Life as a vet student
Majlis Sirratulrahim DVM4
May 13th
"dobot, kalau kau jupe video yg kita wat masa dvm4, siarkanlah… sunuk.. remind kita semua masa student best. Untuk geng2… Happy 1st year bekerja."
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata……..
Hahahah…Yani suruh aku letak video tu. So, aku cuba usahakan untuk letak video tu. Sorry sebab aku tak dapat letak dalam server aku kerana admin server aku bising nanti. Anyway, kepada kengkawan nak yang clear, bagi aku CD kosong. Nanti aku burnkan.
P/S: Harap bersabar untuk loading video. YouTube bukan service yang berbayar, mungkin satu hari nanti ia akan kenakan bayaran.
Kenangan setahun lalu
May 10th
Sedar tak sedar, dah hampir setahun aku dan rakan-rakan aku menghabiskan pengajian di UPM di dalam bidang perubatan veterinar. Minggu nie, junior kami baru habis Viva atau comprehensive exam. Exam ini merupakan yang paling penting di dalam bidang perubatan veterinar kerana di dalam exam ini, kami akan diuji soalan dari tahun 1 hingga tahun 5 yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, preclinical, paraclinical dan clinical. Alhamdulillah, pada tahun lepas semua budak dalam coursemate aku lulus dan tiada yang kena repeat paper. Abang aku juga menulis satu entri kepada aku kerana aku berjaya mengakhiri zaman belajar aku. Terharu aku membacanya. Terima kasih Long. Klik sini untuk bacanya.
Aku sebenarnya, ingin berterima kasih kepada kengkawan aku kerana tanpa mereka, aku akan menghadapi kesukaran untuk belajar. Apa yang aku amalkan adalah study berkumpulan. Walaupun ada orang cakap study group ini kadang kala menyusahkan, tapi bagi aku ia banyak membantu aku. Kalau aku dok sorang-sorang, sure aku terlelap punya la. Jadi, melalui study group kita akan dapat ilmu yang lebih. Cuma, kita perlu control diri kita supaya study group tidak menjadi kedai kopi pula. Ada kalanya, kita akan berborak-borak masa study group. Tapi, kita kena set target kita.
Alhamdulillah, kengkawan aku memang aku respek-respek belaka. Ini kerana, mereka bukan kedekut ilmu terutama Anjas tu. Dia nie memang suka bercakap, dan akan menerangkan dengan terperinci. Ada kalanya, aku tak paham aku akan bertanya sebanyak 10 kali kepada dia. Dia melayan jugak. Hahahah…sebenarnya aku dah paham. Cuma aku sajek jek nak menyusahkan dia menerangkan kat aku sebanyak 10 kali. Kalau dia tak boleh jawab, dia akan terpinga-pinga dan jika dah jumpa jawapannya dia akan memberitahu 'kami'. Erkkk…sapa kami tu??? Aku, Ayuz ngan Syahar. Kiter orang dalam group nie tak banyak bercakap, cuma banyak mendengar. Tapi, jika diberikan tugasan kami akan mencari bahan yang disuruh. Dengan mendengar, kami tidak perlu untuk membaca dan mengingat lebih banyak.
Bulan 7 nie Anjas akan berangkat ke Queensland. Semoga dia berjaya di sana dan bila di sana nanti, jangan lupa kengkawan kat sini. Ok la, aku nak letak beberapa keping gambar yang aku tangkap masa study sempena ngan exam Viva pada tahun lepas. Selain daripada tu, aku ingin menghargai kawan aku dengan sajak/poem di bawah. Terima kasih kawan…
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang…….
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit…..
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir…..
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana….
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata……..
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan….
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde…….
kata saya,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN,
SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN &
MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan…
tau tak sebab ape???
sekali saya dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan saya…
Klik link ini untuk baca entri aku mengenai VIVA kami (May 2006).

Apa la yang sedang diterangkan oleh Anjas nie? Tak paham den.

Hamka yang sedang menerangkan sesuatu kepada kami. Terima kasih Hamka

Khusyuk dengar sapa cakap tu Yuz??? Jesse ker??? Hahahah…

View dari atas meja.

Bergambar beramai-ramai selepas habis group discussion.

Aku sempat membuat satu wallpaper untuk PC aku."I wish I had Google implant in my brain".
PS: Happy Birthday, Anjas & Shikin.
Juadah berbuka
Oct 8th
Dua tiga hari yang lepas, seorang bekas groupmate (Joanne) aku masa belajar dulu sms aku. Mesej dia berbunyi macam nie, "I miss berbuka puasa with you guys in the ward la". Uwaaa!!! kenapa hantar sms macam tu kat aku???
Terkenang masa belajar dulu, terutama masa bulan puasa di wad haiwan. Pada bulan Ramadhan yang lepas, aku bersama ahli kumpulan aku ditugaskan untuk menjaga haiwan-haiwan yang sakit di bulan Ramadhan. Perit jugak berpuasa apabila kena bertugas di wad. Paling seronok, adalah masa berbuka di dalam wad. Aku akan menyuruh seorang kawan aku membeli makanan aku kalau aku kena bertugas. Abang Bulu la yang selalu kena suruh. Kengkadang tu, aku suruh sorang perempuan yang bernama Shikin untuk membeli makanan untuk aku. Minah nie memang suka keluar pergi makan. Dengan nama lain, Shikin nie suka cabut dari buat kerja. Hahahaha…lepas tu, kalau beli makanan, ada la dekat sejam baru balik. Padahal, beli satu lauk jek…..Caiittt!!!
Kini, aku buka posa sorang diri. Hahahahah….padan muka aku. Aduhai makkk, den mau kawin.
Ikrar Veterinarwan
Aug 1st
Dengan diterimanya saya ke dalam ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenap daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan. Saya akan mengamalkan ikhtisas saya dengan penuh minat, dedikasi dan kesopanan. Kesihatan pesakit, keperluan tuanpunya dan kebajikan insan seluruhnya adalah tanggungjawab saya.
Saya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh minat dan dedikasi dan dengan sikap bertimbang rasa, saya akan menggunakan pengetahuan saya sepenuh-penuhnya tanpa bertentangan dengan undang-undang perikemanusiaan, dan peraturan etika ikhtisas veterinar. Saya berazam akan mempertahankan dan memperbaiki keluhuran tradisi veterinar yang saya terima ini.
Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan.
Alhamdulillah, aku dah grad. Selama 9 tahun aku kat UPM nie, rasa sedih nak meninggalkannya. Di blog aku ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga aku yang sentiasa memberi semangat kepada aku (abang aku yang manjang pening kepala tengok aku). Tak lupa jugak kepada semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga dengan tutor-tutor kat Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) serta semua staf FPV termasuk akak kat pejabat, mak cik kantin, abang drebar, abang/akak makmal dan semua mereka yang bernaung di bawah FPV dan UPM. Akhir sekali, kepada semua kengkawan coursemate, aku merasa bertuah kerana bersama-sama dengan korang semua sepanjang belajar di sini. Ini kerana, persefahaman yang kita jalinkan di sini, lain daripada yang lain sehinggakan ada beberapa orang yang cemburu dengan persahabatan kita.
Akhir sekali, untuk awek aku yang berada di Kedah sekarang (sob sob sob…sedih, dia tak dapat datang konvo aku), terima kasih atas sokongan dan tolak ansur awak selama ini. Selama nie alasan yang diberikan untuk pergi study dengan kengkawan jika awak ajak keluar, adalah alasan semata-mata. Sebenarnya, kite gi keluar ngan orang lain. Hehehheheh…
Endurance lagik kat Kelantan
Jun 25th
10 hari tak berblog. Hahahaha…10 hari jugak dah lama aku tak masuk blog kengkawan. Bukan aku malas nak tulis, cuma aku tak tau nak tulis apa. Nak tulis pasal bola??? Eerkk, aku bukan pengulas sukan yang bagus. Tak caya, tanya kengkawan aku. Kalau aku tahu pasal bola, mesti diorang terkejut. "Elehhh…tak macho la tak tengok bola". Ptuih!!!, ada ker kalau tak tengok bola hilang ke'macho'an aku nie???
Baru balik dari Kelantan sebab ada endurance kuda kat sana. Ini kali kedua aku berada di Gunong, Bachok. Aku tak ingat bila kali pertama aku pergi ke sana. Tapi, yang pasti masa aku pergi ke Kelantan masa tu, aku masih belajar di UPM lagik. Bila pergi sekali lagi dengan van fakulti, teringat dulu-dulu. Bila lagik aku dapat rasa macam nie? lepas nie dah tak ada dah. Bila dah kerja nanti, dah tak ada masa lepak ngan brader-brader fakulti. Mungkin, nak pergi endurance pun susah nanti, melainkan kalau ada orang jemput pergi endurance. Heheheheh….selama nie aku tak dijemput ker???
Buat pertama kalinya masa aku menyertai endurance kuda nie dapat menyaksikan kes kuda mati. Dan, buat pertama kalinya aku tolong lecturer aku dibahagian 'treating vet' (bahagian di mana kuda-kuda yang lemah atau tak fit perlu menjalani rawatan). Selain itu, buat pertama kalinya aku keluar pergi ke kawasan trek perlumbaan. Selalunya, aku dan rakan-rakan lain akan dok kat 'vet check' jek.
Sepanjang endurance, buat pertama kalinya aku tak mandi selama 32 jam. Mak uii!!! rasa badan nie dah macam apa tah. Dah la semalaman bermandian hujan. Dengan stokin yang basah, baju yang lembab. Tu belum spendar yang lembab tu. Nasib baik hujan semalam tak lebat sangat, kalau tak…mesti badan aku dah lencun dan masuk angin. Bila dah 32 jam tak mandi, terasa badan dihiasi dengan daki-daki dan kepala aku mula terasa pening. Tu belum kire daki kat celah kelangkang tu. Kalau bukak spendar, lepas tu spendar tu letak dalam kolam ikan, mau timbul semua ikan dalam kolam tu sebab kematian secara mengejut. Bila habis endurance, pergi Rantau Panjang kejap. Lepas tu baru sampai kat hotel dalam jam 9 malam. Terasa enak mandi. Dekat setengah jam aku mandi. Sampaikan Anjas bising sebab aku mandi lama sangat.
Eh, lupa lak nak citer pasal kuda mati tu. Kuda mati tu sebab langgar tiang kat tali air tu. Mungkin rider tak nampak tiang tu, lalu terus menerjah tiang tu. Rider tu patah kaki, dan kudanya mati ditempat kejadian. Kuda tu tergelincir ke dalam tali air di mana kat tali air tu ada sebuah batu yang besar lalu menghimpap batu itu. Bila rasa tenguk kuda tu, alangkah terkejutnya kerana kepala dia begitu mudah untuk digerakkan. Selalunya, kalau kuda/haiwan yang dah mati, ada perubahan post mortem setelah beberapa jam (rigor mortis) seperti keras (stiff). Tengkuk pada kuda ini mudah digerakkan menunjukkan kuda ini mengalami kepatahan tulang tengkuk. Fuh, tunggang terbalik ayat aku nak menterjemahkan ayat nie ke dalam bahasa yang mudah difahami (Layman's term).
Mmmm…entah bila la pulak aku dapat tengok kes-kes yang lebih menarik. Harap-harap, aku dapat lebih banyak kes yang menarik kalau join endurance ini dimasa hadapan. Salah satu kes yang aku tunggu ialah, Exercise Induced Pulmonary Haemorrhage. Erkkk…korang baca la kat sini yek. Yang aku boleh cakap, keadaan ini adalah dimana paru-paru kuda tu berdarah disebabkan latihan yang kuat.
Orang nie tengah curik diesel agaknya kot. Gambar nie aku ambil semasa di Gua Musang.
Arah anak panah menunjukkan arah datangnya kuda ke tiang ini. Perhatikan tiang ini terbengkok disebabkan pelanggaran itu.
"Mari mari mari!!! murah nie!!! tengok nie bang, ada jersi Argentina. Murah bang!!!", salah sorang penjual kain kat Rantau Panjang tengah tawar menawar ngan aku. Hahahaha….
Projek reban kekura
May 22nd
Aku dah berada di Seremban sekarang. Bapak aku tak bagi aku dok lelama kat Serdang. Hahahahaha, dia tak cayakan aku la tu. Lagipun, aku dok kat Serdang bukannya buat apa. Layan internet dan lawan Winning Eleven ngan Ayuz. Dah la manjang menang jek (hahahahhaa, sapa yang menang tu???).Tu jek la kerja aku. Buat masa sekarang, aku dok rumah sambil menunggu interview.
Aku ada projek sebenarnya minggu lepas. Sepanjang aku berada di Serdang minggu lepas, aku membuat reban kura-kura bersama dengan Syahar. Syahar memberi aku pelbagai jenis idea. Memula aku nak buat reban kecik jek, lepas tu aku ternampak almari buku aku yang dah tak guna sebab aku ada almari buku yang lain. Jadi, aku dengan perasaan yang tak tau pape pasal bertukang nie pun memulakan projek reban kura-kura. Syahar pulak, memberikan kata-kata semangat supaya aku meneruskan usaha bertukang sambil dia menonton Astro tanpa menolong aku. Terima kasih kepada Ayuz sebab bagi pinjam gergaji. Nanti aku pulangkan kat kor balik.
Bila dah siap reban, aku ngan Syahar pergi ke kedai bunga untuk membeli bunga. Aduhai, aku ingat Syahar tau pasal bunga-bunga nie, rupanya dia 2 kali 5 jek ngan aku. Agak lama jugak aku pergi shopping ngan Syahar kat kedai bungan sambil memilih bunga yang kontot-kontot. Dan, akhir sekali aku terpaku melihat kecantikan bunga tahi ayam. Apa lagik, angkat satu la. Syahar kata tak payah, bunga nie berlambak kat tepi jalan. Ahhh, aku nak jugak. Jangan monyet, jangan….Keesokkannya, bunga tahi ayam aku hampir mati. Hah, tu la, degil lagi.
Hari Sabtu yang lepas, aku pergi ke Melaka kerana ingin mengambil kura-kura yang telah aku beli daripada seorang kenalan daripada internet. Ok jugak la harga yang ditawarkan. Mak aku pulak terkejut sebab aku nak beli kura-kura. Dia ingat kura-kura yang biasa jek. Bila aku sebut harga jek, mak aku geleng kepala. Abang aku tersengih jek. Adik aku, lagik la excited. Sampai Melaka pukul 6.20 petang. Nasib baik kenalan aku nie nak tunggu kat McDonald depan Zoo Melaka. Tak payah la aku susah-susah carik dia kat MMU. Senang jek carik dia, tersengih-sengih aku melihat dia sambil bertanya, “Juean ker nie???”. Haa, sah betul sebab aku ternampak kotak kecik kat tepi dia. Itu la kali pertama aku melihat kura-kura tu depan mata aku. Wahhh, comelnya…..
Sampai Seremban pukul 7.30 malam sebab aku berhenti kat tepi highway nak main-main ngan kekura aku. Lepas tu, terus aku letak kura-kura dalam reban kura-kura. ‘Mereka’ tak banyak bergerak. Mungkin kerana tempat tu masih baru bagi mereka. So, aku biarkan jek la. Aku memetik pucuk bunga raya sebab aku nak bagi kura-kura tu makan. Alhamdulillah, ‘mereka’ makan pun. Comel betul tengok mereka makan.
Sekarang, aku nak carik calcium supplement untuk ‘mereka’. Dengar cerita satu botol RM30. Mak oii!!! mahal betul. Lepas tu aku nak carik lampu UV untuk ‘mereka’. Mmmm, entah berapa pulak harga lampu tu. Lepas tu pulak, aku nak bela corn snake. Hahahahahha….abang aku terkejut sebab aku nak bela ular pulak. “Uihs, lawa la ular tu Long”.” Ish, kor jangan mengado-ngado, karang terkojut pulak mak kau”. “Yo laa….”.
Untuk sesiapa yang tak tahu, kura kura yang aku beli ini dikenali sebagai ‘Star Tortoise’ atau dikenali sebagai Geochelone Elegans. Geochelone Elegans tak hidup di dalam air malah mereka species kura-kura yang takut air. Mereka hidup di kawawan berumput dan berbatu. Tempoh matang mereka adalah dalam lingkungan 10-12 tahun. Tunggu aku beranak dulu, baru ‘mereka’ boleh beranak. Dan mereka boleh hidup hampir 100 tahun. Itu pun kalau sihat. Aku kurang berpengalaman skit dalam bab-bab menjaga kura-kura nie. Kepada pembaca blog yang berpengalaman, meh la kongsi dengan aku terutama dari segi pengurusan dan penyakit.
Aku nak kongsi gambar dengan pembaca blog aku mengenai kura-kura nie. Ops, lupa lagi satu. Aku tak bagi lagik nama kat kura-kura nie. Nama apa yek yang sesuai? lagik satu, dua-dua nampak sama jek. Macammana aku nak bezakan mereka? Oh, tidak……
Oops…sorry, tengah tido ker???
Eh? nak tido ker nak main kejar-kejar?
Aku kejutkan mereka tengah-tengah malam, semata-mata untuk posing buat tantapan pembaca blog aku
Ish, tak reti berposing la diorang nie. Manjang nak tido jek. Mana taknya, dah pukul 3 pagi. Sapa yang tak normal tido nie? aku atau kura-kura?

