Mata mengantuk, tapi tak dapat tidur. Bergoyang-goyang keretapi nie. Aku rasa lebih 10 tahun aku tak naik keretapi. Ini kali pertama aku naik. Saje jek nak rasa dok dalam kabin yang ada katil nie. Aku dok sorang, kat atas kurang selesa. Jadi aku pindah kat bawah. Luas berbanding atas.
Bila nak sampai Tanah Merah nie? Ada 6 jam lagi untuk aku tempuhi dengan sabar.
Category Archives: My Life
Selamat Ulang Tahun Sayang
Cepat betul masa berlalu. Dah genap setahun aku mendirikan rumahtangga bersama isteri ku. Alhamdulillah, aku dan isteriku dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sihat. Alhamdulillah, aku dan isteriku pun sihat. Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.
Dalam masa setahun nie, aku duduk berjauhan dengan isteri aku. Erkk…jauh tak jauh la. Dekat jek. Dalam 70km jek. Kadang-kala, aku tak larat berulang sejauh 70km. Aku dok kat Gemas jek selama seminggu. Isteriku di Tangkak. Tapi, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ok la, aku dengan rasa tak malunya ingin menujukan lagu ini kepada diri aku sendiri dari isteri aku. Hahahahahha….aci tak? Aku rasa, lirik lagu ini lebih sesuai sebab isteri aku membenarkan aku 'mengejar cita-cita' aku dan dia memahami akan tugas aku. Terima kasih kerana memahami…
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Ini jek pilihan kita
Petang tadi aku pergi ke TMpoint Serdang. Sementara sedang menunggu giliran, ada seorang pak cik tu, dok marah-marah pekerja TMpoint tu. "APA NIE!!! DAH 3 BULAN SAYA APPLY, TAPI SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT!!! APASAL TAK MAKLUMKAN PADA SAYA???!!!". Agak marah pak cik tu agaknya.
Aku…aku hanya menggeleng kepala jek. Sambil tu, dalam hati aku mengatakan, "Pak Cik, sabar la. Tak elok marah-marah. Ini jek pilihan yang kita ada….". Kesimpulannya, jangan la kita marah-marah kat pekerja TmNet sebab kalau kita marah-marah pun, tak guna. Sebabnya, TmNet memang memonopoli jaringan jalur lebar di Malaysia. Nak buat camner, dah nasib rakyat Malaysia macam tu. Tapi, kalau kat luar negara, aku rasa, dah lama TmNet bankrap.
P/S: Kalau aku masuk kedai TMpoint, aku akan senyum jek sekarang. Sebabnya, Kalau aku masuk muka masam, kalau keluar, pasti aku bertambah masam. Baik aku masuk senyum, keluar masam. Baik untuk mengurangkan kadar tekanan darah.
P/S: Sila klik link ini kalau nak baca komen Customer Service TMNet 'menyalak' kat dalam blog aku.
Kursus Pemahaman Undang-Undang Veterinar
Sabah
Beberapa bulan kebelakangan ini memang aku jarang mengupdate blog. Mmmm, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana fikiran bercelaru, mungkin kerana idea yang tak ada. Atau mungkin kerana sibuk melayan kerenah anak.
Sekarang mereka dah berumur 2 bulan lebih. Dah pandai senyum bila kita senyum kat dia. Salah satu faktor aku kerap pulang ke Tangkak kerana mereka dah pandai senyum. Rindu nak tengok diorang. Maknya….erkkkk. Hahahahahha…tengok anak dulu la. Mak kemudian la.
Minggu lepas aku berada di Sabah kerana urusan kerja dan lawatan kerja. Lebih kurang 4 hari aku berada di sana. Kini, aku terpaksa meninggalkan anak-anak buat sementara waktu kerana ada kursus kat Cheras selama seminggu pulak. Apakan daya. Aku tak kisah kena outstation nie, tapi aku risaukan bila mereka dah pandai bercakap nanti. Bak kata boss aku, tunggu la bila anak kor dah pandai cakap. Macam-macam dia tanya kat kor nanti. Pernah aku membaca di dalam buku psikologi kanak-kanak. Apabila mereka bertanya, jawab dengan betul dan yakin. Jangan sesekali tak menjawab soalan anak-anak, walaupun soalan simple. Selalunya, soalan simple nie la yang paling malas orang nak jawab. "Abah, kenapa burung boleh terbang???". Haaa, apa korang nak jawab? Kuasa Tuhan….Hehehhe…
Pengajarannya, jawablah soalan dengan terang dan yakin walaupun korang merasakan jawapan yang diberi adalah salah. Erkkk…benda nie bukan sahaja boleh diaplikasikan di dalam psikologi kanak-kanak. Tapi, dalam kehidupan korang jugak. Hehehehhe…Akhirkata, pastikan jawapan kepada soalan tadi tidak bercelaru dengan soalan kedua yang bakal ditanya.

Berkesempatan pergi ke kawasan ternakan rusa di Sabah. Rupanya daging rusa lagik murah dari daging lembu di sini. Fuh…

Lembu Bali yang sihat-sihat. Perhatikan susuk badan lembu itu. Perhatiakan rumput yang hidup tu, banyak betul rumput kat sana.

Semasa di Kota Kinabalu, aku berkesempatan menangkap gambar matahari sunset di Water Front. Aku menggunakan lens wide angles dengan harapan agar dapat menghasilkan gambar langit dan batu karang tu sekali. Malangnya, batu karang tu kurang jelas.
Teringat
Kengkawan aku menasihatkan aku supaya balik ke rumah selalu (disebabkan outstation memanjang jek). Diorang kata, nanti anak tak kenal abah dia.
Aku fikir betul jugak. Tapi, yang sebenarnya aku pun tak kenal anak aku. Yang mana satu akak dan yang mana satu adik. Erkkk….
Aku kurang mahir membezakan mereka (yang mana satu adik dan akak), tapi aku boleh cam mereka kalau aku bukak stokin kaki mereka. Sebab, si adik mempunyai tanda lahir dikakinya. Besarnya kuasa Allah. Mempermudahkan urusan hambaNya yang selalu terlupa nie.
Bila dok sesorang kat Gemas nie. Teringat kat anak-anak. Bila tengok anak orang, teringat anak kita. Bila tengok bini orang, terlupa bini kita. Opsss…..
Syukur Ya Allah, dan terima kasih semua.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku 2 orang puteri yang sihat dan ceria. Moga mereka menjadi anak yang solehah dan ikut dengar cakap mak ngan abah dia nie. Heheheh.
Kedua, aku mengucapkan terima kasih kepada sedara mara, kengkawan-kengkawan dan rakan alam maya kerana mengucapkan tahniah sehingga jammed telefon Nokia aku nie. Dah la masa aku menghantar sms pun jammed, masa nak terima sms pun jammed jugak.
Pada 5 Disember yang lalu, isteri aku telah melahirkan 2 anak perempuan yang telah dibawak ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Alhamdulillah, setelah beberapa hari tak dapat tidur yang lena. Akhirnya, isteri aku selamat melahirkan dua orang puteri pada jam 3.10 petang dan 3.40 petang. Kedua-duanya beratnya adalah 2.4kg. Aku akhirnya, berjaya untuk tidur lena selama satu hari kembali. Lepas tu, dah tak lena lagik. Hehehhe, memang betul apa orang cakap, bila anak menangis waktu malam. Perghhh, tension dia bukan main. Itu belum kire masa kerja lagik. Nasib baik aku kerja kerajaan. Dapat la cuti 7 hari plus beberapa cuti tahunan yang masih berbaki lagik nie. Boleh la aku gunakan untuk menjaga seorang permaisuri dan 2 orang puteri nie.
Sehingga kini, aku baru dapat update blog aku dan mengupload gambar aku, kerana baru dapat melayari internet menggunakan streamyx. Heheheh, selama nie aku guna GPRS. Yaa ampunnn, bukan main slow lagik. Hehehhe… Klik sini untuk melihat foto album aku.

Bergambar besama 'chief'. Chief Sumayyah merupakan anak abang aku yang paling tua. Secara automatik, ia menjadi chief kepada sepupu-sepupunya.
P/s: Sehingga kini, aku tak dapat membezakan yang mana satu akak dan yang mana satu adik. Hehehhe, Tak pe la, buat masa nie. Janji mereka sihat dan menjadi anak yang solehah.
Bukan perkara mudah
Siapa kata menulis blog sesuatu perkara yang mudah? Mudah, jika idea kita mencurah-curah. Tetapi, jika idea tak ada. Apa yang perlu kita tulis? Kebanyakkan blogger yang aku perhatikan, mereka lebih menjurus kepada penulisan yang berbentuk fakta. Tapi, percaya atau tidak. Untuk menulis blog yang berbetuk fakta adalah sesuatu yang susah. Ditambah lagi, jika fakta itu tidak ada kena mengena dengan kita. Sebagai contoh, jika korang sorang jurutera. Jangan sewenang-wenangnya nak menulis blog mengenai doktor haiwan. MELAINKAN, korang membuat kajian awal terlebih dahulu.
Menulis blog ini umpama menulis surat cinta. Cuma tidak berbekalkan pen dan kertas. Semasa menulis surat cinta, banyak kertas yang musnah kerana kita tersalah tulis. Cuba tengok dalam cerita melayu, kalau diorang nak tulis surat cinta. Dia akan menulis 2 hingga 3 patah perkataan. Kemudian, berhenti. Cari idea. Kalau tak ada idea, terus ronyokkan kertas tu. Bukannya nak padam ker apa? Dironyok kertas tu walhal baru tulis 2-3 patah perkataan. Begitu juga dengan menulis blog. Jika idea tak ada, ntah berapa kali aku menekan kekunci 'backspace' kat keyboard aku nie. Kalau tak ada idea gak, aku tidur atau aku membuat blog yang lebih menjurus kepada tepekkan gambar. Itulah yang aku lakukan tatkala hendak menulis blog.
Hari ini, aku begitu terkejut dan terkasima sebentar. Salah sorang blogger yang aku minati bercadang untuk berhenti dari menulis blog. Adui, sedih aku bila membaca blog beliau. Beliau adalah saudara Syam atau aeropama.com. Bagi aku penulisan beliau begitu bersahaja dan penuh informasi. Percaya atau tidak, beliau mengambil masa sehingga 6 jam untuk membuat kajian awal mengenai tajuk blog beliau. Apa yang beliau dapat? kepuasan. Itu la yang dicari oleh blogger. Anyway, aku ucapkan kor gembira dalam apa bidang yang kor ceburi selepas ini.