Ukur sempadan

Minggu nie aku dapat menghabiskan banyak masa di ladang untuk menyelesaikan kerja-kerja yang masih terbengkalai. Pada hari Selasa yang lepas, aku pergi menyaksikan dengan sendiri hasil kerja yang dilakukan oleh Juru Ukur yang telah dilantik oleh Kementerian. Terkejut beruk betul aku bila menyaksikan beberapa kawasan di ladang ini akan diambil oleh orang lain. Yang tinggal hanya kawasan seluas 1000 ekar sahaja. Selebihnya, hampir 300 ekar hilang begitu sahaja.

Bila aku melihat batu-batu sempadan yang telah di tanam oleh Juru Ukur. Bertambah terkejut aku lagik, bila jiran ladang ini menanggalkan batu sempadan yang telah ditanam. Ish, nak kata kerja benda lain tak logik. Ini bukan kerja 'kerbau pendek'. Ini kerja orang nie. Tapi, kalau kerja orang, kenapa dia tak ambil jek batu tu. Kenapa ditinggalkan pulak kat sini. Menurut kata Juru Ukur tu, dia dah tanam 2-3 kali tapi masih tercabut lagik batu tu. Adui. Kenapa la diorang cabut batu sempadan tu.

Untuk memeningkan lagik kepala aku yang dah memang sedia pening kepala. Banyak batu sempadan di ladang ini berada di tempat yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, ada yang berada tengah-tengah jalan merah dan ada yang berada sebelah dengan padang ragut. Ini memerlukan kos yang tinggi untuk membuat jalan baru dan pagar bagi batu sempadan baru nie.

Pagi hari tu aku borak ngan staff aku. "Boss, OT ladang lain dah masuk", sapa staff aku. "Ehhh, yea ker??? Mungkin OT kita pun dah masuk", aku jawab dengan muka terkejut. Blur muka staff tu tengok muka aku sebab dia tahu aku yang sign OT diorang. Lepas tu aku pulak yang tanya 'yea ker' yang OT mereka dah masuk. Hehehehhe…..Aku sajek buat terkejut di mana sememangnya aku tahu OT mereka tak dapat lagik. Ish, OT OT OT….itu jek.


Kawasan yang bukan milik PTH Jelai Gemas lagik

 


Batu yang telah dikorek berulang kali.

 

PD di PTH Jelai Gemas

Haaa….

Kan aku dah cakap, memang bersawang la blog aku nie kalau aku kerja ngan goverment. Tak sempat aku nak update. Anyway, thanks sebab sudi melawat blog aku nie walaupun dah lama aku tak update. Insya-Allah jika ada kelapangan aku akan update.

Sebenarnya, aku baru lepas menghadiri mesyuarat Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan (bahagian aku la nie). Lepas habis dari mesyuarat tu. Aku kena jadi tuan rumah untuk program 'pregnancy diagnosis' ke atas lembu-lembu betinta (takkan lembu jantan pulak). Pregnancy diagnosis ini dilakukan dengan cara rectal palpation. Rectal palpation nie adalah aktiviti menyelup buntut lembu untuk rasa anak di dalam rahim lembu betina.

Dalam masa 2 hari, aku bersama ahli kumpulan aku (kesemuanya Pegawai Veterinar baru) dapat menghabiskan 1000 ekor lembu betina. Untuk pengetahuan korang semua, untuk membuat rectal palpation memerlukan satu pasang tangan yang kuat. Ini kerana, kita tidak boleh nak menjangka kemutan yang bakal kita hadapi apabila kita memasukkan tangan di dalam buntut lembu itu nanti. Adakalanya, kuat kemutannya. Dan adakalanya lembik jek kemutannya. Ini bergantung kepada tekstur taik di dalam buntut lembu itu jugak. Jika lembik taiknya, ia dapat memudahkan kerja kita. Jika keras,…paham-paham jek la.

Selepas 2 hari bertungkus lumus, akhirnya tangan aku membesar sedikit. Lebih menakjubkan, tangan colleague aku (Dr. Kamarul) membesar sebelah kerana dia menggunakan sebelah tangan jek. Sib baik aku nie bertangan besar, jadi tak nampak sangat perubahan kebesaran tangan aku tu. Cuma sengal-sengal tangan ngan badan jek. Lepas buat program nie, aku terus demam dan selsema dan sakit tekak. Adui….dah lama aku tak demam nie.

Ok la, badan pun rasa kurang sihat nie. Minggu nie pulak aku tak berada di ladang selama seminggu sebab ada kursus ePerolehan di INTAN Bukit Kiara. Jadi, kurang la masa aku di ladang lagik. Aduii…banyak kerja tak settle kat ladang nie lagik nie.


Pemadangan ladang yang penuh dengan kabus. Sejukkkk…


Perbincangan dengan boss (Dr.Jasmi) sebelum memulakan latihan menahan kemutan.


Boss (Dr.Jasmi) memberikan kami tips-tips untuk menguatkan tangan. Diantaranya, adalah amalan memakan durian dikala dingin pagi.


"Bah…Bahh…masuk cepat. Buntut mana aku nak start dulu nie???"

Suatu petang di dalam kereta

Satu hari aku pergi ke Ibupejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Putrajaya. Jarak pejabat aku ke Putrajaya melebihi 100km. Aku bersama staff aku di dalam kereta, seorang driver dan seorang pekerja am.

Aku : Cik Lan, kito buek semayang jamak takhir yo untuk zuhur dalam maso asar nie yo???

Cik Lan : Bulehhhh boss…kalau ikut Syukri (driver aku) dio selalu buat Jamak Takyah.

Aku : Erkkk….ado jugak Jamak Tak'yah' ker???

Syukri : Tak yah sembahyang la tu, boss.

Aku : OOOOOOooooo……

Aku : Tinggi mengaji driver aku nie agaknya. (getus hati aku).

“Yes Boss, alright, no problem…”

Di dalam kerajaan nie, apabila menerima sesuatu arahan kita akan patuhi. Sebab itu dalam surat rasmi, ada ayat "Saya yang menurut perintah"

Kalau, di dalam surat tak rasmi, "Yes Boss, alright, no problem…"

Tersenyum lebar muka boss bila anak buah dia sebut, "Yes Boss, alright, no problem…". Padahal, anak buah tengah banyak problem tu.


Persiapan untuk Karnival Haiwan yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Jun 2007 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, MARDI Selangor.

Nak bermanja la tu???

Lembu ini tidak mati, bukan juga sakit. Tapi, mengada ngada buat tergolek. Ingat aku nak belai macam kucing ker? kalau gambar nie bergerak, lembu itu mengoyang-goyangkan kakinya seperti ingin dibelai. Mengada tak??? Gambar ini diambil semasa aku membuat bancian ternakan di tempat kerja aku.

Orang ladang vs Orang makmal

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir aku berada di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh setelah sebulan berkursus. Minggu hadapan, aku dikehendaki melapor diri di Pusat Ternakan Haiwan Jelai Gemas.

Semasa aku belajar dulu, aku sering berpraktikal di ladang-ladang ternakan. Selalunya, kami akan menghantar sampel ke pusat diagnostik seperti Institut ini. Dan, sering mendapat keputusan makmal yang lambat. Pada masa tu, 'orang ladang' akan memarahi 'orang makmal' kerana keputusan ujian yang sering lambat keluar dan kadangkalanya, false positive (keadaan di mana result yang keluar menjadi positif di mana ia sebenarnya negatif).

Kini, aku paham. Kenapa 'orang makmal' lambat keluarkan result. Mereka (orang makmal) bukan sahaja membuat ujian diagnostik ke atas sampel daripada ladang kerajaan. Mereka juga membuat ujian daripada ladang-ladang persendirian. Ini dilakukan secara PERCUMA.

Satu hari nanti, aku akan berkerja di ladang. Aku tak boleh salahkan mereka jika result lambat keluar. Kerana, sampel yang mereka dapat bukan sedikit, banyak. Cuma, apa yang aku harapkan…agar jika sampel itu datang dari ladang kerajaan, harap dipercepatkan. Sebab, setiap masa dan saat adalah penting untuk kita membuat diagnosis.

Orang makmal = mereka yang berkerja di makmal dan melakukan ujian diagnostik ke atas sampel yang dihantar untuk pengesahan penyakit.

Orang ladang = mereka yang berkerja di ladang ternakan dan menjaga pengurusan ternakan dari segi kewangan, pengurusan dan kesihatan.

Makmal Bakteria, VRI

Disc Diffusion Method…
Mueller Hinton Agar…
Catalase test…
Triple Sugar Iron…
Oxidase test…
Urease medium…
Citrate medium…
Sulphide-indole-motility…
Methyl Red Vages Prokeur…

Apo benda kek ateh tu ek??? Itu adalah perkataan-perkataan yang wajib korang dengar bila masuk makmal bakteria. Itu baru skit, belum lagi semua. Yang sikit nie la memoningkan kepala aku.

Hari nie, tamat sudah rotation aku kat makmal bakteriologi kat VRI nie. Apo benda la pasal diagnostic bacteria nie. Poning kepalo den. Padahal, bondo nie den dah belajar lamo dulu. Sehingga kini, kepalo den poning memikirkannya dan kadang kala, berat mata (mengantuk) bila masuk lab nie. Jadi, kojo den tangkap gambar skit sobab den raso den mungkin tak akan masuk makmal bakteria lagi (melainkan dengan arahan) sebab den dapat kerja bahagian farm (Pusat ternakan haiwan).


Nampak cantikkan tabung uji nie. Macam-macam warna ada. Macam-macam result ada.


Ini adalah blood agar dan McConkey agar. Mana asalnya nama McConkey nie?


Apa yang menariknya mengenai pengasah pensil ini? Ini la penghilang buhsan aku di makmal.


Aku tak pernah tengok radas nie. Apo ntah nama dia, belly dancer. Wah!!! dalam otak aku terbayang perut yang bergoyang-goyang bila menari. Aku tak sempat nak guna benda nie.

Demam kapal

Mak ui…lebih 2 minggu aku tak menaip. Dah macam blog berhantu pulak blog aku nie. Tak ada sebarang perubahan. Untuk pengetahuan semua, aku baru masuk kerja di tempat baru bermula 5 Februari ari tu. Sebab tu masa aku agak kurang untuk mengupdate blog ini. Genap 4 hari aku berkerja di tempat baru, aku dihantar ke Kluang untuk melihat keadaan di sana selama satu minggu.

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi ke Pelabuhan Pasir Gudang untuk melihat lembu import yang baru sampai dari Australia. Makk uiii…penat betul sepanjang berada di sana. Satu hari lebih aku tak mandi sepanjang berada di sana kerana, sepanjang masa ada sahaja lembu yang turun. Dalam dunia kambing atau lembu, ada satu penyakit yang dikenali sebagai 'Shipping Fever'. Memang sepatutnya mereka (kambing) tu kena demam kapal. Aku pun sama, kena 'demam kapal'. Cuba bayangkan selama 6 hari di dalam kapal, dan masa nak turun kapal tu, penuh dengan suasana tertekan (stress) bila kena jerit dan pukul oleh manusia. Sebab tu, bila kita berurusan dengan binatang, segalanya mesti cepat. Kalau diorang stress, mati la diorang. Kita pun mati kalau harga binatang tu beribu-ribu. Shipping fever disebabkan oleh banyak faktor. Diantaranya adalah jangkitan Pasteurella multocida di mana ia adalah normal flora di dalam binatang itu sendiri. Jika daya ketahanan badan haiwan tu tak kuat, diorang boleh kena jangkitan pernafasan.

Aku??? memang dah sah-sah stress la. Itu belum masuk staff aku yang 2 hari tak tidur. Nasib baik diorang nie badan kuat, boleh tahan 2 hari tak tido. Bila masa nak balik, masing-masing bantai tidur dalam kereta aku. Ada sorang tu, siap mengigau pulak dalam kereta. Sah memang penat gila tu.

Aku pernah tunggu ayam turun dari kapal terbang. Dan, aku rasa tunggu lembu dari kapal merupakan yang paling penat dan meletihkan. Itu belum halau kambing lagik. Antara haiwan yang paling susah nak halau, adalah kambing. Ada seekor dua ekor yang dapat melompat daripada lori masa kiteorang halau binatang tu. Maka, terjadi la adengan kejar mengejar kambing di dalam pelabuhan tu. Tak sempat aku nak tangkap gambar sebab keadaan pada masa tu malam, jadi kualiti gambar mesti tak nampak. Kambing tu siap nak terjun dalam laut pulak tu. Kesian aku tengok mereka yang mengejar kambing-kambing itu. Tak pe la, at least ada pengalaman mereka kejar kambing sebab mereka tu kebanyakkan pemandu lori yang duduk kat bawah untuk menunggu giliran untuk loading lembu/kambing.

Ok la, nanti aku update lagi. Aku sedang merancang untuk guna Maxis Wireless Broadband, ada sesiapa yang dah guna???


Mereka sedang menikmati suasana senja sebelum kerahan tenaga menurunkan lembu


Kapal nie nampak jek 2 tingkat, sebenarnya kat bawah tu banyak lagi. Boleh muat lebih kurang 3000 ekor lembu.


Laluan 'mereka' untuk ke lori.


Say cheeesseeeee….