegang ari tu, tapi aku marah. Biar dia tau, cermin lensa bukan untuk dipegang. Andaikata ada calitan pada cermin lensa, akan aku lap cepat-cepat dengan kain dan cecair. “Yang ini jangan main ek, abah tak suka”. Alhamdulillah, diorang paham gak. Orang rumah aku menjeling aku. Aku cuba tafsir apa dalam mindanya, “Tak habis-habis dengan kamera, anak nak pegang pun tak boleh”. Agaknya, itu yang bermain di minda orang rumahku. Hehehehe…

Kengkadang, aku hairan melihat orang yang mempunyai kamera, tetapi cermin lensanya penuh dengan kesan calitan dan ibu jari. Mmm…kesan itu akan memberi impak kepada kualiti gambar.

Ok la, aku nak bersiap, nak pergi Kursus Induksi. Setelah hampir 3 tahun kerja Jabatan, aku baru nak pergi kursus Induksi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog aku. Aku memohon maaf kerana telah lama tidak mengupdate blog ini disebabkan kesibukkan ber'fesbuk'. Hahahaha…betul tau, sejak ada facebuk nie. Hari-hari dok berfesbuk. Dah macam ketagih pulak. Berbeza dengan myspace ngan frenster.


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami berempat.

Tahun nie merupakan peluang aku untuk beraya di Seremban, dan tahun ini juga merupakan tahun pertama aku beraya bersama anak-anak aku. Tahun lepas, masa beraya diorang dalam perut mak diorang lagik. Fuh, baru aku tahu. Penat jugak beraya dengan diorang nie. Mana taknya, terpaksa aku berkejar ke sana ke mari sebab nak mereka sekarang nie dah reti merangkak. So, banyak la benda yang hendak dicapai dan dijelajahinya. Heheheh…Penat, tapi seronok. Ok la, macam biasa, aku nak tepek gambar.


Jeng…jeng..apa yang sedang diperhatikan tu?


Adik (seluar hijau) tengah fikir apa nak buat.


Kakak (seluar biru) pula sedang bermain dengan lighter abahnya.


Adik pun nak jugak, dia tarik rambut akak. Aduiii…


"Walaupun tak dapat lighter abah, dapat tarik rambut akak", degus hati adik sambil membuat muka puas.


"Tak pe la, akak dapat lighter abah, saya nak main kat sini la. Tangkap la gambar saya Bah.", ujar Adik.


"EH??? dah tukar benda lain. Takpe, saya suka gak benda nie….yea yea yea..", kata Kakak.


Yeeeeeeeaaaa…adik (seluar hijau) dapat ambil daripada akak.


Suka la tu…..

Nota kaki: Lepas nie abah diorang kena beli 2 mainan yang sama. Nanti bergaduh sebab masing-masing nak main.



Entri ini boleh di dapati di www.dobot.com.my 

Cahaya Kasih

Aku memang jarang melihat drama Melayu. Nak-nak lagik kalau drama tu bersambung setiap minggu. Lain la kalau bersambung hari-hari macam sesetengah drama bersiri yang disiar setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.

Tatkala aku memandang iklan cerita Nur Kasih. Aku tertarik dengan teknik penggambaran dia. Itu yang menyebabkan aku nak sangat tengok cerita nie. Aku tengok kat internet jek. Padahal, sehingga habis semua episod pun aku tak tahu, pada hari dan jam berapa cerita ini ditayangkan. Rupanya, setiap hari Jumaat jam 9 malam. Lepas nie, jangan kacau aku pukul 9 malam setiap hari Jumaat. Pasti, aku akan melayan cerita ini dulu.

Kenapa aku suka cerita ini? Sebab heroin dia (Zaqyah Tiz Razak) cute ker? tak laa…sebab yang aku suka. Cara dia cari angle kamera dan teknik penggambaran dia, atau pun dikenali sebagai sinematografi. Antara shot yang aku suka adalah,

  • Babak Adam pergi ke bandar sewaktu nak melarikan diri ke Australia. Aku tak ingat episod berapa. Tapi, yang aku masih ingat pelakon itu berdiri pada bangunan lama. Dan kamera shot gambar dia dari arah jauh. Menampakkan Adam (subjek) dengan dinding bangunan lama. Cantik komposisi nie.
  • Sewaktu Aidil sedang solat di surau. Yang nie aku paling suka. Bukan sahaja komposisi dan angle shot, tapi lighting jugak. Aku tak tau la Aidil tengah sembahyang apa. Tapi suasana macam waktu sembahyang Asar. Ini kerana, surau yang dipilih agak usang (benda usang nie berseni tau), kamera shot dari arah belakang dengan menggunakan framing pintu surau yang usang. Lepas tu, cahaya petang memasuki surau menampakkan Aidil tengah solat.
  • Pemandangan rumah Ustaz Hassan. Aku suka pemandangan macam nie. Banyak jugak shot yang diambil semasa sun set. Marvelous!!! cantik!!!

Ada beberapa lagik. Tapi, kalau aku tulis kat sini panjang lak. Tapi, cuba la kita nilaikan seni yang ada dalam drama Melayu. Jangan kita nak memperlekehkan drama Melayu dan pada masa yang sama kita mengagungkan cerita luar negara. Cerita luar negara nie, special effect jek lebih. Yang lain, sama jek…(erkkk…tak termasuk Prison Break, cerita lain daripada yang lain).

Lagi sekali, aku nak mengucapkan tahniah kepada Khabir Bahtia kerana menghasilkan cerita yang best nie. Selain dari sinematografi yang best, jalan cerita pun best jugak. Korang tengok jek la ek, kalau tak ada masa. Layan jek kat Youtube atau website TV3. Aku cuma berharap kepada Penerbit atau Pengarah (Khabir Bahtia) agar dapat meletak shot-shot menarik dari kamera (gambar) daripada scene yang ada dalam drama ini dalam website TV3. Aku yakin, sedikit sebanyak industri drama dan fotografi Tanahair kita akan berkembang ke bidang lain. Iye la, tak adalah drama yang hanya menceritakan kisah tanpa mengambil kira elemen lain seperti sinematografi.

Aku bukan orang seni, tapi aku tahu menghargai seni. Bukan aku sorang jek yang cerita pasal seni dalam cerita ini. Rujuk blog ini kerana beliau juga mengulas mengenai unsur sinematografi dalam cerita ini.

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”
(Hajjah Khadijah). Salah satu dialog dalam cerita ni.

Selain dari sinematografi, skrip pun best. Kepada rakyat Malaysia yang tipikal mengatakan drama Melayu tidak berkualiti. HENTIKAN!!!. korang perlu keluar dari kepompong dan keegoan korang.