Kehadapan kekasih ku di sana

Maafkan aku, kerana tahun ini aku tidak dapat beraya bersama mu, wahai kekasih ku. Aku perlu memberi perhatian kepada isteri dan anak-anakku. Sehingga aku terlupa padamu.

Walaupun nampak kejam, membiarkan dirimu seorang diri di dalam rumah. Tapi, percayalah sayang… Ia untuk kebaikkan kita bersama. Selamat Hari Raya, wahai kekasih gelapku.

Erkkk, selamat berbuka. Kalau you puasa la. Huhuhu

Bukan niatku untuk membiarkan mu seorang diri sayang. Tapi, ia untuk kebaikkan kita bersama.

Bukan niatku untuk membiarkan mu seorang diri sayang. Tapi, ia untuk kebaikkan kita bersama.

Posted with BlackBerry via Celcom Axiata.

Mantai

Jika ditanya generasi masa kini, tidak ramai yang mengetahui mengenai adat memantai (menyembelih binatang) menjelang Aidilfitri, antara warisan unik yang masih diamalkan masyarakat Minangkabau di negara ini. Entah di mana silapnya, adat ini yang masih diamalkan di beberapa perkampungan di Selangor dan Negeri Sembilan seakan dilupakan. Tuntutan gaya hidup moden menyebabkan ramai yang memilih untuk membeli daging di gerai.

Semalam, tempat aku bekerja membuat aktiviti memantai. Alhamdulillah, acara bermula jam 11 malam dan berakhir jam 2 pagi. Aku sebenarnya malas nak buat masa siang. Sebab ia akan mengganggu masa kerja. Selain dari itu, kalau hari siang kebanyakkan staff aku yang muda-muda tu malas nak memantai sebab tak dapat merokok/makan.

Mengikut cerita orang tua-tua, adat ini asalnya diadakan pada hari mantai iaitu hari melihat anak bulan bagi menentukan tarikh hari raya. Tapi, disebabkan ramai yang mintak cuti awal, jadi aku tak buat memantai pada hari mantai iaitu masa melihat anak bulan. Selain daripada itu, kemeriahan adat ini tidak hanya membabitkan kita bergotong-royong melapah daging, tetapi merangkumi keseluruhan persediaan mereka menyambut lebaran seperti membakar lemang, buat rendang dan lelain lagik.

Selamat Hari Raya kepada semua staff PTH Jelai Gemas. Maafkan aku jika ada terkasar bahasa atau menguris perasaan korang. Dah nak buek macamano? Dah memang kojo den. Maaf yoooo….

Posted with BlackBerry via Celcom Axiata.

Operasi melapah

Operasi melapah

Kedai motor dobot

Kedai motor dobot

Kedai motor dobot

Sila-sila datang kedai motor den. Den baru jo bukak kodai motor nie. Sebenarnya, ini bukan kodai motor den. Aku sendiri pun tak pernah nampak kedai nie. Tapi, aku tahu kedai nie wujud.

Sebelum nie, ada kawan aku call aku. “Weh Bot, bila kor bukak kodai motor nie?” Masa tu agak terkejut beruk jugak la aku. Tak pasal-pasal orang kato den bukak kodai motor. Piston pun aku tak kenal, inikan pulak nak bukak kedai motor. Waleheiiii….

Aku pernah nak daftar syarikat yang ada nama atau perkataan ‘dobot’, bukan apa cuma nak daftar jek. Tapi, orang kat SSM tu tak bagi sebab dia kata nama nie lain macam jek bunyinya. Ada bunyi lucah ker? Tapi, sekarang dah ada orang yang buat jadi aku rasa tak jadi masalah kalau buat kot. Di blog aku nie, aku nak mengucapkan terima kasih kerana korang secara tidak langsung telah menglamerkan nama aku nie. Kalau owner kedai motor tu ada terbaca blog aku nie, aku cuma nak tau jek. Macamana korang leh dapat nama ‘doBot’ tu? At least kita leh buat ‘Persatuan dobot seMalaysia’. Haaa… Amacam?

Aku jugak nak ucapkan terima kasih kepada kawan aku, Farah sebab mengsnap gambar nie. Katanya kat Taman Equine dekat ngan UPM, entah la sebelah mana. Pasti, satu hari nanti aku akan bawak motor aku ke ‘Kedai motor dobot’ nie. Dalam mudah.my pun ada iklan kedai motor nie. Huhuhu

Wahhh… Nama aku dah komersial nie. Leh la aku buat lepas nie, Klinik Ternakan doBot’. Erkkk, dah ada ke klinik lombu dan korbau kek Malaysia nie? Mungkin….

Posted with BlackBerry via Celcom Axiata.

BBMe

BBMc

BBMe

Dah lama aku tak update blog aku nie. Bukan sebab apa, masalah utama kenapa aku tak update sebab aku malas. Hahahah… Memang sungguh berterus terang aku kan???

Aku nak cuba post gambar menggunakan Blackberry client pada blackberry nie. Siapa yang ada BB, nanti korang add aku dalam list ek. BBMe kay…. (Haha, macam orang muda lak cakap kayyy).

Ok la, nanti aku update lagik.

Posted with BlackBerry via Celcom Axiata.

Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan memberi justifikasi? Hari tu, aku adalah letak status dalam facebook aku mengenai justifikasi kenaikkan harga mas kahwin di Selangor. Rata-rata yang memberi komen di dalam fesbuk aku menyangka aku tidak bersetuju dengan kenaikkan harga mas kahwin. Aku bukan mengatakan ketidaksetujuan aku mengenai kenaikkan harga mas kahwin. Aku hanya perlukan justifikasi. Tidak lebih dari itu.

Dalam kehidupan seharian kita pun memerlukan justifikasi. Begitu juga di dalam tugasan kita. Kengkadang boss kita meminta justifikasi kepada tugasan yang diberikan. Aku masa memula kerja dulu, mengelabah jugak. Bila aku bagi cadangan/permohonan, boss minta justifikasi. Dalam hati aku, mesti boss akan reject cadangan/permohonan aku. Berbalik kepada perenggan di atas, adakah dengan meminta justifikasi bermaksud tidak setuju?

Mungkin kita sudah terbiasa dengan apa yang kita selalu alami. Minta justifikasi = tak setuju/dapat. Rupanya tidak, jika boss meminta kita memberi justifikasi, ia tidak bermakna cadangan/permohonan itu tidak setuju/dapat. Mungkin ia memerlukan penjelasan mengenai perkara tersebut. Atau, sekadar nak menakut-nakutkan anak buah? Atau ingin membuat penilaian mengenai tahap keyakinan anak buah? Atau ada agenda lain. Kengkadang, dengan memberikan justifikasi yang berkeyakinan dapat menyelamatkan diri kita. Erkkk…yang ini bukan dalam kerja ek? Kalau korang balik lambat rumah, nanti orang rumah tanya, “Kenapa balik lambat???”. Maka, berilah justifikasi dengan penuh keyakinan. Hehehe…. :)

Disclaimer: Sent from my BlackBerry® via Celcom Mobile.

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk blog ini (caption)

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk blog ini

Jalan sesak


Hari tu, masa aku nak balik Seremban sebelum start puasa. Jalan kat highway banyak yang jammed. Mungkin sebab esok nak puasa, sebab tu banyak kereta kat highway. Situasi yang sama boleh dilihat menjelang raya kelak.

Send via BlackBerry Celcom Mobile.

MRSM ku…


Nasib baik hari nie abis kursus awal. Urusetia lari skit dari jadual asal. Ok la tu, aku bertolak dari Felda Residence Tekam pukul 12 tengahari. Aku malas nak makan tengah hari kat sana sebab aku nak pergi pejabat dulu. Hantar kereta yang aku pinjam dari Jabatan.

Jalan yang aku lalui untuk pulang ke Gemas adalah, dari Gugusan Felda Jengka ke Temerloh ke Triang ke Kemayan ke Bandar Baru Jempol ke Bahau dan akhirnya sampai ke PTH Jelai Gemas. Nasib baik ada En. Garmin yang meneman aku memandu hari nie. Kalau tak, sesat jugak aku terutama masa nak pergi cari tempat kursus ini dulu.

Di Bandar Baru Jempol, aku berehat sebentar. Aku kagum. Kat sini la tempat aku belajar dulu. Suatu ketika dulu pada sekitar tahun 90an, aku pernah duduk kat sini dan di sini la tempat aku menimba ilmu. Tempat itu adalah, MRSM Serting. Untuk pengetahuan pembaca blog aku, gambar rumah kayu tu adalah tempat masa zaman aku form 4 dulu keluar malam atau dengan nama lain dipanggil ‘fly’. Nampakkan atap warna merah tu. Haa… Tu la MRSM aku dulu. Masa zaman form 4 dulu, kalau nak fly malam memang tak ada tempat yang nak dituju. Melainkan pergi ke rumah kuaters Felda ini untuk membeli rokok. Sebab ada mak cik kat sini buat rumah jadi kedai.

Zaman kecik-kecik dulu memang seronok. Ada kawan aku tu, nak ikut aku fly. Aku cakap, jangan. Nanti kor tak larat lari, bila bertembung ngan pak guard. Aku pada masa tu boleh dikatakan fit dan kurus. Bayangkan, pagar 5 kaki aku boleh lompat sekali jek. Erkkk… Korang caya tak aku masa form 4 dulu kurus dan fit. Hahahaha…percaya la.

Ok la, disebabkan kesian punya pasal, aku pun membawa kawan aku nie fly bersama-sama. Aku pun hairan, apasal dia nak ikut aku?. Padahal dia tak isap rokok. Bila dah kat kedai, rasa macam nak sepak terajang jek member aku nie, sebab dia cuma nak beli ais krim. Cisss… Buat penat jek ajak.

Sekarang, tempat ini dah maju dan cantik. Andaikata aku belajar kat sana zaman sekarang nie. Mesti kedai mak cik jual rokok tu tak laku. Terlalu banyak kedai dah ada kat sini. Dah ada stesen minyak, kedai Dmart dan lain-lain. Cepat betul pembangunan kat Serting nie.

Aku nak masuk dalam, nak tengok keadaan MRSM tu sekarang, sebab aku tengok dah banyak bangunan baru kat dalam tu sekarang. Tapi, disebabkan ada jaga. Aku membatalkan niat aku untuk masuk ke dalam. Kat gambar lagi satu tu, itu merupakan pintu jaga lama. Kat sini la kiterorang akan berkumpul bila outing. Kat sini la, aku punya kotak biskut kena koyak dengan pak guard sebab aku disuspect membawa rokok ke dalam. Aduhh… Macam-macam kenangan aku kat sini.

Aku termenung memandang MRSM ku ini…sesekali aku tersengih. Aku bangga menjadi anak MRSM nie, walaupun aku dibuang dari MRSM ini pada form 5. Sesekali, terbayang kengkawan aku yang sama-sama kena buang dulu. Begitu banyak kenangan manis…

Dan, aku tersengih sekali lagi sebelum memasukkan gear satu kereta Jabatan nie. Aku bangga ngan kengkawan aku yang sesama kena buang sebab kita orang pertama kena buang dari MRSM nie Walaupun kita di hina dan dicaci oleh cikgu dulu.

Kini… kita telah menjadi ‘orang’. Terima kasih banyak-banyak, cikgu.