Work

Memancing

Baru balik dari Tanah Merah Kelantan. Dalam bulan nie sahaja, aku dah pergi 2 kali ke Tanah Merah dengan menaiki kereta. Kali pertama hari tu, ada driver. Kali kedua pula, tak ada driver. Aku drive bersama ngan kawan aku menuju ke Tanah Merah. Saja jek malas bawak driver sebab aku nak merasa macam mana kerja jadi driver nie. Haaa…baru aku tahu. Penat jugak la. Sebenarnya, bukan penat. Tapi lenguh badan jek la.

Aku mempunyai hobi baru ketika memandu kereta. Mungkin kerana tahun baru, maka hobi baru jugak la. Sekarang aku suka mengunyah chewing gum sambil memandu. Tapi, tak semua chewing gum. Yang aku suka adalah Mentos Ice Artic. Hehhehehe…tak tau kenapa, mungkin sejuk kot. Bila makan chewing gum nie, mata pun kurang mengantuk dan kadar batang rokok per jam dapat dikurangkan.

Ok la, masa di Tanah Merah, aku tak berapa banyak membuat shot gambar. Erkk, tak banyak ker? Aku rasa aku ada buat lebih kurang 100 shot tapi…tapi, hanya 14 shot jek yang aku puas hati. Every shots is a learning process. Aku masih terkial-kial lagik memulas dial pada kamera aku nie. Masih merangkak menggunakan manual mode. Aku selama nie menggunakan mode A dan S atau P sahaja. Tapi, dengan menggunakan manual. Kepuasan adalah lagik tinggi. Tapi, bila menggunakan manual mode. Kadar kelajuan aku mengsnap gambar akan berkurang dan aku akan menjadi takut setiap kali menggunakan manual mode sebab, aku tak tahu hasilnya macammana semasa memandang ker viewfinder. Hahahha…apa la aku mengarut nie. Composition pun tak abis belajar lagik. Dah berangan nak guna manual mode. Hahahhaha….Ok la, ini antara gambar aku kat Tanah Merah.


Aku sedang cuba menangkap riak air tu semasa pemancing sedang menebar joran. Subjek aku bukan pemancing, tetapi riak air tu.


Subjek ini tidak berlakon depan aku. Aku memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menunjukkan kesungguhan subjek ini memancing ikan. Walaupun dah hampir gelap, subjek ini masih setia menunggu sang haruan.


Subjek ini tidak ada kena mengena dengan menebar joran. Antara punca sang haruan tidak mengena pada joran adalah kerana subjek ini bolah mengeluarkan bunyi yang menggangu ikan. Erkkk…..

Untuk melihat lebih gambar, boleh lawat Flickr aku.

Jantan Sejati

Breeding Soundness Exam adalah kaedah dimana kita membuat penilaian terhadap lembu jantan yang sesuai dijadikan pejantan. Ada sesetengah lembu yang badannya besar, tetapi tidak sesuai dijadikan pejantan kerana tidak mempunya sistem pembiakkan yang lengkap dan cantik. Bagaimana untuk membuat Breeding Soundness Exam nie?

Haaa…itu la yang dilakukan oleh aku dan kengkawan lain pada hari Ahad yang lepas hingga hari ini. Sebnayak 570 ekor lembu telah kami periksa dan ada beberapa yang tidak lulus ujian ini. Ini bermakna, lembu-lembu ini tidak sesuai dijadikan baka pejantan. Kebiasaanya, kita akan melihat tubuh badan atau fizikal ternakan itu. Adakah kakinya sesuai untuk memanjat betina? adakah tempang? atau lain-lain keadaan fizikal yang boleh menganggu proses mengawan lembu jantan itu sepertu keadaan lembu yang terlalu gemuk atau terlalu kecil.

Selain daripada itu, pemeriksaan pembiakkan dilakukan juga seperti mengukur saiz scrotum (kerandut) lembu jantan itu dan pemeriksaan dalaman seperti salur sperma, epididymis, ampulla dan lelain. Ini memastikan supaya ternakan yang dipilih merupakan pejantan unggul dan sejati. Bak kata orang, lelaki sejati jugak la. Jangan ingat dalam lembu tak ada bapok yea. Tapi, mereka (lembu) lebih sopan dari bapok kita yang pakai seksi sehingga menyakitkan mata. Walaupun lembu bapok mempunyai bulu kaki yang banyak, tetapi mereka tidak mencukur bulu kakinya.

DSC_2748
Jantan-jantan sedang berkumpul

DSC_2748
"Baris…barissssss SEDIA!!!"

DSC_2748
Termenung…

DSC_2748
Termenung…

Kursus membuntingkan kambing

Minggu lepas, aku dan kengkawan berkesempatan untuk pergi berkursus di ar-Raudah Biotech Farm di Kuang, Selangor. Terima kasih kepada tenaga mengajar Ass. Prof Dr Wahid dan Dr Azam kerana mengajar, memberi peluang dan menunjukkan cara untuk 'membuntingkan' kambing.

Haaa, jangan memain yek. Korang ingat senang ker nak membuntingkan kambing nie. Kalau membuntingkan lembu, mungkin senang bagi sesetengah pihak, tetapi kambing lebih susah dari membuntingkan orang, erkkkk. Teknik yang diajar merupakan teknik yang tak pernah aku buat dalam seumur hidup aku. Antara teknik yang diajar adalah endoscopic intrauterine artificial insemination dan intracervical artificial insemination. Apa benda tu? Erkk, korang google la sendiri yek, secara ringkasnya ia adalah teknik membuntingkan kambing.

Kursus selama 5 hari berakhir pada hari Sabtu. Penat, itu yang mampu aku katakan sebab semenjak dua menjak nie, kaki aku manjang sakit jek. Entah la, sakit apa pun aku tak tahu. Aku rasa macam masuk angin jek kaki nie. Baru tadi, aku pergi berurut. Fuhh, tobat la. Tak mo pergi lagi la. Memang tak tahan. Menjerit-jerit. Biarla orang kata aku bapok ker sebab tak tahan sakit kena urut. Tapi, untuk elok aku terpaksa melaluinya. Aduuuiiii…..

Ini lah yang dikatakan 'senyum kambing'
Ini lah yang dikatakan 'senyum kambing'

Haaa, apa yang dijolokkan tu???
Haaa, apa yang dijolokkan tu???

Terima Kasih semua
Terima kasih semua…

Rahmat

Seminggu telah berlalu, dalam masa seminggu nie. Kepala aku berdenyut-denyut. Adakah ini kerana penangan Hari Raya. Makan terlalu banyak??? aku rasa tidak. Sebab aku jarang menghadirkan diri ke rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh kengkawan. Maaf kawan, bukan aku tak mahu hadir. Mungkin jarak antara kita berdua membezakan.

Sepanjang minggu lepas, cuaca tidak menentu di kawasan Negeri Sembilan terutama kawasan Gemas. Pada sebelah paginya, cuaca memang panas gila sehingga menggigit sum sum tulang aku. Tapi, bila menjelang petang pasti akan turun hujan dengan lebatnya. Bagi aku, ini merupakan perubahan suhu secara mendadak dari panas ke sejuk. Dah la hujan, kena pulak berjemur dalam hujan. Minggu lepas aku 'Jalan-jalan Negeri Sembilan' untuk melihat ternakan yang boleh dipertandingkan di dalam Hari Peladang peringkat Negeri nanti. Bukan tak nak pakai baju hujan. Masa turun kereta tak hujan, bila dah nak balik baru hujan turun dengan lebatnya tanpa belas kasihan kepada diriku.

Jangan kita mengeluh jika hujan. Hujan adalah satu rahmat. Bukan bencana. Bayangkan kalau tak ada hujan. Apa lembu-lembu kat Gemas nie nak makan sebab tak ada rumput? Entah la, makan ikan rumput kering la korang yek???.


Lawatilah koleksi-koleksi gambar aku secara online di Flickr

Kerja dan Flickr

Hari ini dah hari raya ke-6. Hari ini jugak aku telah memulakan tugasan pertama aku selepas aku bercuti hampir seminggu. Memula tu, terasa macam malas nak kerja. Tapi, dipikirkan balik sebab ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan, jadi aku melangkah bak perwira menuju ke Kangar, Perlis hari ini. Tujuannya, nak pergi tengok lembu kat sana. Ehh? dah tak ada lembu lain kat Malaysia ker sekarang nie Bot??? Jawapannya, tak ada. Masa hari Mantai Perdana kat Seremban tempoh hari. Dalam beberapa jam, kesemua daging habis dijual. Begitu juga dengan temuramah aku dengan beberapa sang algojo (tukang sembelih) di sekitar Negeri Sembilan. Mereka mengatakan, menjelang tengah hari pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan, boleh dikatakan purata 3 ekor boleh dijual, dilapah dan dicincang sebelum 12 tengah hari. Ini bermakna, bekalan daging kita amat-amat diperlukan buat masa sekarang.

Pada masa aku menaip ini, aku berada di dalam bilik hotel. Mata nak lelap, tapi tak mengantuk. Nasib baik ada wireless internet. Nak harapkan Celcom Broadband aku, jangan harap la. manjang dalam mode GPRS jek. Slow gilee. Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Driver aku dah tidur kat sebelah. Agaknya, penat sangat kot drive tadi. Aku manjang tidur jek dalam kereta tadi. Tak tau la berapa kelajuan sesaat driver aku bawak tadi. Yang pasti, aku nak cepat sampai sebab bosan dok dalam kereta lelama. Jadi, bila kita bosan. Kita tidur la. Aku rasa, 70% masa dalam perjalanan tadi aku tidur. Hehehe, manafaatkan masa sepenuhnya di dalam kereta.

Oh lupa, aku nak bagi tau. Aku telah membeli online photo album di dalam dunia maya ini. RM90 setahun. Ini bermakna, sebulan adalah RM7.50. Aku bagi tau orang rumah aku, aku ada beli online photo album. Dia marah kat aku balik. Dia kata membazir. Terus terang aku katakan, RM7.50 lagi murah dari rokok Marlboro Light 20. Bagi aku tak membazir, ini kerana aku gembira dengan fungsi yang ditawarkan. Antara fungsi yang ditawarkan jaminan keselamatan. Selama ini, aku cukup risau bila menggunakan online photo album yang disetup oleh aku sendiri. Ini kerana, jika berlaku beberapa masalah. Aku pasti tidak dapat membaikinya. Dan, gambar itu akan hilang selamanya. Dengan Flickr, mereka menjanjikan keselamatan gambar itu.

Selain daripada itu, flickr menawarkan cara upload yang pantas dan cepat sekali. Aku tidak perlu mengecilkan gambar untuk mengupload gambar. Snap, transfer dan upload. Apa yang aku suka, ia akan upload dengan data exif sekali. Ini memudahkan aku dan pelawat membaca exif gambar tersebut.

Ada beberapa lagi keistimewaan flickr ini sehingga aku jatuh cinta dengannya. Tak percaya. Cuba la. Korang boleh melawat online photo album aku yang baru di sini (http://photo.dobot.com.my).

Nota selitan: Penulis tida mendapat sebarang bayaran pun di dalam usaha mempromosikan Flickr ini. Ia semata-mata adalah pendapat penulis.

Mesyuarat di Terengganu

Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Pusat Latihan Veterinar di Jerangau. Pada hari pertama, adalah hari untuk bermesyuarat. Agak lama tak jumpa pengurus-pengurus ladang yang lain. Apa lagik, malam tu memang rancak la kiter orang bermesyuarat. Memasing menceritakan perihal yang berlaku di ladang masing-masing supaya masalah dapat diatasi bersama dan pelbagai lagi isu-isu semasa di Jabatan Perkhidmatan Veterinar nie. Lepas bermesyuarat, kiterorang pergi melayan bowling pulak. Layan bowling pun sampai pukul 12 malam. Lepas tu, melepak kat kedai makan sampai pukul 1 pagi. Esok nak meeting nie. Bila balik bilik, bukannya masing-masing nak tidur. Layan borak lagik….sampai la mata aku dah cukup stim untuk tidur dalam jam 3.30 pagi dan meeting start pukul 8.30 pagi.

Selepas meeting, keesokkan harinya kami akan ada lawatan sambil belajar. Kami dibawa melawat ke ladang yang diusahakan oleh Kembar Teguh Sdn Bhd. Tertarik aku melihat ladang ini. Pedok ragutannya tiada sebatang pokok dan nampak hijau. Mereka menggunakan baja organik sebagai sumber baja mereka dan mereka juga memproses baja sebagai produk tambah nilai. Selain daripada itu, rumah kambing yang kecil atau mikro juga ada di sana. Rumah ini sesuai untuk dijadikan teduhan atau rumah khas untuk kambing yang dibiakkan (breeding). Insya-Allah, kadang kambing mikro ini akan dipamerkan di pameran MAHA 2008 kelak pada bulan 8 nanti.


Ini merupakan Dewan Kuliah yang disediakan oleh pihak Kembar Teguh.


Disebelah kiri ini adalah rumah kambing yang berkapasiti tinggi manakala disebelah kanan pula adalah stor makanan terbuka.


Utamakan Keselamatan


Gaya seorang juara. Memang juara pun, semua frame dia bantai menang. Hahahah….bodek sifoo…

 

Untuk melihat lebih gambar, klik sini.