Sebarkan firefox

Selama ini aku menggunakan perisian Firefox secara percuma. Dan, dah hampir 3 tahun aku menggunakan firefox. Aku suka browser ini berbanding Internet Explorer. Jadi, sepanjang 3 tahun nie, Firefox tak pernah mengenakan satu sen pun bayaran kepada aku dan mereka yang menggunakan Firefox.

Oleh yang demikian, aku ingin mengajak kengkawan aku bersama-sama kita memuat-turun perisian Firefox version 3 pada keesokkan hari (17 Jun 2007) kerana, mereka (pembuat firefox) akan mencatatkan rekod muat turun terbanyak dalam masa 24 jam. Apasalahnya kita support mereka, walhal sesen pun tak pernah keluar duit kita. Beginilah cara kita boleh support Firefox. Moh pakai Firefox 3.

Sehingga kini seramai 1,295,791 orang telah memasukkan diri dalam senarai pendownload. Di Malaysia sahaja, sebanyak 7,417 orang telah mendaftar. Untuk mendaftar, pergi ke lama 'Download Day'.

Penyedut bandwidth

Dalam masa 5 hari aku telah meng'download' 10GB drama bersiri 'Smallville'. Cerita nie dah lama, tapi aku tak pernah tengok. So, aku memulakan dengan Musim Pertama. Member aku cakap, cerita dah lama baru nak tengok ker? Hehehhe…sebab orang cakap sedap dan aku boleh download bergig-gig sebab tu aku download.

Aku menggunakan Rapidshare sebagai medium download aku. Yang pasti, aku dah lama tidak menggunakan torrent atau Ares. Atau P2P yang lain. Ini kerana aku menggunakan medium yang mengguna cara lain, dengan nama lain. Aku tak perlu share file yang telah di download kembali dan aku tak perlu tunggu 'Wait time ratio'.

Rapidshare memberi kita 25GB data download dalam masa 5 hari. Kemudian ia akan kosong balik. Perghhh…banyak tu. Dengan tindakan TMNut mengawal bandwidth P2P, rapidshare merupakan sesuatu alternatif yang lain. Sekali download, aku boleh mencapai purata kelajuan 110kbps. Dalam masa 1- 2 jam satu series boleh do download. Perghh…kagum aku. Tapi, apa yang perlu kita buat adalah perlu bayar kepada service nie. Aku bayar lebih kurang RM180 untuk tempoh 6 bulan. Worth it tak? kalau korang kaki download., memang worth it. Tapi, kalau setakat nak download 1-3GB jek, Tak perlu. Baik pakai Torrent jek. Kalau korang tak percaya, cuba bayar untuk satu bulan. Pasti korang akan terasa kelainannya. (Sebab aku dah kena…heheheh…)

Buat masa sekarang, ISP kita (ataupun TMnut) tidak lagik meng'haram'kan penggunaan Rapidshare. Entah la, tak tahu satu hari nanti camner?

Ini contoh screenshot aku.

Surat daripada TmNut

Kepada Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan 'bandwidth' pengguna yang lain.

Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara 'online'.

Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak 'bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan 'surfing' mahupun 'chatting'. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi 'bandwidth'.

Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah 'link' adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, 'web browsing' mahupun 'video streaming'.

TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti 'bandwidth' untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".   
 
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 

Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.net.my

(ICOMS#5147727-327617)

Terima Kasih TmNet

Terima kasih banyak-banyak kepada pembekal terhebat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ini. Mereka telah melangkah 4 langkah lebih laju daripada sebelum ini. Aku merasa berbangga dengan pencapaian syarikat yang menyediakan jalur lebar ini. Terima Kasih TmNet.

Walaupun begitu, aku marasakan korang (TmNet) nie terlalu cekik darah. Untuk pengguna rumah, korang meletakkan RM268 sebulan untuk perkhidmatan baru korang nie. Pakej baru yang dibuat adalah '4.0 Mbps Streamyx package'. Walau selaju mana pun, kalau P2P (peer 2 peer) masih dikawal (throttling) pun tak guna jugak. Harga mahal untuk apa? Surf laju? tak cukup laju ker sekarang nie? Bagi aku, speed 1Mbps sudah cukup laju untuk surfing. Aku ulangi, 'untuk surfing/melayari internet' sahaja. Bukan untuk P2P atau torrent. Apa gunanya kalau line kelajuan sehingga 4Mbps, tapi kalau download torrent tu hanya boleh sampai 2-3kbps. Hoii!!! berapa banyak beza tu???!!!.

Ok la, kepada yang buta IT tu. Meh sini aku terangkan macam mana konsep TmNut nie yang semakin hari semakin GILA dan MONOPOLI nie. Bayangkan korang nak pergi ke KLIA. Perasan tak highway yang kat KLIA tu ada berapa line? ada 4 line kan? Ini bermakna, highway tu lebar kan? Korang tau tak berapa maximum speed kereta korang masa jalan kat situ? 180km/j tu dah kira paling laju la. Tapi, dengan highway yang lebar tu, dengan kereta korang yang canggih dan jalan highway tu yang kosong, KORANG CUMA BOLEH PANDU BAWAH 110km/j sahaja padahal korang leh hentam sampai 180km/j. Disebabkan ada polis yang dok kawal highway tu dan memerhatikan kelajuan kereta korang, korang tak leh bawak lebih daripada 120km/j.

Di dalam situasi di atas, berikut adalah metaphor situasi nie

  • Highway KLIA = speed 4Mbps
  • Kereta canggih = PC yang hebat
  • Polis = TmNut
  • Speed bawah 110km/j = speed kalau korang nak download P2P macam torrent tu (throttling).

Ok la, hentikan jek la promosi macam nie. Baik TmNet gunakan duit tu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar. Ado jugak kebaikkannya. Ok la, den maleh nak cerita pasal TmNut (den cuma nak bagi tau pasal pakej GILO nie). Dah berlambak entri aku pasal TmNut nie, tapi apakan daya…Aku 'tidak mempunyai pilihan'.

Nota kaki: Aku jarang guna huruf besar dalam penulisan blog aku. Tapi, aku terpaksa langgar peraturan netiquette.

Apa pilihan yang aku ada???

Aku dah daftar Maxis Wireless broadband. Selama 3 minggu dah. Tak dapat-dapat jugak. Serba salah aku nak guna ker tak??? Geram pun ada. Rasa nak maki hamun Maxis pun ada jugak. Tapi, tiap-tiap bulan aku sumbat duit untuk Maxis tu untuk bill phone aku.

BERNAMA hari nie cakap, esok kerajaan nak umumkan sapa yang akan dapat lesen WiMax. Cuma satu jek, aku berharap sangat-sangat dan sangat supaya Maxis tak dapat lesen tu. Kerajaan cakap diorang nak bagi 4 pembekal sahaja. Tapi, diperingkat awal diorang nak lantik 2 jek.

Aku kalau boleh, tak mahu dengan nama Maxis atau Celcom lagik. Aku nak orang lain yang ada dalam dunia broadband nie. Tolong la. Aku sebenarnya dah bosan dengan provider sekarang. Celcom…kenapa aku tak suka? Celcom di bawah Telekom Malaysia. Begitu juga TmNet. Polisi yang diamalkan oleh TmNet sekarang menyakitkan hati. Diorang dah mula memerhatikan connection kita dengan melimitkan sesetengah data kepada kita terutama P2P port.

Maxis??? Ini lagik aku geram. Limit 3GB untuk sebulan. Ini dipanggil `unlimited`??? kepala ho**k diorang la. Tapi, aku terpaksa pakai. Sebab apa aku kena pakai service yang bangang nie??? sebab aku tak ada pilihan. Aku ulang la balik. SEBAB AKU TAK ADA PILIHAN. Bukan aku jek tak ada pilihan, korang tanya la sesapa yang tahu pasal perkembangan internet kat negara kita nie. Semua tak puas hati dengan service yang ada sekarang.

Harapan aku, kalau ada service yang baru ini satu hari negara kita nie akan mendapat service yang murah, affordable, konsisten, dan mesra pelanggan. Inilah jadinya jika negara kita dimonopoli oleh beberapa syarikat. Aduiii

 

Nota : Aku dah bosan cerita pasal pembekal internet (ISP) kat Malaysia. Diorang semua hampassss!!! (sorry, emo skit) 

 

 

MSN Live Messenger 8.1

Aku baru sahaja install Windows Vista ke dalam laptop aku. Pada aku, Windows Vista nie cantik dan banyak fuction yang terlalu 'baru'. Begitu juga dengan Office 2007. Kalau nak godek-godek, pun tak sempat nak abis. Aku menghadapi 2 masalah daripada Windows Vista ini.

Pening jugak nak pakai benda baru nie. Tapi, apasalahnya kita try. GUI Windows Vista dah hampir macam Macintosh. Tapi, tak tahu la yang mana satu lebih menarik sebab aku tak guna Macintosh. Aku menghadapi masalah untuk install MSN Messenger dalam laptop aku nie. Dan, aku tahu…dekat Malaysia nie ada ramai pengguna yang menggunakan laptop Acer. Aku tak tahu apa punca dia, ada yang cakap ia berpunca daripada kamera Orbicam yang ada pada Acer. Aku menggunakan Aspire 5580 dan ada kamera Orbicam.Aku juga menghadapi masalah untuk install Adobe Reader. Tapi, Alhamdulillah…akhirnya aku dapat install jugak.

Aku mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk menyelesaikan masalah ini. Dan, sungguh aku tak sangka yang masalah ini hanya berpunca daripada Acer. Bukan Windows Vista. Korang tahu tak, aku dah siap maki hamun Bill Gates lagik. Hahahah…cian kor Bill Gates sebab kena maki hamun ngan aku kerana membuat OS yang makin menyusahkan pengguna.

Ok, kepada mereka yang tak dapat install MSN Messenger, korang pergi link ini. Di sini mereka (Acer) akan memberi tahu kenapa masalah ini terjadi dan korang kena install patch yang disediakan. Pelbagai tentative diagnosis yang diorang bagi, dan aku mencuba semuanya. Tapi tak jadi. Akhirnya, menjadi juga bila aku patchkan installer daripada Acer nie. Ok Selamat mencuba…diharap ia dapat membantu anda. Ops, lagi satu…pastikan korang pakai MSN Live Messenger 8.1, sebab aku guna yang tu. Kalau tak guna…aku pun tak tahu apa akan jadi. huhuhuhu…

It’s not easy to be me

Banyak-banyak hero yang aku tak suka adalah Superman. Bukan kerana dia pakai spendar kat luar, bukan kerana dia hensem, bukan kerana rambut dia ada gulung 'S' dan bukannya kerana dia ada Lois Lane. Sebab kenapa aku tak suka dia adalah kerana dia seekor makhluk asing. Ish, is't not easy to be Superman. Dan kekuatan dia terlalu melampau. Bayangkan jika ada 10 orang Superman. Aku yakin, dalam sepuluh nie mesti ada yang jahat. Sedangkan Spiderman yang sorang tu pun ada diri jahat dalam diri dia (tunggu Spiderman 3 bulan May nie). Inikan seorang makhluk asing. Aduh…

Erkk…sebenarnya aku cuma nak cerita pasal game Superman yang aku baru main tadi (klik sini untuk ke website rasmi). Mak oiii!!! aku ingat senang jadi Superman nie, rupanya susah jugak. Dekat 30 minit aku nak settle satu mission jek. Yang tak acinya game nie, Superman dalam game nie tak leh mati (sama la macam Superman dalam tv tu). Itu yang aku tak puas hati nie. Walau kena peluru besar mana pun, Superman nie tak akan mati. Apa yang membuatkan kita kalah jika main game nie adalah jika ita gagal menyelamatkan atau mempertahankan Metropolis daripada musnah. Wah!!! hebat betul Superman nie. Hanya Kryptonite jek leh menewakan dia. Tak aci sungguh. Bagi aku game nie tak menarik. Aku baru main jek, dah bosan. Pertama, gambar dia yang kurang merangsangkan dan yang kedua, sebab Superman tu sendiri. Hahahaha…memang aku tak suka Superman pun.

Erk…tinggal 4 hari jek lagik aku boleh merehatkan diri aku. Buat masa sekarang, aku sedang bercuti kerana mendapat tawaran kerja di tempat lain. Jadi, aku mengisi masa cuti aku nie dengan melayan game saat-saat akhir untuk PS2 sebelum game PS2 dah tak ada sebab diganti dengan PS3. Tadi pergi Jaya Jusco Seremban, terpandang aku kat PS3. Mak uiii!!! harga dia mahal betul, RM2888. Tak po lah, tunggu jo la harga dia turun dan ada CD pirate. Wajib boli nanti. Ok la, sebelum mengakhiri blog aku nie, sila la baca rintihan seorang superhero (badan jo berketul-ketul, tapi lembik. Ptuiiihh…).

"Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I’ll never see"

"It may sound absurd…but don’t be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed…but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be me"

Lagi surat untuk ‘TmNut’

Aku dapat link blog seorang rakan ini daripada abang aku . Bila aku membacanya, aku terasa betapa kiter terpaksa menelan sesuatu yang kita tak nak telan. Kire macam makan ubat. Walaupun ubat tu pahit, kita tak ada pilihan lain untuk sembuh melainkan makan ubat tu jugak. Mmmm…entah la.

Berikut adalah beberapa hasil tulisan beliau . Untuk pembacaan lebih lanjut, korang boleh klik sini.

"Saya berpandangan bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melakukan satu monopoli besar kepada majoriti rakyat Malaysia. Dan monopoli ini sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan kepada kita selaku rakyat Malaysia yang semakin dihimpit dengan inflasi. Monopoli dalam bidang bisnes adalah sesuatu yang tidak bagus. Dan kes ini lebih kurang sama seperti mana monopoli Microsoft di dalam dunia komputer – pengguna tidak punya banyak pilihan dan akhirnya terpaksa membayar harga paras cekik darah walaupun servis yang diberikan sangat menghampakan."

"Dan apa gunanya MSC jika ia tidak mampu menyelesaikan rungutan pengguna yang sudah berlaku sejak sekian lama? MSC hanya pada nama sahajakah?"

" Dan dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa teguran saya kepada TM tidak akan menyebabkan syarikat korporat itu membuat dan memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi jika Bill Gates, atau mungkin sekadar pak menakan Bill Gates menegur perkhidmatan TM, maka percayalah..esok juga Telekom Malaysia akan bertindak."


Lepas tu, tetiba ada sorang yang pro kepada TmNut memberi komen di dalam blog beliau. MMM….macam-macam. Yang jadi mangsanya, pengguna yang merasakan terpaksa telan 'ubat' tu. Ini komen pro TmNut di dalam blog Hembusan .

"TM tak sepenuhnya bersalah…TM tak pernah nak mengenakan pengguna dengan caj yang mahal tapi servis yang teruk…Kita sedia maklum TM adalah GLC (Government Linked Company)..sebahagian besar keuntungan terpaksa disalurkan ke kerajaan itu tak termasuk kroni politik yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan asyik menghimpit TM untuk dapat projek..TM juga kena sponsor macam-macam contohnya Liga TM, Tour De Langkawi..itu semua arahan dari kerajaan…manakala polisi MCMC pula selalu tidak menyebelahi TM sebaliknya meyebelahi pesaing seperti Maxis dan DiGi. Ketika era telekomunikasi semakin maju org semakin ramai yang meggunakan handphone…utk set-up satu pemancar/penerima frekuensi handphone tidak semahal nak setup satu exchange Telekom. Sebenarnya keuntungan TM semakin susut setiap bulan di sebabkan permainan yang tidak adil oleh pesaing…Perlu di ingat di TM ada lebh 25,000 kakitangan yang mana 90% adalah melayu(Islam)…berbanding di Maxis dan Digi yang hanya ada lebih kurang 2000 kakitangan sahaja."

"Meraka tak perlu melabur dgn jumlah yang besar utk setup keperluan komunikasi mereka dan tidak terikat dengan taja menaja ni…dan sekarang TM terpaksa mengurangkan staffnya yang kebanyakannya dikalangan saudara seagama kita. Mereka semua dalam kerisauan tentang nasib masa depan mereka…dan kaum cina perlahan-lahan semakin ramai yang masuk dalam TM. 2 anak syarikat TM, VADS dan TMNet CEO nya adalah berbangsa cina dan mereka sedang giat memasukkan pekerja baru dikalangan bangsa mereka…TM sebenarnya dalam keadaan tangan yang terikat….Macam mana orang dalam keadaan tangan terikat nak meyuap kepada kamu??…Kementerian Tenaga dan Komunikasi Lim Kheng Yaik pula perlahan-lahan sedang membantu kaum cina utk memonopoli pula segmen perniagaan berteraskan IT dan Komunikasi dengan pelbagai undang-undang baru yang tidak menyebelahi TM malah akan membunuh TM."

"Kita mudah membuat tafsiran tanpa menyelidik dahulu dan meyebarkan kebencian tanpa memikirkan risikonya secara keseluruhan…berapa orang dikalangan kamu yang menggunakan 019 atau 013…kalau kita tidak support siapa lagi.."

"Kita lebih rela support company bukan Islam yang secara tidak langsung menghumban saudara seagama kita dalam keadaan tidak menentu masa depannya…"

"Nasihat saya….kalau kita tidak tahu cerita atau keadaan sebenar janganlah cuba nak membuat penilaian sendiri..Islam tidak maju kerana sesama umatnya tidak saling menyokong….malah secara tidak disedari kita membunuh saudara sendiri….kamu nak boikot TM sapa yg untung??????…dalam TM saja org Islam ada kedudukan tinggi..dalam Maxis dan Digi…jangan harap….adalah beberpa muka melayu nak cukupkan syarat…pekerja bawahan melayu..supervisor bukan melayu…org melayu kerja bawahan nak naik pangkat ???…tanya mereka yang kerja maxis dan digi…Kamu duduk diluar memang senang nak menghentam….mari ler jadi CEO kat TM jaga kebajikan 25,000 staff dengan pendapatan TM yg semakin susut setiap hari…Sebelum menghentam saudara kita kaji masalah dia dulu..bukankah itu sifat yang diperlu dalam agama kita?"

"Selepas ini lesen WiMax akan diberi pula kepada pesaing TMNet…so fikirlah sendiri…kalau skrg pegangan kita 18%.. Selepas ini maybe 8% sahaja?….Fikir kesannya kepada kuli yang kerja utk TM dan nasib mereka…So masa itu giliran kamu pula 'bersorak sorai'….melihat saudara seagama kita meraba-raba menghabiskan sisa hidup mereka."

Untuk membaca entri penuh, sila ke blog Hembusan