Surat daripada TmNut

Kepada Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan 'bandwidth' pengguna yang lain.

Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara 'online'.

Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak 'bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan 'surfing' mahupun 'chatting'. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi 'bandwidth'.

Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah 'link' adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, 'web browsing' mahupun 'video streaming'.

TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti 'bandwidth' untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".   
 
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 

Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.net.my

(ICOMS#5147727-327617)

Terima Kasih TmNet

Terima kasih banyak-banyak kepada pembekal terhebat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ini. Mereka telah melangkah 4 langkah lebih laju daripada sebelum ini. Aku merasa berbangga dengan pencapaian syarikat yang menyediakan jalur lebar ini. Terima Kasih TmNet.

Walaupun begitu, aku marasakan korang (TmNet) nie terlalu cekik darah. Untuk pengguna rumah, korang meletakkan RM268 sebulan untuk perkhidmatan baru korang nie. Pakej baru yang dibuat adalah '4.0 Mbps Streamyx package'. Walau selaju mana pun, kalau P2P (peer 2 peer) masih dikawal (throttling) pun tak guna jugak. Harga mahal untuk apa? Surf laju? tak cukup laju ker sekarang nie? Bagi aku, speed 1Mbps sudah cukup laju untuk surfing. Aku ulangi, 'untuk surfing/melayari internet' sahaja. Bukan untuk P2P atau torrent. Apa gunanya kalau line kelajuan sehingga 4Mbps, tapi kalau download torrent tu hanya boleh sampai 2-3kbps. Hoii!!! berapa banyak beza tu???!!!.

Ok la, kepada yang buta IT tu. Meh sini aku terangkan macam mana konsep TmNut nie yang semakin hari semakin GILA dan MONOPOLI nie. Bayangkan korang nak pergi ke KLIA. Perasan tak highway yang kat KLIA tu ada berapa line? ada 4 line kan? Ini bermakna, highway tu lebar kan? Korang tau tak berapa maximum speed kereta korang masa jalan kat situ? 180km/j tu dah kira paling laju la. Tapi, dengan highway yang lebar tu, dengan kereta korang yang canggih dan jalan highway tu yang kosong, KORANG CUMA BOLEH PANDU BAWAH 110km/j sahaja padahal korang leh hentam sampai 180km/j. Disebabkan ada polis yang dok kawal highway tu dan memerhatikan kelajuan kereta korang, korang tak leh bawak lebih daripada 120km/j.

Di dalam situasi di atas, berikut adalah metaphor situasi nie

  • Highway KLIA = speed 4Mbps
  • Kereta canggih = PC yang hebat
  • Polis = TmNut
  • Speed bawah 110km/j = speed kalau korang nak download P2P macam torrent tu (throttling).

Ok la, hentikan jek la promosi macam nie. Baik TmNet gunakan duit tu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar. Ado jugak kebaikkannya. Ok la, den maleh nak cerita pasal TmNut (den cuma nak bagi tau pasal pakej GILO nie). Dah berlambak entri aku pasal TmNut nie, tapi apakan daya…Aku 'tidak mempunyai pilihan'.

Nota kaki: Aku jarang guna huruf besar dalam penulisan blog aku. Tapi, aku terpaksa langgar peraturan netiquette.

Apa pilihan yang aku ada???

Aku dah daftar Maxis Wireless broadband. Selama 3 minggu dah. Tak dapat-dapat jugak. Serba salah aku nak guna ker tak??? Geram pun ada. Rasa nak maki hamun Maxis pun ada jugak. Tapi, tiap-tiap bulan aku sumbat duit untuk Maxis tu untuk bill phone aku.

BERNAMA hari nie cakap, esok kerajaan nak umumkan sapa yang akan dapat lesen WiMax. Cuma satu jek, aku berharap sangat-sangat dan sangat supaya Maxis tak dapat lesen tu. Kerajaan cakap diorang nak bagi 4 pembekal sahaja. Tapi, diperingkat awal diorang nak lantik 2 jek.

Aku kalau boleh, tak mahu dengan nama Maxis atau Celcom lagik. Aku nak orang lain yang ada dalam dunia broadband nie. Tolong la. Aku sebenarnya dah bosan dengan provider sekarang. Celcom…kenapa aku tak suka? Celcom di bawah Telekom Malaysia. Begitu juga TmNet. Polisi yang diamalkan oleh TmNet sekarang menyakitkan hati. Diorang dah mula memerhatikan connection kita dengan melimitkan sesetengah data kepada kita terutama P2P port.

Maxis??? Ini lagik aku geram. Limit 3GB untuk sebulan. Ini dipanggil `unlimited`??? kepala ho**k diorang la. Tapi, aku terpaksa pakai. Sebab apa aku kena pakai service yang bangang nie??? sebab aku tak ada pilihan. Aku ulang la balik. SEBAB AKU TAK ADA PILIHAN. Bukan aku jek tak ada pilihan, korang tanya la sesapa yang tahu pasal perkembangan internet kat negara kita nie. Semua tak puas hati dengan service yang ada sekarang.

Harapan aku, kalau ada service yang baru ini satu hari negara kita nie akan mendapat service yang murah, affordable, konsisten, dan mesra pelanggan. Inilah jadinya jika negara kita dimonopoli oleh beberapa syarikat. Aduiii

 

Nota : Aku dah bosan cerita pasal pembekal internet (ISP) kat Malaysia. Diorang semua hampassss!!! (sorry, emo skit) 

 

 

Lagi surat untuk ‘TmNut’

Aku dapat link blog seorang rakan ini daripada abang aku . Bila aku membacanya, aku terasa betapa kiter terpaksa menelan sesuatu yang kita tak nak telan. Kire macam makan ubat. Walaupun ubat tu pahit, kita tak ada pilihan lain untuk sembuh melainkan makan ubat tu jugak. Mmmm…entah la.

Berikut adalah beberapa hasil tulisan beliau . Untuk pembacaan lebih lanjut, korang boleh klik sini.

"Saya berpandangan bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melakukan satu monopoli besar kepada majoriti rakyat Malaysia. Dan monopoli ini sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan kepada kita selaku rakyat Malaysia yang semakin dihimpit dengan inflasi. Monopoli dalam bidang bisnes adalah sesuatu yang tidak bagus. Dan kes ini lebih kurang sama seperti mana monopoli Microsoft di dalam dunia komputer – pengguna tidak punya banyak pilihan dan akhirnya terpaksa membayar harga paras cekik darah walaupun servis yang diberikan sangat menghampakan."

"Dan apa gunanya MSC jika ia tidak mampu menyelesaikan rungutan pengguna yang sudah berlaku sejak sekian lama? MSC hanya pada nama sahajakah?"

" Dan dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa teguran saya kepada TM tidak akan menyebabkan syarikat korporat itu membuat dan memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi jika Bill Gates, atau mungkin sekadar pak menakan Bill Gates menegur perkhidmatan TM, maka percayalah..esok juga Telekom Malaysia akan bertindak."


Lepas tu, tetiba ada sorang yang pro kepada TmNut memberi komen di dalam blog beliau. MMM….macam-macam. Yang jadi mangsanya, pengguna yang merasakan terpaksa telan 'ubat' tu. Ini komen pro TmNut di dalam blog Hembusan .

"TM tak sepenuhnya bersalah…TM tak pernah nak mengenakan pengguna dengan caj yang mahal tapi servis yang teruk…Kita sedia maklum TM adalah GLC (Government Linked Company)..sebahagian besar keuntungan terpaksa disalurkan ke kerajaan itu tak termasuk kroni politik yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan asyik menghimpit TM untuk dapat projek..TM juga kena sponsor macam-macam contohnya Liga TM, Tour De Langkawi..itu semua arahan dari kerajaan…manakala polisi MCMC pula selalu tidak menyebelahi TM sebaliknya meyebelahi pesaing seperti Maxis dan DiGi. Ketika era telekomunikasi semakin maju org semakin ramai yang meggunakan handphone…utk set-up satu pemancar/penerima frekuensi handphone tidak semahal nak setup satu exchange Telekom. Sebenarnya keuntungan TM semakin susut setiap bulan di sebabkan permainan yang tidak adil oleh pesaing…Perlu di ingat di TM ada lebh 25,000 kakitangan yang mana 90% adalah melayu(Islam)…berbanding di Maxis dan Digi yang hanya ada lebih kurang 2000 kakitangan sahaja."

"Meraka tak perlu melabur dgn jumlah yang besar utk setup keperluan komunikasi mereka dan tidak terikat dengan taja menaja ni…dan sekarang TM terpaksa mengurangkan staffnya yang kebanyakannya dikalangan saudara seagama kita. Mereka semua dalam kerisauan tentang nasib masa depan mereka…dan kaum cina perlahan-lahan semakin ramai yang masuk dalam TM. 2 anak syarikat TM, VADS dan TMNet CEO nya adalah berbangsa cina dan mereka sedang giat memasukkan pekerja baru dikalangan bangsa mereka…TM sebenarnya dalam keadaan tangan yang terikat….Macam mana orang dalam keadaan tangan terikat nak meyuap kepada kamu??…Kementerian Tenaga dan Komunikasi Lim Kheng Yaik pula perlahan-lahan sedang membantu kaum cina utk memonopoli pula segmen perniagaan berteraskan IT dan Komunikasi dengan pelbagai undang-undang baru yang tidak menyebelahi TM malah akan membunuh TM."

"Kita mudah membuat tafsiran tanpa menyelidik dahulu dan meyebarkan kebencian tanpa memikirkan risikonya secara keseluruhan…berapa orang dikalangan kamu yang menggunakan 019 atau 013…kalau kita tidak support siapa lagi.."

"Kita lebih rela support company bukan Islam yang secara tidak langsung menghumban saudara seagama kita dalam keadaan tidak menentu masa depannya…"

"Nasihat saya….kalau kita tidak tahu cerita atau keadaan sebenar janganlah cuba nak membuat penilaian sendiri..Islam tidak maju kerana sesama umatnya tidak saling menyokong….malah secara tidak disedari kita membunuh saudara sendiri….kamu nak boikot TM sapa yg untung??????…dalam TM saja org Islam ada kedudukan tinggi..dalam Maxis dan Digi…jangan harap….adalah beberpa muka melayu nak cukupkan syarat…pekerja bawahan melayu..supervisor bukan melayu…org melayu kerja bawahan nak naik pangkat ???…tanya mereka yang kerja maxis dan digi…Kamu duduk diluar memang senang nak menghentam….mari ler jadi CEO kat TM jaga kebajikan 25,000 staff dengan pendapatan TM yg semakin susut setiap hari…Sebelum menghentam saudara kita kaji masalah dia dulu..bukankah itu sifat yang diperlu dalam agama kita?"

"Selepas ini lesen WiMax akan diberi pula kepada pesaing TMNet…so fikirlah sendiri…kalau skrg pegangan kita 18%.. Selepas ini maybe 8% sahaja?….Fikir kesannya kepada kuli yang kerja utk TM dan nasib mereka…So masa itu giliran kamu pula 'bersorak sorai'….melihat saudara seagama kita meraba-raba menghabiskan sisa hidup mereka."

Untuk membaca entri penuh, sila ke blog Hembusan

Nampak macam best

Pagi tadi, aku cukup tertarik dengan tajuk akhbar Utusan.'Internet Malaysia',lebih kurang macam tu la tajuk akhbar hari nie. Mungkin ramai yang tak sedar,internet Malaysia selama ini berhubung dengan Singapura dan US. Aku dah lama sedar benda nie, sebab tu aku cukup tak suka dengan pembangunan internet di Malaysia.

Tadi, Buletin Utama ada tunjuk pasal harga gula. Diaorang cakap gula kat negara kita nie dimonopoli oleh pengeluar gula sahaja,tak ada import. Sedar tak sedar,internet kite jugak dimonopoli. Kononnya,penyedia jalur lebar utama di Malaysia. Cait!, bagi aku sewa yang dikenakan oleh penyedia ini, amat tidak berpatutan. Tiap-tiap bulan, aku kena bayar RM99 semata-mata untuk internet. Dan lebih membanggakan penyedia internet ini bila diorang claim,'Broadband termurah di negara ini'. Jadi,terpaksa la aku guna,sebab ia adalah salah satu jalur lebar ter'murah' di Malaysia. Harapan aku,apabila Malaysia telah ada 'internet' sendiri,harga yang dikenakan berpatutan dan tidak membebankan pengguna. Dan,yang paling penting, aku berharap lebih banyak penyedia internet di Malaysia ini. Jadi,kiter tak perlulah berharap pada 'TmNut' je.

Lagi satu isu internet yang menarik perhatian aku masa buletin utama aku tadi ialah,mengenai 3G yang diwar-warkan oleh Maxis. Maxis mengatakan pada tahun 2009 nanti, 60% kawasan Malaysia akan diliputi oleh 3G!. Perghhh! caya la Maxis. Lebih mengejutkan aku lagi, Maxis akan menggunakan 'Wimax' (cari kat google,kalau nak tahu wimax tu apa). Cuma satu harapan aku, kalau boleh sediakan jalur lebar di kawasan pendalaman, macam tempat aku sekarang nie.

Orang cakap,kite tak boleh hidup tanpa air dan letrik. Betul,tapi aku tak boleh kalau tak ada internet. Mati kutu aku. Biarlah tak ada Astro, asalkan ada internet. Kalau ikutkan hati,nak jek aku browse internet nie guna N70 nie. Tapi, charge WAP mahal gila. Cukup la sekadar aku dapat mengupdate blog aku nie. Aku meminta maaf kerana aku tak boleh update blog ini dengan meletakkan gambar,jadi…kepada kengkawan yang ingin melihat gambar, korang boleh la pergi ke http://dobot.mblog.com.my. Ok la, lenguh tangan aku dah nie. Ops,lagi satu…aku ingin bertanya kepada pembaca blog aku jika korang ada nak menjual laptop dengan harga yang berpatutan? kalau ada, bagi tau yek. Thanks.

dobot@moblog

Mmmm… esok aku start tempat kerja baru. Mungkin agak susah nak masuk internet. Jadi, kalau ada kesempatan aku akan update platform baru aku untuk berblogging iaitu, di Mblog. Tapi, ini bukan platform utama. Ia hanya sekadar platform 'hinggap' jek. Ini kerana, aku tak tahu macam mana nak intergrasikan wordpress ngan nokia. Pening kepala aku. Kalau update via GPRS, hanya terhad kepada beberapa perkataan dan harganya agak mahal. Insya-Allah, aku akan try update melalui dobot@moblog jika tak berkesempatan masuk internet.

Apa itu moblog? Aku dapat artikel tu di sini, mana lagik kalau bukan wikipedia.


Moblog is a blend of the words mobile and weblog. A mobile weblog, or moblog, consists of content posted to the Internet from a mobile or portable device, such as a cellular phone or PDA. Moblogs generally involve technology which allows publishing from a mobile device.

Much of the earliest development of moblogs occurred in Japan, among the first countries in the world where camera phones (portable phones with built-in cameras) were widely commercially available.

The term "moblogging" itself was coined by Adam Greenfield to describe the practice in 2002. He went on to organise the First International Moblogging Conference (or 1IMC) in July 2003 in Tokyo, with the help of Paul Baron, Gen Kanai, Carsten Schwesig and Steve Graff. Less known about is the First International Love Hotel Moblogging Conference that took place a day before the real 1IMC event.

The art of the Moblog is that "a picture tells a thousand word." By posting pictures the Moblogger is able to allow the viewer to look through their eyes, to visually experience where he or she is and what he or she is doing. Words often do not describe what a picture can do very easily. Moblogging is becoming more widespread through the use of websites where anybody with a cameraphone and the ability to send pictures can create an account and participate by uploading pictures on the fly.

Testing GPRS

Waduh,aku tengah test hantar posting melalui phone. Seminggu aku tak update blog.Lain mcm rasanya tak update. Ok la,kpd kengkawan coursemate aku,semalam Aboo dari Mauritaus sms aku.Dia suruh aku bagi tau no. phone dia kat sini.Ini no. phone dia, +2307635720.Kepada sesiapa yang nak call,call la. Ok,mata dah mengantuk.Dah la aku tak mahir menaip guna keypad nie.Terhegeh-hegeh aku menaipnya.

Lagi-lagi TmNut

Korang ada pasang streamyx kat rumah??? mesti kebanyakkannya ada kan? dan ada yang tak ada kan? Korang tahu tak berapa bayaran yang dikenakan kepada first timer yang nak pasang streamyx? RM99 (untuk 1MB with modem) + RM75 + RM88 + RM50 = RM312.

Yang RM50 tu yang aku tak puas hati. RM50 adalah untuk kita bayar contractor kalau diorang datang rumah. Hanya untuk setup PC dan connect ke internet. Kalau orang tu pandai pasang, pun kena bayar jugak. Banyak tu RM50.

Case study
Semalam aku daftar streamyx untuk lecturer aku secara online. Aku buat pakej member get member. Ini bermakna, aku akan dapat rebate RM50 dan lecturer aku akan dapat rebate RM30. Semuanya berjalan lancar. Lepas tu, aku terpikir mengenai upah contractor tu. Perlu ker bayar, kalau pasang sendiri??? Ini kerana, streamyx ada satu pakej yang dipanggil ‘streamyx-in-a-box‘. Pakej ini membenarkan kita mengambil modem kita dan memasangnya sendiri ke PC kita.

Hari nie, aku pergi ke Telekom Kajang untuk mengambil modem untuk lecturer aku nie. Sebelum aku pergi, aku phone customer service. Mereka cakap, “Encik boleh datang ke mana-mana kedai Telekom, kemudian ambil modem untuk kawan encik tu”. Maknanya, aku boleh la amek modem untuk lecturer aku tu dan aku akan memasangnya di rumah dia. Tak perlu la lecturer aku tu bayar RM50.

Bila sampai Kajang, akak yang jaga meja tu buat muka confius. Dia pun tak tau agaknya. Lepas tu dia bangun dan tanya kawan dia.
“Dik, mintak maaf yea. Sesiapa yang register online, tak boleh pakai pakej ‘streamyx-in-a-box’.”

“Kalau ‘Member get member’ pun tak boleh pakai ‘streamyx-in-a-box’ ker???”

“Tak boleh jugak”

“Tapi, kenapa masa saya call customer service tadi dia cakap boleh?”

“Erk…” (sambil buat muka terkedu)

Aku nie cepat kesian kat orang, jenis malas nak tengking, jenis malas nak lawan. Aku terus meninggalkan akak yang tengah terkedu tu. Aku tau, sebab nama kompeni internet nie TmNut. Sebab tu aku malas nak melawan. Perkhidamatan lembab dan customer service lagik la lembab. Tak tau pasal produk syarikat korang kerja. Lain kali, tak perlu la cakap boleh amek modem kalau korang sendiri pun tak pasti. Cuba bayangkan kalau rumah orang tu 30km daripada kedai Telekom? bila sampai kedai Telekom, diorang cakap ‘tak boleh’. Padahal, customer service cakap ‘boleh’. Jangan makan gaji buta oiii!!! pergi study pasal kompeni korang kerja tu. Bukan apa, sebab korang nie ‘CUSTOMER SERVICE’. You should know more than other!!!. The more you know, the better!!!. If you said you are a leading internet service provider, it’s a shame for Malaysian, because you are spitting on your own face.

Erkk…ada tak memana pembaca blog aku yang kerja customer service??? apa yang korang buat kalau korang tak dapat jawap soalan client? adakah korang akan bertanya orang yang lebih arif sambil meletakkan ganggang telefon ke lagu yang ntah apa-apa ntah untuk client dengar???