Sibuk

Semalam buat pertama kalinya setelah sekian lama aku tak naik bas ekspress, semalam aku bertolak dari Ipoh ke Seremban. Setelah 3 tahun aku tak naik bas ekspress, akhirnya aku naik jugak. Semasa kita sedang memandu, kita tak nampak bintang di langit. Tapi, bila kita duduk di dalam bas atau menjadi penumpang. Kita akan nampak bintang di langit.

Kita terlalu sibuk 'memandu' sehingga kita lupa memandang keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita terlalu sibuk 'berkerja' sehingga kita lupa memandang keindahan alam ciptaan Tuhan. Masya-Allah, banyaknya bintang di langit. Cantiik…

Amira

"Veterinarian Dr Syahar Amira Ghani said UWL was expecting two more chicks within the next week or two." The Star, 29 April 2007.

Sejak bila la nama si Syahar nie boleh tukar kepada nama perempuan. Amira…sedap jugak. Hahahahah…..Tu la, aku dah cakap dulu. Nama ayah kor tu buat confius. Nama sebenar dia adalah Syahar Amir A Ghani. 'A'  tu stand for what??? Abu? Abdul? Ahmad?. Kan orang surat khabar dah silap, dia ingat 'A' tu sekali ngan Amir tu. Boleh masuk kes saman nie. Hehehhe. Anyway, Amira pun sedap jugak bunyi dia. Jambu skit…

 

Link dari The Star. Klik sini. 

Fantastic

Aku heran, kenapa yek. Kalau dalam F1, perkataan 'fantastic' selalu disebutkan oleh pemandu mereka bila bercakap depan kamera. Mungkin mereka dah terbiasa dengan perkataan tu agaknya. Agaknya, kalau aku jadi pemandu F1, mesti aku akan sebut 'fantastic' kot. Di bawah berikut, adalah contoh ayat yang mereka selalu sebut.

"…fantastic for the team"

"Fernando did a fantastic job!!!"

"Yeah, it’s absolutely fantastic"

"What a fantastic drive"

"You’ve done a fantastic job,doBot" (hehehe…terasa macam pemandu F1 laks)

"I think it is fantastic for the team"

Teringat masa belajar dulu, kalau ada kes kucing/anjing patah ke, luka ke, atau dengan nama lain kena langgar kereta ker, mesti student vet akan sebut kes 'hit by car' atau singkatan dia HBC. Kiter orang tak nampak pun kucing/anjing tu kena langgar dengan kereta. Mungkin kena langgar dengan basikal ker, motorsikal ker dan lelain lagik. Tapi, kiter orang nak jugak sebut,'hit by car'. Alaaa…bukan kiter orang jek, senior-senior kiter orang pun sebut cam tu jugak. Termasuk la junior kiter orang sekarang. Kes apa??? 'hit by car' laa….

Nota: Kita akan biasa menyebut perkataan yang kita biasa sebut. Seperti perkataan, 'fantastic' dan 'hit by car'.


Di litar mereka bersama-sama…

 


Di podium pun mereka bersama-sama…Fantastic McLaren!!!

 


Di pit stop pun mereka bersama-sama. Fantastic teamwork McLaren!!!

Si Kuning dengan mulutnya

Si Kuning : Kak Ros tak takut sebab Kak Ros xde buat yang salah. Salah ke kalo kita bercinta dengan orang muda?

Pengacara : Tak salah!

Si Kuning : Zaman nabi kita bercinta kawin dengan siti khadijah, berapa umurnya?

Penonton : 40

Si Kuning : Dengan?

Penonton : 2

Si Kuning : Tua ke muda tu?

Si Kuning : Dah nak mampos ke tidak? (nak samakan Si Kuning dengan Siti Khadijah, boleh ker?Atas kepala kor tu kuning)

Penonton : Hahaha (gelak nak tak nak jek)

Si Kuning : Makna ini semua jodoh Allah taala. Kita tidak boleh melawan kuasa Dia (atas kepala tu kuning tu apa kak? rambut kan??)

Pengacara : Ok…sama-sama kita doakan supaya Kak Ros kita bertemu jodoh.ok angkat tangan semua

Si Kuning : Amiiinnn.

Pengacara : Ok.sekarang ni kita lihat ye ramalan sensasi

Si Kuning : Amiiinnn

 

Sila guna Internet Explorer untuk melihat video 

Mereka semuanya sama

"Mereka semuanya sama,"

"Mereka melancarkan perang ke atas Iraq disebalik hakikat bahawa PBB tidak mempersetujuinya…jadi perang itu dilancarkan secara salah. Jadi mana-mana pembunuhan semasa perang itu adalah perbuatan membunuh dengan sengaja,"

"Inilah jenis orang yang dipilih oleh rakyat dalam sebuah kerajaan demokrasi. Ia membuatkan saya tertanya-tanya sama ada demokrasi adalah perkara terbaik seperti yang sepatutnya."

"Siapa yang menyerang siapa pada masa sekarang? Adakah orang Islam yang pergi menawan negara-negara lain? Tidak mereka tidak berbuat begitu. Mereka hanya mempertahankan diri sendiri,"

"Selama lapan tahun mereka telah kehilangan satu juta orang. Jika AS yang kehilangan satu juta orang, anda tahu apa yang akan dilakukan oleh AS? Mereka akan bom seluruh dunia,"

Ini adalah antara ucapan lantang seorang pemimpin dunia yang pernah dikatakan 'nyanyuk'. Bagi aku, beliau memang hebat dan berani. Selamba dia jek sound AS. Dia tak takut pada kuasa besar, apa tah lagi dengan negara kecik Singapore. Malahan dia lantang bersuara walaupun telah bersara. Apa-apa hal, aku cukup kagum dengan Tun nie.

Rujuk sini untuk bacaan lanjut.

Tahniah Tun di atas pencalonan anugerah ini. 

Visit Malaysia 2007

Selamat Tahun Melawat Malaysia 2007. Kepada kengkawan aku yang belum abis menjelajah Malaysia, marilah kita menghayati keindahan negara kita sendiri. Kalau ada port untuk usya awek Melayu, bagi tau aku yek. Aku pun nak cuti-cuti Malaysia. Hehehehe…

 Info baru tambah (10 Jan 2007): Aposal logo dia lain-lain? masa aku ambil kat website tourism tu yang kat atas tu la. Hazwah, tolong terangkan? den tau la kor kerja kat Kementerian Pelancongan. Mana tau kor tau, tolong yek?

Transformer The Movie

Kepada mereka yang mengalami zaman kanak-kanak pada tahun 80-an, adakah anda masih teringat kepada cerita animasi yang glamer pada masa tu, TRANSFORMER. Jika ia, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Transformer The Movie yang bakal ditayangkan pada 4 Julai 2007. Masih teringat lagik masa aku kecil-kecil dulu, cerita ini menjadi kegilaan aku ngan abang aku. Kini, teknologi telah berkembang, animasi ini mampu diadaptasikan ke dalam bentuk sebenar. Aduhai…lepas nie cerita apa nak di buat yek??? adakah Doremon? atau Naruto???

Laman web rasmi

Saksikan Trailer

Kunyah bebetul tau

Masa aku tengah drive pagi tadi, DJ radio Era ada memberi tips cara untuk menguruskan badan. Tips yang diberi adalah, kunyah makanan dengan betul sebelum menelannya. Maknanya, dia suruh mengunyah makanan selumat-lumatnya sebelum telan. Aku pulak, jenis yang kunyah 5 ke 7 kali dah telan makanan. Hahahahah, mana tak kenyang-kenyang. Manjang lapar jek. Bila lapar, lagi banyak la telan makanan.

Ini bukan tips radio Era sebenarnya, tapi kajian yang dilakukan oleh pakar di US. Haaa, bayangkan. Orang US baru nak tahu pasal benda nie, padahal Nabi kita dah tahu dari dahulu lagik. Sebab tu, kalau nak kunyah makanan Nabi sarankan kunyah sebanyak 44 kali. Ini bermakna, makanan tu akan betul-betul lumat dan baru masuk ke dalam dan lebih mudah sistem penghadaman kiter berfungsi.

Lepas nie, kepada sesapa yang nak diet tu. Ingat, kunyah makanan selumat-lumatnya. Biar sampai cramp mulut korang kunyah makanan. Insya-Allah, berat anda akan turun disamping anda akan mendapat kepuasan nikmat makanan tu jugak. Kepada kengkawan lelaki aku yang pergi makan ngan awek. Jangan, makan lembab sangat sampai awek korang tunggu. Kalau dia marah korang makan lambat, korang ingat tips nie. Bagi tau dia, "You nie…I makan slow bukannya apa, I nak menikmati makanan ini dan tak nak jadi macam you". Erkkk…tips nie untuk awek yang gemuk jek yea.

Nota kaki : Kepada kawan aku (Dr. Hamka), lepas nie kor boleh cuba tips aku nie. Mana tau, berkesan.