Lilypie Expecting a baby Ticker


Internet


Hari ini dah hari raya ke-6. Hari ini jugak aku telah memulakan tugasan pertama aku selepas aku bercuti hampir seminggu. Memula tu, terasa macam malas nak kerja. Tapi, dipikirkan balik sebab ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan, jadi aku melangkah bak perwira menuju ke Kangar, Perlis hari ini. Tujuannya, nak pergi tengok lembu kat sana. Ehh? dah tak ada lembu lain kat Malaysia ker sekarang nie Bot??? Jawapannya, tak ada. Masa hari Mantai Perdana kat Seremban tempoh hari. Dalam beberapa jam, kesemua daging habis dijual. Begitu juga dengan temuramah aku dengan beberapa sang algojo (tukang sembelih) di sekitar Negeri Sembilan. Mereka mengatakan, menjelang tengah hari pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan, boleh dikatakan purata 3 ekor boleh dijual, dilapah dan dicincang sebelum 12 tengah hari. Ini bermakna, bekalan daging kita amat-amat diperlukan buat masa sekarang.

Pada masa aku menaip ini, aku berada di dalam bilik hotel. Mata nak lelap, tapi tak mengantuk. Nasib baik ada wireless internet. Nak harapkan Celcom Broadband aku, jangan harap la. manjang dalam mode GPRS jek. Slow gilee. Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Driver aku dah tidur kat sebelah. Agaknya, penat sangat kot drive tadi. Aku manjang tidur jek dalam kereta tadi. Tak tau la berapa kelajuan sesaat driver aku bawak tadi. Yang pasti, aku nak cepat sampai sebab bosan dok dalam kereta lelama. Jadi, bila kita bosan. Kita tidur la. Aku rasa, 70% masa dalam perjalanan tadi aku tidur. Hehehe, manafaatkan masa sepenuhnya di dalam kereta.

Oh lupa, aku nak bagi tau. Aku telah membeli online photo album di dalam dunia maya ini. RM90 setahun. Ini bermakna, sebulan adalah RM7.50. Aku bagi tau orang rumah aku, aku ada beli online photo album. Dia marah kat aku balik. Dia kata membazir. Terus terang aku katakan, RM7.50 lagi murah dari rokok Marlboro Light 20. Bagi aku tak membazir, ini kerana aku gembira dengan fungsi yang ditawarkan. Antara fungsi yang ditawarkan jaminan keselamatan. Selama ini, aku cukup risau bila menggunakan online photo album yang disetup oleh aku sendiri. Ini kerana, jika berlaku beberapa masalah. Aku pasti tidak dapat membaikinya. Dan, gambar itu akan hilang selamanya. Dengan Flickr, mereka menjanjikan keselamatan gambar itu.

Selain daripada itu, flickr menawarkan cara upload yang pantas dan cepat sekali. Aku tidak perlu mengecilkan gambar untuk mengupload gambar. Snap, transfer dan upload. Apa yang aku suka, ia akan upload dengan data exif sekali. Ini memudahkan aku dan pelawat membaca exif gambar tersebut.

Ada beberapa lagi keistimewaan flickr ini sehingga aku jatuh cinta dengannya. Tak percaya. Cuba la. Korang boleh melawat online photo album aku yang baru di sini (http://photo.dobot.com.my).

Nota selitan: Penulis tida mendapat sebarang bayaran pun di dalam usaha mempromosikan Flickr ini. Ia semata-mata adalah pendapat penulis.

Selama ini aku menggunakan perisian Firefox secara percuma. Dan, dah hampir 3 tahun aku menggunakan firefox. Aku suka browser ini berbanding Internet Explorer. Jadi, sepanjang 3 tahun nie, Firefox tak pernah mengenakan satu sen pun bayaran kepada aku dan mereka yang menggunakan Firefox.

Oleh yang demikian, aku ingin mengajak kengkawan aku bersama-sama kita memuat-turun perisian Firefox version 3 pada keesokkan hari (17 Jun 2007) kerana, mereka (pembuat firefox) akan mencatatkan rekod muat turun terbanyak dalam masa 24 jam. Apasalahnya kita support mereka, walhal sesen pun tak pernah keluar duit kita. Beginilah cara kita boleh support Firefox. Moh pakai Firefox 3.

Sehingga kini seramai 1,295,791 orang telah memasukkan diri dalam senarai pendownload. Di Malaysia sahaja, sebanyak 7,417 orang telah mendaftar. Untuk mendaftar, pergi ke lama 'Download Day'.

Dalam masa 5 hari aku telah meng'download' 10GB drama bersiri 'Smallville'. Cerita nie dah lama, tapi aku tak pernah tengok. So, aku memulakan dengan Musim Pertama. Member aku cakap, cerita dah lama baru nak tengok ker? Hehehhe…sebab orang cakap sedap dan aku boleh download bergig-gig sebab tu aku download.

Aku menggunakan Rapidshare sebagai medium download aku. Yang pasti, aku dah lama tidak menggunakan torrent atau Ares. Atau P2P yang lain. Ini kerana aku menggunakan medium yang mengguna cara lain, dengan nama lain. Aku tak perlu share file yang telah di download kembali dan aku tak perlu tunggu 'Wait time ratio'.

Rapidshare memberi kita 25GB data download dalam masa 5 hari. Kemudian ia akan kosong balik. Perghhh…banyak tu. Dengan tindakan TMNut mengawal bandwidth P2P, rapidshare merupakan sesuatu alternatif yang lain. Sekali download, aku boleh mencapai purata kelajuan 110kbps. Dalam masa 1- 2 jam satu series boleh do download. Perghh…kagum aku. Tapi, apa yang perlu kita buat adalah perlu bayar kepada service nie. Aku bayar lebih kurang RM180 untuk tempoh 6 bulan. Worth it tak? kalau korang kaki download., memang worth it. Tapi, kalau setakat nak download 1-3GB jek, Tak perlu. Baik pakai Torrent jek. Kalau korang tak percaya, cuba bayar untuk satu bulan. Pasti korang akan terasa kelainannya. (Sebab aku dah kena…heheheh…)

Buat masa sekarang, ISP kita (ataupun TMnut) tidak lagik meng'haram'kan penggunaan Rapidshare. Entah la, tak tahu satu hari nanti camner?

Ini contoh screenshot aku.

Kepada Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan 'bandwidth' pengguna yang lain.

Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara 'online'.

Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak 'bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan 'surfing' mahupun 'chatting'. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi 'bandwidth'.

Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah 'link' adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, 'web browsing' mahupun 'video streaming'.

TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti 'bandwidth' untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".   
 
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 

Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.net.my

(ICOMS#5147727-327617)

Terima kasih banyak-banyak kepada pembekal terhebat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ini. Mereka telah melangkah 4 langkah lebih laju daripada sebelum ini. Aku merasa berbangga dengan pencapaian syarikat yang menyediakan jalur lebar ini. Terima Kasih TmNet.

Walaupun begitu, aku marasakan korang (TmNet) nie terlalu cekik darah. Untuk pengguna rumah, korang meletakkan RM268 sebulan untuk perkhidmatan baru korang nie. Pakej baru yang dibuat adalah '4.0 Mbps Streamyx package'. Walau selaju mana pun, kalau P2P (peer 2 peer) masih dikawal (throttling) pun tak guna jugak. Harga mahal untuk apa? Surf laju? tak cukup laju ker sekarang nie? Bagi aku, speed 1Mbps sudah cukup laju untuk surfing. Aku ulangi, 'untuk surfing/melayari internet' sahaja. Bukan untuk P2P atau torrent. Apa gunanya kalau line kelajuan sehingga 4Mbps, tapi kalau download torrent tu hanya boleh sampai 2-3kbps. Hoii!!! berapa banyak beza tu???!!!.

Ok la, kepada yang buta IT tu. Meh sini aku terangkan macam mana konsep TmNut nie yang semakin hari semakin GILA dan MONOPOLI nie. Bayangkan korang nak pergi ke KLIA. Perasan tak highway yang kat KLIA tu ada berapa line? ada 4 line kan? Ini bermakna, highway tu lebar kan? Korang tau tak berapa maximum speed kereta korang masa jalan kat situ? 180km/j tu dah kira paling laju la. Tapi, dengan highway yang lebar tu, dengan kereta korang yang canggih dan jalan highway tu yang kosong, KORANG CUMA BOLEH PANDU BAWAH 110km/j sahaja padahal korang leh hentam sampai 180km/j. Disebabkan ada polis yang dok kawal highway tu dan memerhatikan kelajuan kereta korang, korang tak leh bawak lebih daripada 120km/j.

Di dalam situasi di atas, berikut adalah metaphor situasi nie

  • Highway KLIA = speed 4Mbps
  • Kereta canggih = PC yang hebat
  • Polis = TmNut
  • Speed bawah 110km/j = speed kalau korang nak download P2P macam torrent tu (throttling).

Ok la, hentikan jek la promosi macam nie. Baik TmNet gunakan duit tu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar. Ado jugak kebaikkannya. Ok la, den maleh nak cerita pasal TmNut (den cuma nak bagi tau pasal pakej GILO nie). Dah berlambak entri aku pasal TmNut nie, tapi apakan daya…Aku 'tidak mempunyai pilihan'.

Nota kaki: Aku jarang guna huruf besar dalam penulisan blog aku. Tapi, aku terpaksa langgar peraturan netiquette.

Aku dah daftar Maxis Wireless broadband. Selama 3 minggu dah. Tak dapat-dapat jugak. Serba salah aku nak guna ker tak??? Geram pun ada. Rasa nak maki hamun Maxis pun ada jugak. Tapi, tiap-tiap bulan aku sumbat duit untuk Maxis tu untuk bill phone aku.

BERNAMA hari nie cakap, esok kerajaan nak umumkan sapa yang akan dapat lesen WiMax. Cuma satu jek, aku berharap sangat-sangat dan sangat supaya Maxis tak dapat lesen tu. Kerajaan cakap diorang nak bagi 4 pembekal sahaja. Tapi, diperingkat awal diorang nak lantik 2 jek.

Aku kalau boleh, tak mahu dengan nama Maxis atau Celcom lagik. Aku nak orang lain yang ada dalam dunia broadband nie. Tolong la. Aku sebenarnya dah bosan dengan provider sekarang. Celcom…kenapa aku tak suka? Celcom di bawah Telekom Malaysia. Begitu juga TmNet. Polisi yang diamalkan oleh TmNet sekarang menyakitkan hati. Diorang dah mula memerhatikan connection kita dengan melimitkan sesetengah data kepada kita terutama P2P port.

Maxis??? Ini lagik aku geram. Limit 3GB untuk sebulan. Ini dipanggil `unlimited`??? kepala ho**k diorang la. Tapi, aku terpaksa pakai. Sebab apa aku kena pakai service yang bangang nie??? sebab aku tak ada pilihan. Aku ulang la balik. SEBAB AKU TAK ADA PILIHAN. Bukan aku jek tak ada pilihan, korang tanya la sesapa yang tahu pasal perkembangan internet kat negara kita nie. Semua tak puas hati dengan service yang ada sekarang.

Harapan aku, kalau ada service yang baru ini satu hari negara kita nie akan mendapat service yang murah, affordable, konsisten, dan mesra pelanggan. Inilah jadinya jika negara kita dimonopoli oleh beberapa syarikat. Aduiii

 

Nota : Aku dah bosan cerita pasal pembekal internet (ISP) kat Malaysia. Diorang semua hampassss!!! (sorry, emo skit) 

 

 

Next Page »